Tuesday, 2 April 2019

Tawau Hilites

Assalamu’alaikum!  Below are the hilites of our recent trip to Tawau with the main intention was to attend a wedding reception...


0 km starts here
seafood paradise

another mural
best in town
must try dishes
mercu tanda
wedding sweets
semporna site trip
gamai delicacy

Oleh kerana masa yang ada, kami juga membuat day trip ke Semporna.  Kesimpulannya, tidak banyak tempat yang menarik di Tawau untuk dikunjungi selain menikmati seafood yang sedap, fresh dan murah.  Akan tetapi, Semporna adalah tempat tumpuan untuk ke pulau2 yang cantik dan terkenal.  Mungkin  next trip ke sini adalah untuk ke one of those islands...insyaAllah.

Tuesday, 22 January 2019

Autumn in Kansai & Hiroshima : Kyoto


…continued from HIROSHIMA
vermillion red
Selepas breakfast di bilik, kamipun checkout dan menuju ke train station untuk menaiki shinkansen buat kali terakhir menghala ke Osaka dan seterusnya menukar train lain untuk ke Kyoto pula.  Ada Hello Kitty shinkansen yang boleh kami naiki pada masa itu, tetapi kami tidak  berbuat demikian kerana masa perjalanan akan menjadi dekat 2 kali ganda lebih lama kerana ia berhenti di lebih banyak station along the way.  Sebaik menaiki shinkansen, kami mencari tempat duduk kosong di bahagian non-reserve car dan duduk berasingan pada mulanya.  Selepas beberapa perhentian dan penumpang turun, barulah kami dapat duduk sekali di satu row.  
color of life
Kami sampai di Shin Osaka station dan mencari Thunderbird express train untuk ke Kyoto yang also covered by Kansai Hiroshima pass.  Tetapi, oleh kerana tidak yakin dan pasti walaupun train sudahpun berada di terminal pada masa itu, kami menaiki train lain yang memakan masa lebih lama sedikit untuk ke Kyoto.  Dalam perjalanan, kami dapat melihat Thunderbird express melepasi train yang kami naiki walaupun bertolak lewat kerana ia berhenti at fewer stations than ours.
some of 10000 gates
Sampai sahaja di Kyoto station, kami mencari locker yang sesuai untuk meninggalkan luggage sebelum ke destinasi pertama.  Locker besar agak limited and usually fully booked dan duit siling 100yen adalah sangat2 diperlukan untuk tujuan ini.  Setelah menjumpai locker kosong dan menyimpan barang2, kami menaiki local train on JR Nara line menuju ke Fushimi Inari Shrine.  Lebihkurang 5 min sahaja, kamipun sampai ke Inari station dan terus berjalan ke shrine yang terletak tidak jauh dari situ.  Sangat ramai orang bersesak2 di sini menyebabkan sukar untuk berfoto with nobody in the background. 
torii gates
Semakin ke dalam dan ke atas, kepadatan orang mula berkurangan dan  barulah kami berpeluang bergambar dengan lebih selesa.  Ini mungkin factor scenery tiang tori gates yang sama sahaja serta terpaksa mendaki bukit, menyebabkan ramai yang berpatah balik termasuklah kami yang tidak bercadang untuk menuju ke puncak. Sebaliknya, kami berjalan balik setelah berpuashati dengan gambar2 yang diambil.  
tatami style
Kami balik ke Kyoto station untuk mengambil luggage dan terus menuju ke tempat menunggu free-shuttle-van yang akan membawa kami ke tempat penginapan.  Rasanya tuan rumah sendiri yang menjemput kami serta membawa kami terus ke apartment yang disewa untuk proses checkin. Beliau juga menerangkan cara keluar masuk bilik menggunakan passcode dan bagaimana menggunakan lain2 kemudahan yang disediakan di bilik yang berkonsepkan traditional tetapi moden itu. 
halal ramen & karaage
Rancangan untuk ke Tofukuji temple petang itu terpakas ditunda kerana sudah lewat dan hari sudah gelap.  Setelah solat, kami menukar perancangan menuju ke Gion untuk ke kedai halal ramen berpandukan google map menggunakan free smartphone yang disediakan sama seperti di Hiroshima.  Mujurlah masih ada tempat kosong walaupun ada ramai pelanggan ketika itu termasuk rakyat Malaysia yang lain.  Kami memesan ramen serta ayam goreng yang sedap dan berbaloi seperti yang disyorkan oleh pelayan kedai.  Ada ruang solat juga disediakan di situ.
