Saturday, 25 July 2020

Pulau Kapas 2020 Hilites

.
Go to Kekabu before going to Kapas

Pulau Kekabu beach

Marang jetty

Approaching Pulau Kapas

Surau & public toilet

No jetty no problem

Budget rooms

Beds with basic facilities

Beachfront bungalows

Simple package dinner

Water activity booth

Snorkeling

Nice  clean beach

Not so crowded


Popular with  family day trip  
One of many small beaches

Another beach nearby

Concrete bridges connecting beaches


Suitable for short vacay

Sunday, 21 June 2020

Sunday, 1 March 2020

HOKKAIDO 2019 Day 8 & 9 : Sapporo


nice comfy stay
Pagi itu setelah menghabiskan bekalan makanan yang dibawa, kamipun checkout from the hotel dan pergi menunggu airport limousine di bus stand tidak jauh dari hotel kami.  Bas tiba seperti yang dijadualkan dan kami dapat duduk dengan selesa sepanjang lebihkurang sejam perjalanan.  Since kami tiba awal dan masa untuk Peach airline online checkin adalah 1 jam sebelum berlepas, kamipun mengambil peluang berjalan2 di kedai2 souvenirs dan juga merasai cheese tart buat kali terakhir di sini.
modern streetcar
Kapalterbang berlepas lewat sejam kerana penumpang yang ramai dan majoritinya tersekat di custom and immigration process.  Namun, flight experience was good and smooth.  Kami tiba di Terminal 2 dan mengambil free shuttle ke Terminal 1.  Setelah dicongak costing and timing, kami membatalkan hasrat untuk bersiar-siar di Tokyo.  Walaupun flight balik adalah pada malam nanti, kami decided just to stay at the airport kerana harga train tiket dan peruntukan masa yang tidak berbaloi untuk berbuat demikian. 
yummy japanese curry

in flight meal
Oleh itu, kamipun pergi makan, solat dan menghabiskan saki-baki yen yang ada sementara menunggu untuk checkin.  Perjalanan balik dengan MAS berjalan lancar juga dan sampai di KUL pada masa yang dijadualkan.  Oleh kerana kami check through bag terus ke KUA, kami mempunyai banyak masa untuk solat subuh dan bersarapan di airport sebelum menaiki pesawat seterusnya.
Otaru 041219 
Asahikawa 061219



Sapporo 071219
Overall, ini satu pengalaman yang menyeronokkan terutama dapat merasai snow falls setiap hari kecuali hari pertama sampai which was the main reason Hokkaido was our preferred distination for this trip.  We managed to follow almost  all items in the itinerary  except the ones that we already identified as optionals.  Namun sedikit terkilan kerana tidak dapat menjejejaki bandar Tokyo buat kali ke-2 kerana the main reason that our flight routes sengaja dibuat begitu untuk tujuan demikian.  This would the more reason to repeat Tokyo or other parts of Japan in the future, InsyaAllah.

Tuesday, 25 February 2020

HOKKAIDO 2019 Day 7 : Kokusai


breakfast and snowshowers
Pada hari ini kami akan ke Kokusai ski resort dengan menaiki bas.  Kami menunggu ski bas di hadapan Tokyu Hotel dengan perjalanan dari Susukino ke ski resort memakan masa sejam lebih.  As expected, salji semakin menebal apabila kami semakin menghampiri kawasan ski.  Setelah selesai menyewa pakaian ski beserta semua perlatan berkaitan seperti glove, goggles and boots, kami naik ke tingkat paling atas bangunan seperti yang diberitahu oleh pekerja di situ untuk solat dulu.
ski resort
Ianya adalah bilik mesyurat yang luas yang kebetulan kosong semasa kami sampai.  Namun, tidak lama kemudian, beberapa kumpulan ski turut masuk ke bilik itu untuk bersiap2 dengan ski gears masing2.  Kami terus juga bersolat di tempat yang agak sedikit terlindung setelah mengambil wuduk di tandas berdekatan.
beginner area
Kemudian, kami mengenakan ski gears dengan lengkap dan pergi ke ski area for beginners.  Banyak masa dihabiskan di sini untuk mencuba bermain ski yang agak kelam-kabut tanpa jurulatih yang bertauliah.  Ini tidak termasuk masa yang lama untuk menyewa, mencuba dan memakai ski gears tadi.  Namun, kami tetap berpuas hati dan teruja walaupun dapat betul2 bermain tak sampai 30min sahaja sebelum bergegas menyalin pakaian dan menunngu bas untuk balik pula. 
snow still not that much
Perjalanan balik ke Susukino berjalan dengan lancar.  Selepas makan, mandi dan solat, kami pergi ke DonQ di Tanukikoji for last minutes souvenir shopping.   Kami mengambil peluang di malam terakhir kami di Hokkaido untuk berjalan2 menikmati kemeriahan di Susukino dan merasai snow showers yang masih turun renyai2.  Then, kamipun balik ke hotel dan mengemas barang2 yang dibawa dan dibeli sebagai persiapan pulang ke tanahair melalui Narita.

