Friday, 21 February 2020

HOKKAIDO 2019 Day 6 : Sapporo


leafless ginko avenue
Kami menaiki subway ke Hokkaido University untuk bergambar di sekitar kampus termasuk di deretan pokok2 ginko yang masih cantik diliputi salji walaupun tidak berdaun.  Rancangan untuk solat Jumaat di Masjid Sapporo terpaksa dibatalkan kerana agak lewat.  Plan untuk makan di cafeteria university juga terpaksa dilupakan kerana masih awal pula.  Sebaliknya, kami ke Tanukikoji untuk solat di prayer room provided by Hokkaido Tours.  Kemudian kami berjalan ke Fukunoki restoren nearby untuk makan tengahari.  Makanan di sini tidaklah sesedap di Ramen Horyu, namun habis ramen yang dipesan sebab lapar setelah perut hanya dilapik seketul cheesetart sejak tiba dari Asahikawa.
sapporo from mt moiwa
Memandangkan hari masih awal untuk checkin di hotel, kami ke Mt Moiwa sekali lagi.  Nasib menyebelahi kami kerana cuaca yang baik  kali ini.  Kami dapat melihat dengan jelas suanana bandar Sapporo and we stayed till dark untuk melihat pemandangan pada waktu malam juga.  Setelah itu, barulah kami pergi ke pekan Susukino untuk menginap di hotel yang sama, tetapi di bilik yang berlainan. 
sapporo night scene
Sebelum tidur, kami menanyakan receptionist tentang ski resort yang sudah beroperasi dan cara2 untuk ke sana.  Kebanyakan ski resort mula dibuka pada hujung December namun ada yang dibuka awal December bergantung kepada jumlah salji yang turun pada waktu tersebut.  Walaupun, shuttle bas untuk ke ski resort esoknya telah fully book, kami dicadangkan untuk menunggu sahaja di tempat bas syarikat lain yang juga dikhaskan untuk ke ski resort yang terteletak di hadapan hotel lain yang tidak jauh dari tempat tinggal kami.  So, kami tidak perlu ke Sapporo St. untuk tujuan itu.

No comments:

Post a Comment