Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Sunday, 1 March 2020

HOKKAIDO 2019 Day 8 & 9 : Sapporo


nice comfy stay
Pagi itu setelah menghabiskan bekalan makanan yang dibawa, kamipun checkout from the hotel dan pergi menunggu airport limousine di bus stand tidak jauh dari hotel kami.  Bas tiba seperti yang dijadualkan dan kami dapat duduk dengan selesa sepanjang lebihkurang sejam perjalanan.  Since kami tiba awal dan masa untuk Peach airline online checkin adalah 1 jam sebelum berlepas, kamipun mengambil peluang berjalan2 di kedai2 souvenirs dan juga merasai cheese tart buat kali terakhir di sini.
modern streetcar
Kapalterbang berlepas lewat sejam kerana penumpang yang ramai dan majoritinya tersekat di custom and immigration process.  Namun, flight experience was good and smooth.  Kami tiba di Terminal 2 dan mengambil free shuttle ke Terminal 1.  Setelah dicongak costing and timing, kami membatalkan hasrat untuk bersiar-siar di Tokyo.  Walaupun flight balik adalah pada malam nanti, kami decided just to stay at the airport kerana harga train tiket dan peruntukan masa yang tidak berbaloi untuk berbuat demikian. 
yummy japanese curry

in flight meal
Oleh itu, kamipun pergi makan, solat dan menghabiskan saki-baki yen yang ada sementara menunggu untuk checkin.  Perjalanan balik dengan MAS berjalan lancar juga dan sampai di KUL pada masa yang dijadualkan.  Oleh kerana kami check through bag terus ke KUA, kami mempunyai banyak masa untuk solat subuh dan bersarapan di airport sebelum menaiki pesawat seterusnya.
Otaru 041219 
Asahikawa 061219



Sapporo 071219
Overall, ini satu pengalaman yang menyeronokkan terutama dapat merasai snow falls setiap hari kecuali hari pertama sampai which was the main reason Hokkaido was our preferred distination for this trip.  We managed to follow almost  all items in the itinerary  except the ones that we already identified as optionals.  Namun sedikit terkilan kerana tidak dapat menjejejaki bandar Tokyo buat kali ke-2 kerana the main reason that our flight routes sengaja dibuat begitu untuk tujuan demikian.  This would the more reason to repeat Tokyo or other parts of Japan in the future, InsyaAllah.

Tuesday, 25 February 2020

HOKKAIDO 2019 Day 7 : Kokusai


breakfast and snowshowers
Pada hari ini kami akan ke Kokusai ski resort dengan menaiki bas.  Kami menunggu ski bas di hadapan Tokyu Hotel dengan perjalanan dari Susukino ke ski resort memakan masa sejam lebih.  As expected, salji semakin menebal apabila kami semakin menghampiri kawasan ski.  Setelah selesai menyewa pakaian ski beserta semua perlatan berkaitan seperti glove, goggles and boots, kami naik ke tingkat paling atas bangunan seperti yang diberitahu oleh pekerja di situ untuk solat dulu.
ski resort
Ianya adalah bilik mesyurat yang luas yang kebetulan kosong semasa kami sampai.  Namun, tidak lama kemudian, beberapa kumpulan ski turut masuk ke bilik itu untuk bersiap2 dengan ski gears masing2.  Kami terus juga bersolat di tempat yang agak sedikit terlindung setelah mengambil wuduk di tandas berdekatan.
beginner area
Kemudian, kami mengenakan ski gears dengan lengkap dan pergi ke ski area for beginners.  Banyak masa dihabiskan di sini untuk mencuba bermain ski yang agak kelam-kabut tanpa jurulatih yang bertauliah.  Ini tidak termasuk masa yang lama untuk menyewa, mencuba dan memakai ski gears tadi.  Namun, kami tetap berpuas hati dan teruja walaupun dapat betul2 bermain tak sampai 30min sahaja sebelum bergegas menyalin pakaian dan menunngu bas untuk balik pula. 
snow still not that much
Perjalanan balik ke Susukino berjalan dengan lancar.  Selepas makan, mandi dan solat, kami pergi ke DonQ di Tanukikoji for last minutes souvenir shopping.   Kami mengambil peluang di malam terakhir kami di Hokkaido untuk berjalan2 menikmati kemeriahan di Susukino dan merasai snow showers yang masih turun renyai2.  Then, kamipun balik ke hotel dan mengemas barang2 yang dibawa dan dibeli sebagai persiapan pulang ke tanahair melalui Narita.