Friday, 21 February 2020

HOKKAIDO 2019 Day 6 : Sapporo


leafless ginko avenue
Kami menaiki subway ke Hokkaido University untuk bergambar di sekitar kampus termasuk di deretan pokok2 ginko yang masih cantik diliputi salji walaupun tidak berdaun.  Rancangan untuk solat Jumaat di Masjid Sapporo terpaksa dibatalkan kerana agak lewat.  Plan untuk makan di cafeteria university juga terpaksa dilupakan kerana masih awal pula.  Sebaliknya, kami ke Tanukikoji untuk solat di prayer room provided by Hokkaido Tours.  Kemudian kami berjalan ke Fukunoki restoren nearby untuk makan tengahari.  Makanan di sini tidaklah sesedap di Ramen Horyu, namun habis ramen yang dipesan sebab lapar setelah perut hanya dilapik seketul cheesetart sejak tiba dari Asahikawa.
sapporo from mt moiwa
Memandangkan hari masih awal untuk checkin di hotel, kami ke Mt Moiwa sekali lagi.  Nasib menyebelahi kami kerana cuaca yang baik  kali ini.  Kami dapat melihat dengan jelas suanana bandar Sapporo and we stayed till dark untuk melihat pemandangan pada waktu malam juga.  Setelah itu, barulah kami pergi ke pekan Susukino untuk menginap di hotel yang sama, tetapi di bilik yang berlainan. 
sapporo night scene
Sebelum tidur, kami menanyakan receptionist tentang ski resort yang sudah beroperasi dan cara2 untuk ke sana.  Kebanyakan ski resort mula dibuka pada hujung December namun ada yang dibuka awal December bergantung kepada jumlah salji yang turun pada waktu tersebut.  Walaupun, shuttle bas untuk ke ski resort esoknya telah fully book, kami dicadangkan untuk menunggu sahaja di tempat bas syarikat lain yang juga dikhaskan untuk ke ski resort yang terteletak di hadapan hotel lain yang tidak jauh dari tempat tinggal kami.  So, kami tidak perlu ke Sapporo St. untuk tujuan itu.

