Thursday, 22 October 2015

Pre-Spring 2015 in Tokyo : Day 3 & 4

Day 3 : Shinjuku, TMG, Harajuku, Meiji Shrine, Yoyogi Park, Takeshita-dori , Omotesando Street, Camii Mosque, Shibuya, Ginza, Akihabara
Seperti biasa, breakfast di hotel dulu.  Then, took metro to Shinjuku dan terus mencari station bas ke Lake Kawaguchi yang akan dikunjungi pada hari ke 5 just to know the place in advance.  Lagipun, kami melalui station itu untuk ke TMG.   Kami mencari juga free shuttle ke TMG, tapi tak jumpa.  Kamipun menapak ke south tower TMG for a better view sebab boleh nampak Gunung Fuji kalau cuaca mengizinkan.  Malangnya cuaca berkabus menyebabkan Fuji san tak kelihatan langsung. 
Tak nampak pun Mt Fuji daripada TMG

Pintu masuk ke Yoyogi Park dan Meiji Shrine
We walk back to Shinjuku station via underground passage to take metro to Harajuku pula.  Kelihatan tersangatlah ramainya orang di Takeshita-dori. Kami membuat keputusan untuk berjalan ke Meiji Shrine and Yoyogi Park dulu.  Jauh juga perjalanan  masuk dan keluar.  Then, we went to Meiji-Jingumae station untuk ambil train ke Yoyogi Uehara station untuk ke Camii mosque.  
Pintu masuk ke Takeshita-dori

Takeshita-dori menuju ke Harajuku yang penuh sesak
Kena menapak lagi ke masjid yang agak jauh sebelum berpatah balik ke Takeshita-dori dan Omotesando street.  Makan shrimp burger lagi for lunch and then, take metro to Shibuya.  Lintas jalan 3-4 rounds untuk ambil gambar termasuk dengan patung Hachiko.  Then took metro to Ginza pula.  Chuo Dori steet  yang dijadikan pedestrian street pada hujung minggupun dah nak buka kembali untuk laluan kenderaan. 
Inside Camii mosque

Menyibuk di junction yang tersibuk di Shibuya
Sekejap sahaja disitu, kami terus ke Akihabara pula.  Pada mulanya kami salah tempat sebab gelap dan tak nampak langsung kedai2 with neon bergemerlapan as expected.  Selepas tanya orang, rupanya kami tersalah site.  Kami berjalan ke arah yang sepatutnya seperti yang diberitahu.  Barulah jumpa kawasan yang terang benderang di mana sempat kami bersiar2 dan membeli power bank serta power cord di salah sebuah kedai di situ.  Setelah bergambar di depan AKB48 dan Gundam CafĂ©, kamipun balik ke hotel di Asakusa.
Menjelang senja di Ginza

Neon malam di Akihabara

Day 4 : Tsukiji Market, Disneysea
Ambil train ke Tsukiji Shijo station untuk ke Tsukiji fish market.  Pukul 0800 hrs lebih, barulah kami sampai.  Kalau nak tengok tuna auction kena datang pagi2 buta.  Menarik tengok penggunaan turret trucks untuk transport ikan dan sebagainya around the market area.  Kelihatan ramai orang beratur di beberapa kedai sushi untuk breakfast.  Kami tak join sebab dah makan di hotel tadi.  Lagipun memang tak minat sushipun.  Kami ronda2 dalam fish market yang bersih dan tak hanyirpun.  Bolehlah juga nampak tuna yang tak berapa besar.  Yang besar gedabak mungkin sudah kena bawa ke tempat lain selepas auction tadi. 
Turret truck yang unik di Tsukiji market

Tuna dah jadi sushi
Dalam 0930 hrs, kami terus ambil train ke Disneysea.  Disneyland dan Disneysea terletak sebelah menyebelah saja.  Ambil lunch bekal yang dibawa dulu sebelum naik Disney line.  Dah sampai depan pintu masuk Disneysea, kami solat dulu di admin building sebelum masuk.  The staff was very accommodative seolah2 mereka dah biasa dengan permintaan macam ni.  Selepas bergambar dengan karektor Donald Duck dan Goofy, barulah kami masuk ke dalam taman tema itu.
Globe di luar pintu masuk Disneysea

Donald duck nak balik berehat dulu
Tidak banyak tempat atau rides yang boleh dikunjungi sebab sudah tengahari dan letih beratur panjang serta lama untuk sesuatu attraction. Kami cover sebahagian kecil sahaja.  Karektor kartun di sinipun tak terkenal sangat macam di Disneyland.  Kids boleh bergambar dengan senang dan tak perlu beratur panjang.  The main attraction which is sebelum ditutup pun tak dapat tengok dengan jelas sebab hujan renyai2 and the best seats already taken.  Lagi satu sebab terpisah dengan wife.  Nasib baik anak dengan aku duduk sekali.  Tak pasti nak cari macam mana dalam lautan manusia, kami tengok show dulu.  Lepas habis show kamipun berjalan keluar dan bernasib baik jumpa wife masa tu. Kami terus balik hotel dalam keadaan yang penat dan keletihan.
Among rides in Disneysea

Woody pun ada di sini

No comments:

Post a Comment