Showing posts with label laksa. Show all posts
Showing posts with label laksa. Show all posts

Saturday, 22 August 2015

Krabi revisited 2015


Assalamu’alaikum,

Pada bulan Jun lepas, sekali lagi aku berpeluang ke Krabi.  Kalau  dulu, bersama kawan sekerja, kali ini bersama family.  Dulu cover Phuket sekali namun tak berpeluang ke pulau2 sebab hujan lebat hingga banjir besar.  Kali ini cuaca baik sekali, cuma hujan rintik2 yang tak menjejaskan mood percutian.

Tiket flight dah tentu bukan murah sebab aku beli sehari sebelum bertolak.  Hotel pun tempah malam sebelum tu juga.  Kira percutian last minute decision, tapi tak perlu risau sebab bukan kali pertama ke sini.  Dah tahu what to expect.  Kami memandu awal pagi ke KTN untuk flight terawal ke KLIA.  Tinggal kereta di airport KTN.  Sampai di KLIA, ambil ERL ke KLIA2.  Breakfast dan berehat dulu sebelum berlepas ke Krabi pada pukul 2 pm nanti.
Sampai di Krabi Airport, kami ambil bas ke hotel di Aonang.  Tiket bas dibeli di kaunter dalam airport.  On the way ke hotel, some passengers including us had to transit at a travel agent office.  Tujuannya tak lain tak bukan nak promote tour package company tu.  Actually, tak perlu terburu2 beli package yang ditawarkan sebab ada banyak agent di merata tempat sekitar Aonang.  Kena pandai tawar menawar untuk dapat harga murah.  Namun, aku ambil juga satu package ke Phi2 Island sebab harga berpatutan dan offer termasuk free transport ke night market di pekan Krabi malam tu juga.  Sememangnya agenda ke night market termasuk dalam perancangan kami. 
Krabi night market

Dah settle kat situ, naik tuk2 yang disediakan ke hotel dan terus check-in. Lebihkurang pukul 5 pm, travel agent datang dengan van menjemput kami di hotel seperti dijanjikan untuk ke pekan Krabi.  Alternative lain, boleh sewa motosikal, naik tuk2 atau teksi. Van menjemput lain2 penumpang di hotel masing2 sebelum terus ke destinasi.  Dalam sejam juga, baru sampai ke pekan Krabi.  Kami diberi masa 3 jam di night market yang dibuka setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
Pad thai

Banyak makanan halal boleh didapati di sini.  Kami membeli grass jelly, pad thai,, satay, puyuh goreng dan fruit shake untuk makan malam di meja yang disediakan sambal menikmati variety shows di atas pentas disediakan tengah2 market itu. Van datang menjemput kami untuk pulang pada pukul 9 pm.  
Speed boat

Hari berikutnya, setelah makan ala kadar di hotel, kami dijemput pula untuk ke Phi2 Island hopping.  Breakfast termasuk dalam cost penginapan, namun terpaksa berhati2 memilih makanan kerana hotel itu tidak menjanjikan makanan halal. Actually, ada banyak hotel sekitar Aonang yang menyediakan makanan halal, tetapi kami tak sempat nak cari sebab kesuntukan masa.  Selepas makan, kami sempat membeli slipper dan waterproof dry bag untuk kegunaan sepanjang percutian di sini.
Long tail boat

Kami dibawa ke Noparathara Beach dimana terletaknya jetty untuk menaiki speed boat ke aktiviti island hopping.  Walaupun dah masuk off-season, tetapi punyalah masih ramai pelancong berada di situ menunggu boat mengikut package yang dipilih.  Kami berjalan menaiki boat setelah dipanggil mengikut kumpulan masing2.  Semua slipper dimasukkan dalam plastic yang disediakan.  Ada juga yang memilih long tail boat yang agak perlahan berbanding speed boat. 
Phi2 Don

Tour leader berbangsa siam memberi taklimat tempat2 yang bakal dilawati dalam Bahasa Inggeris yang lancar.  Lebihkurang 45 min kemudian, kami sampai ke destinasi pertama iaitu Bamboo Island.  Kami diberi masa 45 min untuk mandi-manda serta meneroka kawasan sekitar.  Kemudian, kami menuju ke Maya Beach.  On the way, kami singgah di Bat Cave untuk bergambar serta melalui Phi2 Don dengan kejernihan air yang memukau bak crystal.  Akhirnya kami sampai di Maya Beach yang cantik dengan pasirnya yang halus dan sangat selesa bila dipijak.  Kami diberitahu, pantai yang dipopularkan oleh The Beach movie ini tersangatlah sesak dan penuh dengan pelancong during peak season especially during Chinese New Year. 
Bat cave

Dekat pukul 1 pm kamipun bertolak ke Phi2 Island untuk makan tengahari.  Kami diberi balik slipper untuk kegunaan di pulau ini.  Memang sedap makanan halal yang disediakan ala buffet style di restoren yang agak jauh dari pantai.  Setelah kenyang, kami menaiki semula boat untuk aktiviti snorkelling di tengah laut pula sebelum bertolak balik ke jetty.  Buah tembikai dan nenas manis beserta air oren sedap dalam botol dihidangkankan dalam boat.