hanami-koji-dori
Kemudian, kami berjalan menuju ke arah Hanamikoji street yang lengang dan seterusnya ke Pontocho alley.  Kami juga membeli sedikit souvenir di sebuah kedai di Shinkyugoku street sebelum berjalan balik ke train station untuk ke hotel.  Kami tersilap menaiki express train yang tidak berhenti di station yang kami kehendaki walaupun melalui laluan yang betul.  Dalam keadaan beginilah, penggunaan Icoca card sangat2 membantu kerana kami just turun di mana2 station dan berpatah balik menaiki train lain yang berhenti di station sepatutnya, iaitu Tofukuji station. 
ponto-cho alley
Pada hari kedua di sini,kami menaiki train ke Kyoto station lagi untuk mengambil JR Sagano line menuju ke Umahori station.  Sampai di sana, kami berjalan kaki melalui kampung dan sawah padi ke Kameoko Torokko station in order to take Sagano Scenic Railway to Saga Torokko station.   Boleh juga menaiki train the other way around, tetapi inilah cara terbaik yang kami dapat semasa membeli tiket romantic train pada hari pertama sampai di KIX. 
romantic train
Banyak pokok2 berwarna-warni sepanjang jalan menaiki romantik train ini, tetapi suasana lebih menarik apabila turun daripada train menuju ke bamboo forest.  Pokok2 berdaun merah terang mewarnai sepanjang jalan itu.    Orangramai berduyun2 di sepanjang laluan bamboo forest menyebabkan sukar untuk mendapatkan angle yang baik untuk bergambar.   Namun, suasana begitu tidak menjadi halangan malah menyeronokkan kerana kami sudah jangkakan sedemikian.
most visited bamboo
Sebaik melepasi bamboo forest itu, kami lebih teruja apabila melalui kawasan taman yang lebih banyak pokok2 berwarna-warni.  Kami berjalan sambal menikmati keindahan alam hinggalah sampai ke Togetsukyo Bridge. Jika kami mengambil jalan lain yang biasa diikuti oleh orangramai, kami mungkin tidak akan berjumpa taman yang cantik ini.  Kelihatan juga bukit-bukau on the other side of the river dipenuhi autumn foliage at its peak. 
tofuku-ji
Kami terus berjalan menyusuri tebing sungai menuju ke restoren halal di situ.  Kami diminta mencatat nama di senarai menunggu sebelum diberi tempat duduk tidak lama selepas itu.  Selain makanannya yang sedap, Yoshiya restaurant ini juga menyediakan tempat solat yang selesa.  Selepas makan dan solat, kami berjalan ke train station untuk ke Kyoto station dan seterusnya balik ke Tofukuji station.  Kami tidak terus balik ke hotel, sebaliknya menuju ke arah bertentangan, iaitu ke Tofukuji temple.
koyo spectacular
Mungkin disebabkan hari sudah lewat petang, kami membeli tiket masuk tanpa perlu beratur panjang.  Namun, masih ramai orang memenuhi ruang dalam kawasan temple sambil menikmati pokok2 maple yang banyak dan kemerah2an.  Di sinilah kami menjumpai autumn foliage paling banyak dan paling cantik sepanjang perjalanan kami di Kansai.  Setelah berpuas hati berfoto di mana waktu lawatan juga hampir habis, kami bergerak keluar dari temple menuju ke hotel tidak jauh dari situ.
autumn colors
Oleh kerana masih awal walaupun sudah gelap, kami mengambil peluang untuk menaiki bas ke Kyoto station untuk menikmati suasana malam di station tersebut di mana terdapat light show yang kreatif dan menarik di tangga2 station.   Terdapat juga musical water fountain dan water clock walaupun ianya tidak secanggih yang ada di Osaka station.  Kami juga ke beberapa pasaraya berdekatan station just for window shopping sebelum menaiki bas balik ke hotel. 
along kamogawa river