Wednesday, 19 February 2020

HOKKAIDO 2019 Day 5 : Asahikawa


light snow around the station
Pagi ini, kami checkout from hotel, but leave our luggage there since we are coming back tomorrow.  Kami membawa sedikit sahaja pakaian dan bekalan makanan untuk ke Asahikawa dan bermalam di sana.  Kami berjalan ke Susukino St. untuk ke menaiki train seawal mungkin ke Sapporo St., tetapi tidak berjaya setelah beberapa kali train datang dan pergi dengan penuh orang pada waktu puncak.  Jadi, kami berpatah balik ke hotel untuk menaiki free shuttle bus yang memang disediakan untuk ke Sapporo St.  Mujurlah kami sempat menaiki shuttle bas paling awal which is not bad timing-wise compared to taking the train during rush hours.
zoo main entrance
Kami menaiki train limited express yang berhenti at fewer stations menuju ke Asahikawa menggunakan tiket yang dibeli masa sampai di airport dulu.  Perjalanan hampir 2 jam tidak terasa kerana ditemani snow showers serta pemandangan putih salji yang semakin menebal menuju ke destinasi seperti yang dijangkakan.   Apabila sampai di Asahikawa, kami terus ke station bas just outside the train station untuk ke Asahiyama Zoo.  Tiket bas dan zoo inipun telah dibeli pada hari pertama sampai dulu.
the main attraction
Kami beratur sekejap sahaja untuk menaiki bas, tetapi terpaksa berdiri hampir sejam kerana penuh not only with people going to the zoo, but also other passengers getting on and off along the route since it is more like a public bus rather than the one specific for the zoo.  Snow showers menyambut kami sebaik memasuki di zoo main entrance.  Kami meninggalkan barang yang dibawa ke dalam paid coinlocker yang disediakan dan menuju ke zoo support center dahulu untuk meminta izin solat di sana.   
pekan Asahikawa
Selepas itu, barulah kami pergi melihat pelbagai binatang yang dipamerkan termasuklah polar bear dan penguin.  As we all aware, there was no penguin parade due to not enough snow walaupun pada kami, salji sudah agak tebal pada waktu itu.  Normally, it would start in mid December.  Kami sempat mengisi perut dengan bekalan yang dibawa sebelum pulang ke Asahikawa St menaiki bas juga.  Kali ini kami dapat tempat duduk yang selesa walaupun still penuk sesak dengan penumpang.
outside the train station
Sesampai di station bas/keretapi, kami just berjalan ke hotel yang tidak jauh dari situ.  Due to tiredness and cold weather, we decide just to stay indoor for the rest of the day/night and eat whatever we brought at the hotel.  Esoknya selepas makan breakfast bekalan yang masih ada, kami checkout from the hotel untuk kembali ke Sapporo. Perjalanan dari Asahikawa St. ke Sapporo St. berjalan lancar dan disajikan dengan suasana putih salji sejauh mata memandang.

Wednesday, 12 February 2020

HOKKAIDO 2019 Day 4: Otaru


cold drink anyone?

white powder in the park
Hari ini punya perancangan  adalah seharian di Otaru, tetapi kami pergi ke Nakajima Park terlebih dahulu untuk memenuhi hajat yang yang tertangguh kelmarin.  Apabila sampai di park itu, kami dihidangkan dengan pemandangan yang sangat menarik serta salji yang tebal memenuhi setiap ruang.  Kami menghabiskan masa yang agak lama berjalan menikmati suasana yang cantik sambil bermain salji serta bergambar sepuasnya.  Then, barulah kami menaiki subway ke Sapporo St. untuk mengambil train ke Otaru.
heavier snowfalls in Otaru

lunch for 3 packs
Perjalanan sejam lebih tidak terasa kerana kami mendapat tempat duduk di dalam train yang agak sesak sambil menikmati pandangan putih salji di luar tingkap.  Kami memilih untuk turun di Otaru Minami St. instead of Otaru St.  Sebaik tiba di station yang kecil dan agak terpencil ini, kami disambut oleh snow showers yang sangat lebat.  Kamipun berjalan menuju ke arah Sakaimachi Street melalui Marchen Square di mana the historic steam clock is located.  Kami menyusuri jalan sambil masuk dan keluar beberapa souvenirs shops sebelum sampai di Donburi Chaya restoren.  Kami lunch dan solat zohor/asar di sini dan beredar ke Otaru canal pula. 
famous canal
Kami berjalan melewati Denukikoji dan berfoto sepanjang Otaru canal di mana snow showers mula berkurangan dan amat sesuai untuk bersiar2 sambil bergambar di dalam suhu -5degC.  Kami berjalan hingga ke Tsukimi-bashi bridge sahaja dan berpatah balik ke arah Sakaimachi street untuk membeli sedikit buah tangan dan juga merasai 7-layers ice-cream. 
canal illumination
Apabila hari semakin gelap, kami pergi sekali lagi ke Otaru canal untuk menikmati suasana malam pula sebelum terus bergerak ke Otaru St. untuk balik ke Sapporo.  Oleh kerana lewat sampai, kami terpaksa berdiri sepanjang perjalanan balik.   Kami terus ke hotel dan makan  bekalan yang dibawa sahaja sebagai dinner.