Sesampai di jetty, kami dihantar balik ke hotel masing2.  Kami mandi di kolam hotel dulu sebelum naik ke bilik untuk rehat dan solat. Kemudian, kami turun semula dan berjalan ke arah Aonang Mosque untuk makan malam.  Aku sempat bersolat di masjid itu sebelum menaiki tuk2 untuk ke pantai Aonang.  Kami berjalan menyusuri kedai2 cenderahati yang berderet sepanjang jalan untuk membeli sedikit buah tangan serta mencari package tour untuk hari berikutnya.  Kami memilih untuk activity jungle trekking pula menaiki gajah, serta mandi di kolam air panas dan tasik jernih di tengah2 hutan. 
Maya Beach

Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami book satu lagi island tour package daripada travel agent yang berlainan untuk hari keempat pula.  Rasanya semua tour package di sini mengambil peserta di hotel dan menghantar semula ke hotel.  Kita cuma kena pastikan makanan halal disediakan which is easily available.  Dah sampai di hotel, aku turun semula sebab nak mencari salah satu makanan wajib di sini iaitu pankace.  Setelah habis makan pancake mangga dan pisang with cholcolate, barulah kami tidur dengan nyenyaknya.
Pancake

Esoknya, seperti dijanjikan, travel agent datang pick-up kami pada pukul 9.30 am untuk aktivti yang pertama di hari kedua itu.  Van juga mengambil peserta lain di hotel masing2 sebelum terus ke Hot Stream.  Kami cuma berendam kaki dalam kolam air panas yang bertingkat2 dan beredar balik 30 min kemudian ke van yang sedia menunggu.  
Hot Stream

Destinasi seterusnya adalah Emerald Pool.  Pelawat terpaksa berjalan kaki dekat 1km ke dalam hutan untuk sampai ke kolam yang sangat jernih bak crystal.  Kami menghabiskan masa selama sejam di sini.  Disebabkan kami tersilap tengok jam, kami sampai awal di parking lot untuk ke destinasi seterusnya.  Kamipun ambil peluang alas perut with jagung bakar, nasi dan tomyam dulu sementara menunggu penumpang yang lain.

Setelah itu, kami menaiki van ke aktiviti yang ditunggu2 iaitu elephant trekking.  Dua orang disuruh naik ke tempat duduk atas belakang bagi setiap ekor gajah.  Aktiviti meredah hutan, mendaki dan menuruni bukit berjalan selama 45 min. Setelah kami memberi makan gajah dengan pisang yang dijual, kami pula dijamu dengan nenas yang manis.  Dalam pukul 3.30 pm, kami selamat tiba di hotel semula. 
Elephant trekking
Selesai membersihkan diri, solat dan berehat, kami menaiki tuk2 ke arah masjid semalam untuk dinner.  Petang itu, kami berjaya menjejaki dan makan laksa siam di samping nasi ayam, pulut mangga serta pancake lagi.  Dalam pukul 7.30 pm, kami pulang ke hotel untuk berehat dan tidur.
Phra Nang beach

Aktiviti hari keempat ialah  island hopping lagi.  Kali ini kami mengambil package daripada travel agent yang agak famous kerana peserta yang berkumpul untuk agent ini sahaja di pantai Aonang jauh lebih ramai berbanding island hopping di hari kedua dulu.  Walaupun begitu, sessi pendaftaran dan lain2 urusan berjalan lancar.  Boat bergerak dalam pukul 10.30 am dan sampai ke destinasi pertama in less than 10 minute. 
Phra Nang cave

Kami diberi masa 40 min untuk mandi manda di Phra Nang Beach yang juga terdapat gua dan sebuah resort accessible by boat only.  Kemudian, kami ke Tup Island di mana kami berjalan kaki merentasi air cetek ke Chicken Island bersebelahan.  Kedua2 pulau seolah2 bersambung bila air surut. Seterusnya, kami dibawa ke kawasan belakang Chicken Island untuk aktiviti snorkelling sebelum singgah di Chicken Island sekali lagi untuk lunch dan berehat di tepi pantai.
Tup Island view from Chicken Island

Sejam kemudian, kami dibawa pula ke Poda Island untuk meneruskan aktiviti mandi manda sebelum bertolak balik ke Aonang.  Kami sampai di jetty pada pukul 4.30pm dan terus menaiki tuk2 balik ke hotel.  Seperti biasa, kami turun semula untuk dinner dan menu utama semestinya nasi,  tomyam dan pancake lagi.

