Thursday 30 January 2020

HOKKAIDO 2019 Day 2 & 3 : Sapporo

within walking distance

pricey delicacy
Seterusnya, pada hari kedua di sini, kami memulakan perjalanan dengan memakan king crab di Nijo Market yang walking distance from our hotel.  Hari ini kami disambut dengan snow falls yang mula turun pada sebelah pagi dan semakin lebat menjelang malam.  Selepas makan, kami terus berjalan menuju ke Sapporo TV tower.  Kami cuma naik ke aras menjual souvenirs sahaja kerana tidak bercadangpun untuk membeli tiket untuk ke viewing floor. 
iconic structure

favorite photoshoot spot
Kemudian, kami berjalan ke arah Odori Park menuju ke Clock Tower sambil ditemani salji yang turun.  Setelah itu, kami terus berjalan menuju ke Former Hokkaido Govt Office.  Pada masa ini, salji sudah berhenti, tetapi tetap meninggalkan kesan dan tompok2 putih di sekitar kawasan red bricks building ini.
red bricks or akarenga

flavorful beriyani


Oleh kerana kelaparan, kami mengubah destinasi asalnya hendak ke Nakajima Park sebaliknya terus menaiki train ke Dawat CafĂ©.  Pada masa ini snow showers semakin lebat.  Sangat sedap beriani ayam dan kambing yang kami sempat nikmati walaupun pada masa itu, tuan kedai about to go to the masjid nearby.  Setelah makan, kamipun berjalan menuju ke masjid Sapporo selepas diberi panduan oleh tuan kedai.  Kami solat jamak zohor/asar di sana dan menaiki train untuk balik ke hotel.  
Allahuakbar

white illumination
Selepas maghrib, kami sekali lagi ke Odori Park dan berjalan menyusuri taman itu untuk merasai suasana malam yang diterangi oleh lampu2 hiasan yang banyak dan menarik.  Setelah puas dalam kesejukan berjalan dan bergambar diiringi salji yang turun lebat, kamipun memasuki underground shopping streets, Pole Town as well as Aurora Town.  Kami berjalan balik sehingga ke Tanukikoji sambil membeli sedikit buah tangan di pasaraya DonQ beserta  bi keledek manis dan cheese tart lagi.   Then, kami balik semula ke hotel untuk berehat sebelum mengharungi perjalanan yang panjang esok hari.

Tuesday 28 January 2020

HOKKAIDO 2019 Day 0 & 1 : Sapporo


Assalamua’alaikum,
from Hokkaido with love
Alhamdulillah, pada akhir tahun lepas, kami sekeluarga ke Jepun lagi buat kali ke 3.  Kali ini kami ke Hokkaido pula untuk bermain salji sebagai matlamat utama.  Perjalanan pergi adalah dari KUA & KUL melalui KIX menaiki MAS sebelum bertukar ke JAL untuk ke New Chitose Airport manakala balik adalah melalui Narita menaiki Peach Airline dan bertukar ke MAS untuk ke KUL & KUA.
Susukino near Sapporo
Sebaik melepasi immigration, kami terus ke tempat bagasi dan agak terkejut melihat nama saya terpampang di signpost berdekatan.  Rupanya bagasi kami tidak sempat dimasukkan ke flight di KUL malam tadi akibat masa yang suntuk disebabkan flight delay di KUA lagi.  Kami diminta mengisi satu borang dan diberitahu yang bag kami akan sampai esok hari bersama next penerbangan dan akan terus dihantar ke hotel penginapan kami di Sapporo.  Kamipun terpaksa bersetuju dengan penerangan dan perancangan yang dibuat dan terus menuju ke prayer room untuk solat subuh.
snow covered Susukino
Setelah itu, kami makan breakfast ala kadar dan terus ke JAL depature hall.  Nasib baiklah kami telah mengasingkan dan hand-carry sehelai seorang bajuk sejuk kerana telah menjangka cuaca yang lebih sejuk di Sapporo nanti berbandig di Osaka.   Bajuk sejuk itu dan baju yang kami pakai sehelai sepinggang menjadi penyelamat untuk 2 hari berturut-turut.  Alhamdulillah, bagasi kami selamat sampai di hotel pada waktu petang hari ke 2 seperti yang dijanjikan.
old looking streetcar
Sebaik tiba di CTS, kami membeli cheesetart for lunch dan juga ke kaunter JR untuk membeli siap2 train tiket ke Asahikawa beserta combo tiket bas ke Asahiyama zoo including its entrance ticket.  Pada asalnya kami bercadang untuk menaiki bas sahaja ke Sapporo city kerana lebih mudah apabila membawa 3 luggage yang besar.  Oleh sebab kejadian bag tertinggal itu, kamipun menaiki train Sapporo kerana ianya lebih cepat.  Sesampai di Sapporo St., kami terus ke Daimaru Store next to the Sapporo St. untuk solat di prayer room tingkat 3.
inside a subway
Then, kami menaiki subway ke Susukino St. untuk ke hotel kami di sana.   Disebabkan tidak perlu menghantar beg dulu ke hotel, kami terus mengambil streetcar ke Ropeway Iriguchi St. untuk mengambil free shuttle bus ke Mt. Moiwa.  Malangnya, disebabkan cuaca yang hujan dan mendung sepanjang hari, visibility di atas sana amat mengecewakan, kami terpaksa menaggguhkan niat untuk menaikinya.  Sebaliknya, terus berpatah balik ke hotel untuk check in.
delicious ramen inside
Setelah berehat dan solat, kami turun dari hotel untuk mencari makan malam.  Kami makan di Restoren Ramen Horyu yang terletak tidak jauh dari hotel.  Semasa sampai di kedai itu, kami terpaksa menunggu di luar kedai dan beratur bersama2 sekumpulan rakyat Malaysia yang lain dan juga rakyat Thailand kerana sudah penuh dengan pelanggan di dalamnya with limited seats available. 
spicy genghis khan
Tidaklah lama sangat menunggu sebenarnya sebelum giliran kami tiba.  Kami menikmati spicy Genghis Khan ramen yang popular yang di kalangan pengunjung.  Kemudian, kami berjalan sekejap di Tanukikoji serta underground Pole Town dan  terus balik ke hotel untuk mengumpul tenaga yang hilang after a very long tiring day.