Pada hari berikutnya, kami ke Nishiki market serta ke kawasan Gion sekali lagi untuk merasai suasana di sebelah siang pula.  Kemudian, kami menaiki bas ke Kyoto University hospital dan bejalan kaki ke arah Imperial Palace.     Kami sempat mngeluarkan sedikit lagi duit belanja di ATM 7E on the way ke Kyoto mosque untuk solat.  Selepas itu, kami ke kedai halal berhampiran untuk lunch.  Kami terpaksa mengililingi palace untuk ke pintu masuk utama yang agak jauh, tetapi tidak begitu terasa jauhnya kerana sekitarnya dipenuhi pokok2 berdaun merah serta kuning yang besar dan cantik. 
imperial palace
Tiada bayaran dikenakan untuk memasuki kawasan istana, tetapi pelawat diberi name tag untuk dipakai semasa lawatan.  Pelawat tidak dibenarkan masuk di dalam mana2 bangunan.  Seperti pelawat lain, kami sekadar berjalan melihat bangunan lama serta taman2 istana melalui route yang dibenarkan.  Kami meninggalkan palace dengan menaiki bas balik ke Kyoto station.  Hasrat untuk ke Kiyimizudera temple terpaksa ditangguhkan dulu memandangkan hari semakin gelap disebabkan kami tersilap menaiki bas yang melalui jalan jauh untuk ke destinasi.  Jadi, kami terus menaiki bas lain balik ke hotel untuk berehat dan menyimpan tenaga untuk hari terahkir di Kyoto esoknya.
imperial garden
Selepas makan dan checkout, kami mengambil teksi untuk menyimpan luggage di Kyoto station.  Disebabkan agak sukar untuk mendapatkan locker besar yang sesuai seperti yang kehendaki, kami menyimpan beg di luggage storage yang lebih mudah dengan harga yang lebihkurang sama  Kami menaiki bas untuk ke Kiyumizudera temple.  Perjalanan dari bus stop ke temple pula adalah mendaki dan agak jauh, tetapi tidak begitu terasa kerana berduyun2 manusia memenuhi jalan menuju ke situ.  Kami melalui anak tangga Ninenzaka dan juga Sannenzaka menuju ke temple. 
ninenzaka stairs
Setelah membeli tiket, kami memasuki kawasan temple yang agak menarik dan dikelilingi oleh pokok2 bewarna merah walaupun bangunan utama temple is undergoing construction and restoration. Kami berjalan mengelilingi temple hingga ke penghujung sambal mengambil gambar berlatarbelakangkan pokok2 maple kemerahan.  Then, kami berjalan menuju ke bus stop tadi untuk kawasan Gion lagi.  Kami menaiki bas, tetapi terlepas untuk berhenti di station yang dikehendaki. 
kiyomizu-dera
Demi menjimatkan masa, kami menaiki teksi untuk terus ke kedai souvenir yang kami pergi kelmarin untuk membeli lebih banyak key chains, fridge magnet dan t-shirts kerana harganya agak berpatutan.  Kami membatalakan hasrat untuk ke Kinkakuji atau Ginkakuji temple kerana kesuntukan masa.  Sebaliknya, kami bersiar2 di sekitar Gion sebelum menaiki bas balik ke Kyoto station.  Sebaik sampai, kami terus ke Kyoto tower located just in front of it untuk solat jamak zohor/asar on the 2nd floor.
main hall renovation
Kemudian, kami memungut luggage di bilik simpanan dan terus menaiki Haruka express yang sedia menunggu untuk mambawa kami ke KIX.  Tiket train telahpun kami beli semasa sampai di KIX dulu.  Setelah sampai di airport, kami membeli onigiri untuk alas perut serta memakan bekalan yang masih tinggal.  Selepas urusan checkin dan immigration selesai, kami ke prayer room yang terletak di hujung departure hall untuk solat jamak maghrib/isyak.  Then, barulah kami board flight untuk menempuh ~7.5 hrs perjalanan pulang ke KUL.
autumn leaves
Overall, kami sangat berpuas hati dengan perjalanan kali ini kerana bukan sahaja kami dapat merealisasikan hampir kesemua agenda yang dirancang, tetapi kami juga dapat menikmati keindahan musim autumn at its peak.  Jepun sememangnya punya terlalu banyak tempat2  untuk dilawati yang tidak mungkin kami dapat pergi kesemuanya, tetapi yang pasti kami sudahpun merancang untuk datang lagi ke sini di musim sejuk dan mungkin juga dikala puncak musim sakura pula, insyaAllah.
kyoto tower


