Hari ini punya
perancangan adalah seharian di Otaru,
tetapi kami pergi ke Nakajima Park terlebih dahulu untuk memenuhi hajat yang
yang tertangguh kelmarin. Apabila sampai
di park itu, kami dihidangkan dengan pemandangan yang sangat menarik serta salji
yang tebal memenuhi setiap ruang. Kami
menghabiskan masa yang agak lama berjalan menikmati suasana yang cantik sambil
bermain salji serta bergambar sepuasnya.
Then, barulah kami menaiki subway ke Sapporo St. untuk mengambil train
ke Otaru.
heavier snowfalls in Otaru
lunch for 3 packs
Perjalanan sejam lebih tidak terasa kerana
kami mendapat tempat duduk di dalam train yang agak sesak sambil menikmati
pandangan putih salji di luar tingkap.Kami
memilih untuk turun di Otaru Minami St. instead of Otaru St. Sebaik tiba di station yang kecil dan agak terpencil
ini, kami disambut oleh snow showers yang sangat lebat.Kamipun berjalan menuju ke arah Sakaimachi
Street melalui Marchen Square di mana the historic steam clock is located.Kami menyusuri jalan sambil masuk dan keluar
beberapa souvenirs shops sebelum sampai di Donburi Chaya restoren.Kami lunch dan solat zohor/asar di sini dan
beredar ke Otaru canal pula.
famous canal
Kami berjalan melewati Denukikoji dan berfoto sepanjang Otaru
canal di mana snow showers mula berkurangan dan amat sesuai untuk bersiar2
sambil bergambar di dalam suhu -5degC.Kami
berjalan hingga ke Tsukimi-bashi bridge sahaja dan berpatah balik ke arah
Sakaimachi street untuk membeli sedikit buah tangan dan juga merasai 7-layers
ice-cream.
canal illumination
Apabila hari semakin gelap, kami pergi sekali lagi ke
Otaru canal untuk menikmati suasana malam pula sebelum terus bergerak ke Otaru St.
untuk balik ke Sapporo.Oleh kerana
lewat sampai, kami terpaksa berdiri sepanjang perjalanan balik. Kami terus ke hotel dan makan bekalan yang dibawa sahaja sebagai dinner.
No comments:
Post a Comment