Day 5 : Lake Kawaguchi,
Lake Saiko, Mt Fuji view
Hari ini, kami check
out from hotel tapi simpan beg besar sebab nak datang balik. It’s FOC.
Kami bawa beg kecil dan ambil train ke Shinjuku. Kami memilih naik bas untuk ke Lake Kawaguchi
sebab malas nak tukar2 train. Station
bas kecil sahaja berdekatan Shinjuku station.
Tidak perlu besar mungkin sebab bas datang dan pergi on time. Lepas tukar voucher yang dibeli online dengan
tiket bas, wife dan anak aku tunggu di waiting room downstairs.
|
Fujisan mula menampakkan dirinya |
Aku ambil kesempatan
bersiar2 sekitar Shinjuku. Bas bertolak seperti
dijanjikan dan terus memasuki highway ke destinasi. 2 jam kemudian barulah nampak kelibat Gunung Fuji. Sepanjang jalan, bas singgah di beberapa
tempat untuk mengambil penumpang dan melalui Fuji Q Highland dulu sebelum sampai di Kawaguchiko station pada 1030 hrs. Station keretapipun di situ juga.
Kemudian, kami
berpatah balik ke station bas dan naik retro bas ke destinasi pertama tetapi
last sekali dalam peta retro bus iaitu Natural Living Center. Syukur cuaca sangat baik sekali dan Gunung Fuji
dapat dilihat dengan jelas sekali dari sini.
Selepas lebihkurang sejam di situ, kamipun naik bas dan berhenti
berdekatan Kachikachi ropeway dan berjalan ke Kawaguchi station bas. Kami singgah di family mart untuk beli nasi
kosong yang biasa terdapat di mana2 convenient store.
|
Tunggul bunga lavender |
|
Lake Kawaguchi berlatarbelakangkan Gunung Fuji |
Untuk manfaatkan
masa yang ada, kami ambil retro bas ke arah Lake Saiko pula iaitu ke traditional
village Saiko Iyashi no Sato Nenba as recommended by the hotel owner masa
tinggal beg tadi. Setelah pusing2 tengok
rumah lama Jepun, beli dan makan strawberry barulah balik untuk check in hotel. Malam itu kami tidur awal. Lagipun tak ada aktiviti luar lagi yang
boleh dibuat malam2 di sini.
|
Rumah traidisi di Saiko Iyashi no Sato Nenba |
|
Sakura baru berputik |
Day 6 : Nippori, Yanaka,
Odaiba
Pada hari ke-2 di Tasik
Kawaguchi, selepas breakfast kami checkout dan simpan bag. Kami ambil peluang naik bas retro lagi untuk
bersiar2 sekitar tasik sebelum bertolak balik ke Tokyo. Sampai di Shinjuku station, kami ambil train
ke Shin Okubu dulu sebab mahu ke Merah Putih Café for lunch and solat di
mushalla berdekatan. Selepas itu, kami ambil train ke Yanaka untuk merasai
suasana kampung di pinggir bandar Tokyo.
Banyak pohon sakura ditanam di kiri dan kanan sepanjang jalan melalui
Yanaka cemetery yang tentunya cantik during cherry blossom walaupun hanya
kawasan perkuburan.
|
Lorong kedai di Yanaka |
|
Mencari kain ela di Nippori |
No comments:
Post a Comment