Tuesday, 25 February 2020

HOKKAIDO 2019 Day 7 : Kokusai


breakfast and snowshowers
Pada hari ini kami akan ke Kokusai ski resort dengan menaiki bas.  Kami menunggu ski bas di hadapan Tokyu Hotel dengan perjalanan dari Susukino ke ski resort memakan masa sejam lebih.  As expected, salji semakin menebal apabila kami semakin menghampiri kawasan ski.  Setelah selesai menyewa pakaian ski beserta semua perlatan berkaitan seperti glove, goggles and boots, kami naik ke tingkat paling atas bangunan seperti yang diberitahu oleh pekerja di situ untuk solat dulu.
ski resort
Ianya adalah bilik mesyurat yang luas yang kebetulan kosong semasa kami sampai.  Namun, tidak lama kemudian, beberapa kumpulan ski turut masuk ke bilik itu untuk bersiap2 dengan ski gears masing2.  Kami terus juga bersolat di tempat yang agak sedikit terlindung setelah mengambil wuduk di tandas berdekatan.
beginner area
Kemudian, kami mengenakan ski gears dengan lengkap dan pergi ke ski area for beginners.  Banyak masa dihabiskan di sini untuk mencuba bermain ski yang agak kelam-kabut tanpa jurulatih yang bertauliah.  Ini tidak termasuk masa yang lama untuk menyewa, mencuba dan memakai ski gears tadi.  Namun, kami tetap berpuas hati dan teruja walaupun dapat betul2 bermain tak sampai 30min sahaja sebelum bergegas menyalin pakaian dan menunngu bas untuk balik pula. 
snow still not that much
Perjalanan balik ke Susukino berjalan dengan lancar.  Selepas makan, mandi dan solat, kami pergi ke DonQ di Tanukikoji for last minutes souvenir shopping.   Kami mengambil peluang di malam terakhir kami di Hokkaido untuk berjalan2 menikmati kemeriahan di Susukino dan merasai snow showers yang masih turun renyai2.  Then, kamipun balik ke hotel dan mengemas barang2 yang dibawa dan dibeli sebagai persiapan pulang ke tanahair melalui Narita.

No comments:

Post a Comment