Tuesday, 15 January 2019

Autumn in Kansai & Hiroshima : Miyajima & Hiroshima


…continued from OSAKA
floating gate
Selepas breakfast, kamipun checkout dan menuju ke Tsuruhashi station.  Asalnya, kami bercadang untuk naik train sahaja ke Osaka station dan menukar train lain ke Shin-Osaka station untuk menaiki shinkansen.  Memandangkan, kami membawa lunggage besar yang agak sukar untuk dibawa naik turun train sambil bersesak2 dengan penumpang lain, kami decided mengambil teksi sahaja directly to Shin-Osaka station walaupun kosnya sedia maklum mahal tetapi very convenience in this case.
boat for hire
Kami terus menaiki shinkansen yang sedia menunggu setelah bertanyakan beberapa orang penumpang dan pekerja di situ untuk kepastian.  Kami memasuki non-reserve car dan tidak sukar mendapat tempat duduk berdekatan kerana inilah station pertama ke Hiroshima.  Lunggage kami diletakkan di bahagian belakang dalam gerabak yang sama.
floating shrine
Perjalanan selama ~2.5jam  dihabiskan denngan menikmati pemandangan di luar sambil makan bekalan biskut dan roti yang dibawa. Dalam perjalanan, train berhenti di beberapa station untuk menurun dan mengambil penumpang.  Penumpang yang hendak turun akan diingatkan untuk bersedia dan menunggu berdekatan pintu kerana train berhenti sekejap sahaja. Perjalanan jauh terasa bagaikan sekejap sahaja serta selesa dengan kelancaranya yang mencecah 300km/hr.
lone deer
Apabila sampai di Hiroshima station, kami terus berjalan ke hotel untuk meninggalkan luggage dan kembali semula ke station untuk ke Miyajima Island.  Sebelum itu, kami mengeluarkan sedikit wang melalui ATM di 7E yang begitu mudah dan pantas asalkan telah mengaktifkan debit kad untuk kegunaan overseas transaction.   
torii gate
Kansai Hiroshima pass boleh digunakan untuk menaiki train dan juga ferry ke Miyajima Island.  Setelah ~1 jam, kami sampai di Miyajima station dan terus menaiki JR ferry ke pulau yang mengambil masa ~10 min. sahaja.  Kami menyusuri jalan pantai menuju ke Itsukushima shrine untuk melihat floating gate dengan lebih dekat.  Pada ketika itu air pasang dan kita boleh menaiki sampan untuk melihat malah menyentuh floating gate itu jika mahu.  Kalau air surut, boleh terus berjalan kaki sahaja ke situ.
genbaku dome-mae
Kami hanya menikmati keindahan gate dari daratan dan terus berjalan melepasi shrine.  Di sini kami bergambar dan berehat sambil memakan bekalan makan tengahari.  Ada sekumpulan pelajar yang menghampiri kami untuk menanyakan beberapa soalan  sambil mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris mereka.  Beberapa ekor rusa kami temui sepanjang perjalanan walaupun tidak banyak seperti yang kami bayangkan atau baca daripada pebgalaman orang lain.
A-bomb dome
Untuk balik ke jetty, kami mengambil jalan jauh sedikit ke dalam dan ianya tidak menghampakan kerana di sinilah terdapat taman yang dipenuhi oleh pokok2 autumn berdaun merah dan kuning seperti yang kami cari.  Oleh itu, lama juga kami habiskan masa di sini berbanding perancangan awal.  Sampai di jetty, kami menaiki ferry yang baru tiba dan terus menaiki train balik ke Hiroshima. 
stark reminder
Kami terus berjalan ke hotel untuk checkin di mana beg yang kami tinggalkan pagi tadi telahpun diletakkan di dalam bilik kami.  Kami makan, solat dan bercadang untuk ke destinasi seterusnya sementara hari masih cerah.  Lagipun, kami cuma ada satu hari sahaja di sini sebelum bertolak ke Kyoto pula. 
from aioi bridge
Kami menggunakan free smartphone yang disediakan pihak hotel untuk memudahkan pencarian arah serta dapat mengelakkan buang masa. Kami menaiki street car berdekatan hotel untuk ke Atomic Bomb Dome  dan Peace Memorial.  Icoca card juga boleh digunakan di sini untuk membayar tambang tram.  Masa dihabiskan di dua tempat yang bersebelahan ini sehingga malam sebelum kami menaiki tram balik ke hotel.
from peace memorial
As expected, tidak banyak tempat yang boleh dilawati dalam masa sehari di sini ditambah lagi dengan factor masa siang atau cerah yang singkat di musim luruh.  Namun, kami tetap berpuashati kerana dapat cover landmark yang betul2 penting bagi kami seperti yang dirancang.

