Day 7 : Doraemon Museum, Roppongi, Imperial Palace
Hari ini, mula2 kami ke Kawasaki City untuk ke Fuji F Fujio Museum atau Doraemon Museum. Sampai di Noborita station, kami ambil shuttle bas ke museum. Biasa2 sahaja tempat ini, tetapi bolehlah untuk melayan kehendak budak2. Setelah 2 jam di situ, kami ambil shuttle bas dan seterusnya train balik ke Tokyo station. Kami hanya bergambar di luar Tokyo station yang cantik dan rekabentuk berbeza berbanding station2 lain. Kemudian, terus berjalan ke arah Imperial Palace. Di sinipun, kami tak masuk dalam palace, cuma bergambar di luar dan terus ke Roppongi.
|
Adik Doraemon, Dorami menyambut tetamu di Noborita station |
|
Doraemon di Fuji F Fujio museum |
Di Roppongi, kami ke HRC untuk beli t-shirt. Kemudian, makan kebab di restoren berdekatan. Penjual kebab memberitahu bahawa ada surau berdekatan Oji station atau Chinese Embassy. Kami pergi cari dan tawaf kawasan beberapa kali dalam hujan renyai2 tapi tak jumpa walaupun dah tanya orang. Akhirnya, dalam keletihan yang amat, kami terus balik ke Asakusa untuk rehat dan solat. Lepas tu, turun ke Nakamise street untuk beli souvenir t-shirts, key chain dan fridge magnet.
|
Beautiful Tokyo station |
|
Hujan renyai2 di Roppongi |
Selesai shopping, kami ke tourist info center dan diberitahu ada halal ramen berdekatan Sensoji temple. Kamipun ke sana untuk dinner. Kebetulan ada satu family Malaysia yang datang dari Yokohama sedang makan di situ. Sesudah makan dan berborak dengan kenalan baru serta tuan kedai yang peramah, kami terus balik ke hotel. Aku turun semula ke Don Quijote yang dibuka 24 jam. It is similar to Mydin tapi barang yang dijual lagi varieties sebab ada jual sayur di tingkat bawah hinggalah branded items such as coach handbag di aras paling atas.
|
Di luar Imperial Palace |
|
Makan halal ramen di malam akhir di Asakusa |
Day 8 : Sumida Park, Tokyo Skytree, Tokyo Tower, Ueno Zoo, Museum, Haneda Airport
Hari terakhir di Tokyo, kami check out dan tinggal luggage. Kemudian kami ambil train ke Tokyo Skytree. On the way, singgah dulu di Sumida Park. Macam di Ueno Park, di sinipun banyak pokok cherry dan pelbagai, tapi masih berputik. Adalah satu atau dua species yang berbunga. Dekat sinipun ada parking basikal bertingkat tapi underground, tidak seperti yang aku tengok di Amsterdam yang nampak berselerak.
|
Tokyo Skytree view from Sumida Park |
|
Underground parking basikal dua tingkat di Sumida Park |
Kami naik train ke skytree tapi tak naik ataspun as planned. Pusing keliling, ambil gambar dan terus ambil train ke Tokyo Tower pula. Di sinipun kami tidak berhajat untuk naik ke atas. Untuk menjimatkan masa, kami ambil teksi ke station berdekatan Masjid Assalam. Sesat juga pada mulanya tapi akhirnya jumpa. Selesai solat dan makan di taman permainan berdekatan, kamipun naik train ke Ueno Park. Tujuan kami ke sini sekali lagi adalah untuk melihat sendiri patung awet Hachiko dan dinosaur di National Museum of Science and Nature. Kena bayar untuk masuk ke sini.
|
Tokyo Tower view from ground level |
|
2 ekor dinosaur di dalam muzium |
Kemudian kami menapak ke zoo berdekatan untuk tengok giant panda pula. Kebetulan, hari itu tidak perlu bayar sempena anniversary zoo. Kemudian, barulah kami bergegas balik ke hotel di Asakusa sebab sudah book teksi ke airport pada pukul 1700 hrs. Boleh saja kalau nak naik train ke airport, tapi kena tukar train bukannya direct. Memandangkan luggage yang bertambah berat berbanding sampai dulu, teksi adalah pilihan yang lebih baik walaupun mahal. Kami pergi awal ke airport supaya tidak tergesa2 untuk urusan flight check in, solat, urusan immigration dan sebagainya. Urusan check in berjalan lancar dan flight berlepas pada pukul 2345 hrs.
|
Hachiko juga bersemadi di muzium |
|
Giant panda mundar mandir on zoo annivesarry |
Kesimpulannya banyak sangat tempat2 menarik dan semestinya bersih boleh dikunjungi. Mostly accessible by train atau metro. Aku tak mention kena naik train yang mana satu untuk ke destinasi tertentu sebab sudah tidak ingat yang mana satu. Walaupun nak pitam tengok laluan train pada mulanya, tapi sangatlah senang selepas seharian suntuk menggunakannya. Tak susah naik turun train with passmo or similar card yang banyak menjimatkan masa beratur beli tiket. Gunakan juga train map untuk lebih cepat menentukan option laluan yang akan diambil. Kalau tersesat pun, boleh tanya orang Jepun yang sangat2 membantu even with their very limited English. Ambil teksi bila perlu sangat2 sebab tambangnya amatlah mahal walaupun jarak dekat sahaja. Aku berazam akan bertandang lagi ke Tokyo bila sakura betul2 in full bloom atau masa musim luruh ataupun ke kawasan lain seperti Kansai region pula, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment