Pada cuti sekolah
awal tahun, kami sekeluarga berpeluang ke tempat yang menjadi wishlist aku sekian
lama. Setelah mengambil kira pelbagai
factor, kami memilih untuk focus hanya
ke Tokyo dan Lake Kawaguchi sahaja kali ini.
Cuma sedikit terkilan sebab kami pergi seminggu awal sebelum bunga
sakura dijadualkan berkembang sepenuhnya.
Nak buat macam mana sebab cuti kami biasanya ikut musim cuti sekolah,
bukannya ikut musim bunga atau musim luruh atau musim salji dan sebagainya. Kalau dah kebetulan tu, dah kira bonuslah.
Day 1 : TGG, KLIA2, Haneda
Airport
Sebelum subuh lagi
kami dah tercegat di TGG airport. Lepas
solat, kami breakfast dulu untuk alas perut.
Flight bertolak pukul 0820 hrs to KLIA2. Sampai pukul 0915 hrs, makan lagi sementara
menunggu pukul 1100 hrs untuk drop luggage.
Masa yang panjang untuk terbang lagi kami habiskan dengan merayau2 dalam
KLIA2 yang besar dan penuh dengan pelbagai kedai bak shopping complex.
Setelah melepasi
immigration, kami sempat solat jamak sebelum menaiki pesawat pada pukul 1440
hrs to Haneda. Lunch satay and nasi
lemak on flight. Sampai pukul 2230 hrs,
kami terus mencari surau on 3rd floor not just for solat, but also for
a sleeping spot next to it sebab memang sudah rancang nak bermalam di
airport. Sebelum tidur, aku ke kedai Air
Lawson on the ground floor to buy tickets to Doraemon museum. Nasib baik masih ada ticket untuk masa dan
hari yang dikehendaki.
Day 2 : Asakusa, Kaminarimon
Gate, Nakamise Street dan Sensoji Temple, Ueno Park, Ameyoko, Ikebukuro
Kaminarimon gate hanya beberapa langkah dari hotel kami |
Setelah membersihkan
diri dan solat, aku ke Keikyu Line office to buy passmo card untuk memudahkan
naik turun keretapi nanti. Untuk kad
budak, you need to bring along the passport for a proof. Unfortunately, it was not a discount card,
but could be used extensively for all kind of train or metro and most
importantly, it really saved a lot of time than buying train tickets at the machine.
Masa 1st
time nak naik train memang cuak sebab Jepun memang terkenal dengan jaringan
keretapi yang berselirat dan dikendalikan oleh syarikat yang berlainan. Pagi tu, setelah bertanya seorang pakcik,
kami diberitahu untuk ambil the next train yang akan tiba yang terus ke Asakusa
tanpa perlu menukar train eventhough we heard the announcement of it changed
lines at least 3 times while we are on the train. Berkat percaya pada pakcik tadi, kamipun
sampai ke Asakusa dengan selamat.
Agak jauh juga
menapak ke hotel yang ditempah. Sekali
lagi kami asked for direction walaupun dah ada peta di tangan sebab tak nak buang
masa berpusing2 mencari dengan beg yang besar dan berat. Untuk ke hotel kami melalui Kaminarimon gate yang
sebenarnya tidak sampaipun 5 minit dari hotel kami. Disebabkan
masih awal untuk check in, kami hanya simpan luggage dan berpatah balik ke
Kaminarimon gate. Kedai di Nakamise street masih belum buka dan orangpun tak
ramai lagi. Kami bersiar2 sambil
mengambil gambar dan berjalan hingga ke kawasan Sensoji temple. Actually, Kaminarimon gate, Nakamise street
dan Sensoji temple terletak di kawasan yang sama.
Selipar gergasi pun ada di sini |
Kemudian, kami
ambil train ke Ueno pula. Sebelum masuk
ke Ueno park kami breakfast bekalan roti dan jem dulu di tempat duduk yang
banyak di tepi jalan menuju ke park.
Adalah 2-3 pokok sakura yang lebat berbunga manakala yang lain masih
togel dan berputik. Mungkin juga pokok
yang berbunga tu sebenarnya pokok plum yang biasanya berkembang dulu sebelum
sakura. Kami berjalan hingga sampai ke Ameyoko
street . Beli strawberry, makan kebab serta beli kuih traditional daripada
sekumpulan pemuda Jepun yang ada di antaranya pernah tinggal di Johor dan boleh
cakap melayu sikit2. Sedap juga kuih
yang dibuat daripada madu dan kacang itu.
Kami berjalan lagi dan singgah di Uniqlo berdekatan to buy a coat.
Cherry blossom or plum blossom ??? |
Setelah itu, we went back
to Ueno station untuk ambil train balik ke Asakusa. Sementara itu, kami ke to HRC dalam kawasan train station juga to buy
some t-shirts. Wife aku pula beli kasut
yang lebih selesa di kedai lain di situ untuk kegunaan sepanjang di sini. Sampai di Asakusa, kami singgah di Nakamise
street yang penuh dengan orang ramai. Then, kami terus ke hotel untuk check in
Sakura baru nak berkembang |
Selesai solat dan
rehat, kami ke Ikebukuro pula to buy
Disneyland ticket. Malangnya ticket
sudah sold out untuk hari yang kami minta, tetapi ticket ke Disneysea masih ada
untuk tarikh berkenaan. Namun terpaksa
menunggu more than 3 hrs. Kedai dah tutup,
tapi pembeli ticket ke Disneyland atau Disneysea masih ramai yang menuggu
giliran. We should have bought the
ticket online, but at least still could go to the one and only Disneysea in the
world. Manalah nak tahu ticket
Disneyland boleh sold out, sebab masa di Hong Kong dulu, masih boleh beli di
kaunter masuk pada hari itu juga.
Dalam perjalanan
balik ke Asakusa, kami beli shrimp burger at Lotteria for dinner. Nakamise street dah kembali lengang masa kami melaluinya untuk ke hotel
for rest and sleep. Hajat untuk ke
Akihabara hari tu terpaksa ditunda kerana kesuntukan masa dan jadual yang sangat
padat.
Kelihatan Tokyo Skytree di seberang Sumida River dekat Asakusa |
No comments:
Post a Comment