Tuesday, 8 January 2019

Autumn in Kansai & Hiroshima : Nara & Kobe



red maple
Hari ini, kami merancang ke Nara dan juga Kobe.  Untuk ke Nara, kami menaiki Kintetsu Nara Rapid Express di Tsuruhashi station kerana ianya berdekatan dengan tempat penginapan kami.  Nara Park juga lebih dekat dari Kintetsu Nara station berbanding dari JR Nara station. 
oh deer!
Sebaik sampai di Nara, kami berjalan menuju ke arah Todaiji temple melalui Kofukuji temple dan mengambil jalan belakang yang lebih jauh untuk menikmati lebih banyak autumn leaves berwarna merah dan kuning. Rusa2 pun banyak berkeliaran di sepanjang jalan dan semakin banyak apabila kami menghampiri Todaiji temple.  Orangramai bertumpu di sini sambil memberi makan rusa.  Kami juga turut membeli makanan rusa yang dijual untuk tujuan tersebut.
deer territory

Kemudian, kami berjalan balik ke Kintetsu Nara station.  Kami singgah di Nakatanido berdekatan dengan train station dan bepeluang melihat demonstrasi Mochitsuki sebelum membeli mochi yang sedap dimakan panas2.   Kami juga membeli key chain dan fridge magnet di kedai berhampiran serta bergegas ke train station untuk ke destinasi seterusnya demi memaksimakan penggunaan waktu siang yang singkat.
yellow red green
Kami menaiki train direct ke Kobe tanpa perlu berhenti di Osaka.  Sebaik sampai di Sannomiya station, kami terus membeli tiket city loop bus untuk ke Kobe mosque.  Selesai solat, kami mengambil late lunch di restoren halal berhampiran.  Oleh kerana hari sudah gelap, kami bergegas menaiki loop bus yang terakhir untuk ke Kobe Tower just untuk bergambar di kawasan sekitar.
inside kobe mosque
Oleh kerana ingin merasai shinkansen buat kali pertama sambil menfaatkan Kansai Hiroshima pass yang dibeli, kami ke Shin-Kobe station for a short ride back to Shin-Osaka station.  Kami menukar train ke Osaka station dan seterusnya ke Tsuruhashi station untuk balik ke hotel.  Kami perlu berehat dan ada seharian lagi esoknya untuk meronda di Osaka sebelum ke Hiroshima pula yang diceritakan di sini.
kobe port tower
go back to OSAKA

Tuesday, 1 January 2019

Autumn in Kansai & Hiroshima : Osaka


Assalamua’alaikum,
Alhamdulillah, pada akhir tahun lepas, kami sekeluarga dapat mengunjungi lagi ke Jepun buat kali ke 2.  Kalau sebelum ini kami bertumpu di Tokyo dan Lake Kawaguchi, tetapi kali ini kami memilih Kansai dan Hiroshima pula.  Perjalanan pergi lebihkurang sama masa kali pertama dulu di mana kami bertolak awal pagi dari TGG serta meneruskan penerbangan pada sebelah petang di KUL dan sampai malam di KIX.  
USB from below
Sebaik melepasi immigration, kami terus ke JR West office untuk membeli Haruka train ticket and Kansai Hiroshima pass untuk menaiki JR trains dan shinkanzen.  Kami turut membeli Icoca card for using other transports especially subways.  Kami juga terus menempah Sagano Romantic Train tiket demi mengelakkan kekecewaan jika sold out nanti.  Kami memilih masa dan boarding station seperti yang dirancangkan walaupun ada sedikit perubahan kerana fully booked seperti jangkaan.   
osaka-jokoen
Kemudian, kami ke prayer room yang agak jauh dan tersorok on the 3rd floor untuk solat jamak maghrib/isyak.  Selepas itu, barulah kami mencari sleeping spot untuk bermalam di airport bersama2 ramai yang lain.  Agak susah untuk mendapatkan tempat berdekatan phone charging station yang sentiasa penuh hingga ke pagi.
running man
Keesokannya, selepas solat subuh, kami terus ke train station untuk menaiki train pertama Haruka Limited Express ke Shin-Osaka station.  Perjalanan mengambil masa ~1 hr.  Then, we took another train for a very short ride to Osaka station.  Kami menyimpan luggage di dalam paid locker serta mencari water clock just to take photos sebelum berjalan ke Umeda Sky Building nearby. 
tsutenkaku tower
Tiada sangat benda menarik untuk dilihat di USB ini, lebih2 lagi the top most open-air deck ditutup for maintenance work.  Namun, kami merasai the world’s tallest escalator yang menghubungkan dua bungunan di tingkat 39 dan 40.  Kami juga dapat melihat Gate Tower building berdekatan yang ditembusi highway di tingkat 5, 6 dan 7.
tower bottom
Oleh kerana masih awal untuk checkin hotel, kami berjalan semula ke Osaka station dan menaiki train ke Osakajokoen station untuk ke Osaka castle pula.  Kami tidak bercadang untuk memasuki castle, sebaliknya berjalan mengelilingi kawasan castle yang luas sambal bergambar dengan castle serta pokok2 berdaun merah dan kuning.  Setelah itu, instead of menapak back another ~15 min to the train station, kami menaiki road train disediakan di perkarangan castle ke Morimomiya station untuk mengambil train ke Osaka station.
abeno harukas
Kami memungut semula luggage serta menaiki train ke Tsuruhashi station untuk ke tempat penginapan yang tidak jauh dari situ.  Kami memasuki bangunan dan bilik hotel berpandukan kod yang diberikan melalui email kerana tiada penyambut tetamu yang menunggu.  As expected, bilik untuk kami bermalam for the 1st 3 nights memang muat2 untuk 3 katil with very limited space for luggage and other activities such as solat and eating.
USJ walk
Selepas makan dan solat, kami menaiki train ke Namba station untuk ke Dotonbori dan Shinsaibashi areas.  Selain aktiviti wajib bergambar dengan Glico man di celah2 pengunjung yang ramai dan sesak, kami juga mencuba takoyaki yang diyakini halal serta pergi sekejap ke Amerikamura dengan bantuan seorang pemuda Jepun yang sanggup berjalan bersama2 kami ke destinasi .  Selepas itu, kami balik ke hotel untuk berehat secukupnya kerana esoknya kami akan seharian di Nara dan Kobe yang diceritakan di entry ini.
ginko ave
Pada hari ketiga di Osaka, kami ke Shin-Immamiya station untuk ke Shinsekai.  Sebelum itu, kami singgah sebentar di Tennoji station untuk bergambar dengan Abeno Harukas.  Seperti biasa, kami juga tidak bercadang menaiki bangunan tertinggi di Jepun itu.  Begitu juga dengan Tsutenkaku Tower di Shinsekai.  Cukup cuma bergambar di kawasan sekitar dan terus bertolak ke Nishikujo station untuk ke USJ pula.  Kami sekadar bergambar sambal makan bekalan yang dibawa di sekitar pintu masuk studio sahaja.
white berry
Selepas itu, kami menaiki train ke Osaka City station untuk ke prayer room on the 1st floor.  Seterusnya, kami ke Midosuji Avenue yang terkenal dengan pohon2 ginko yang kekuningan di kiri kanan jalan.  Setelah puas bergambar di sini, kamipun menaiki train ke Nipponbashi station untuk ke Kuromon Ichiba market demi merasai sepotong kaki king crab bakar yang mahal namun manis dan  sedap.  Inilah aktiviti terahir kami di Osaka kerana esoknya kami akan ke Hiroshima pula.
pricey delicious leg