Pada hari terakhir di sini, kami menyewa tuk2 sambil menghabiskan masa meronda2 sekitar Aonang selama sejam.  Kemudian, kami check out from the hotel dan pergi ke kedai yang sama untuk makan nasi ayam dan laksa siam.  Setelah selesai solat di Masjid Aonang, kami berpatah balik ke hotel untuk memungut luggage yang ditinggalkan.  Kemudian, terus menaiki teksi yang ditempah malam sebelumnya untuk ke Krabi Airport.  Process check in berjalan lancar dan kamipun bertolak pulang ke tanahair dengan selamat. 
Laksa siam


Dengan berakhirnya percutian kali kedua ke Krabi dan Aonang ini, maka tertunailah hajat aku untuk ke pulau2 yang terbantut pada kali pertama dulu.  Tambahan pula, dapat menikmati laksa siam dan pancake serta tomyam yang wajib dijamah bila berada di sini.  Tidak mustahil aku akan datang ke sini lagi atau menginap di lain2 tempat berdekatan Aonang seperti Koh Lanta ataupun repeat Phuket pula, InsyaAllah.

Friday, 15 June 2012

JJCM utara

Assalamu’alaikum,

Cuti sekolah baru2 ni, aku sengaja merancang untuk pusing2 sebelah utara ( Penang, Kedah, Perlis ) sambil makan2.  Selama ni tak pernah pun terfikir nak buat camtu.  Mungkin sebab memang dah berasal dari utara kot.   Alhamdulillah semua perancangan berjalan lancar walaupun terpaksa melencong ke Shah Alam dulu sebelum balik ke Penang.   
                          
Day 1

Pada hari perjalanan pulang, kami ikut LPT dan singgah di Gambang R&R untuk breakfast.  Dalam pukul 2 pm, berpandukan GPS, kami sampai di Low Yatt plaza untuk tukar modem aku yang kena kilat 2 hari sebelumnya.  Tanpa banyak soal, aku dapat modem baru  sebab still under warranty.  Kemudian terus bergegas ke Shah Alam melawat saudara yang sakit, selepas selesai menunaikan solat di masjid besar Shah Alam yang dah agak lama aku tak singgah.

Kemudian, pekena late lunch at Zam Zam Restaurant.  Not bad jugak rasa nasi mandy lauk kambing dan ayam dia.  Setup restoren pun cantik, luas dan selesa.  Since ada masa lagi dan alang2 dah dekat, aku ambil kesempatan melawat saudara yang lain pula di Shah Alam jugak.  Setelah sembang2 dan menunaikan kewajipan, kami dibawa ke iCity berdekatan untuk makan malam.  Bestlah jugak, esp. untuk anak aku, sebab kami tak pernah pun pergi ke iCity sebelum ni walaupun dah lama berhajat.  
Setelah puas pusing2 dan posing2 kami ke cawanagan restoren  Al Rawsha dalam  iCity untuk makan nasi arab lagi.   Memang tak rugi walaupun perut masih kenyang lagi sebab bagi aku rasa nasi mandy yang ini lagi sedap.  Dalam pukul 11pm, barulah kami bertolak ke Penang dan sampai dalam pukul 3 am lebih.  


Day 2

Walaupun keletihan, dalam pukul 11.30 am kami terus ke agenda yang pertama iaitu ke Penanti untuk makan laksa campoq teloq lembik.  Rata2 ahli keluarga yang aku bawak kali ni sangat berpuas hati dengan laksa ni.  Highly recommended.  Lebih sedap daripada laksa campoq Kg Petani yang aku makan dulu kat area Penanti jugak.  Kedai dia kecik jer tepi jalan opposite masjid Kg Pelet berdekatan jalan ke Puncak Mutiara Café yang famous tu.  
Setelah melawat seorang kenalan dan homestay dia berdekatan, kami terus ke Kg Selamat, Tasik Gelugor, untuk pekena laksa sotong pulak.  Yang bestnya, kat kedai ni jugak ada dijual  bihun goreng yang boleh dimakan bersama kuah laksa.  Tapai pun ada dijual yang rasanya pun boleh tahan walaupun terlebih lembik dan manis.  Namun, laksa beras ni juga tak boleh menandingi laksa teloq lembik tadi. 
Seterusnya, kami ke Penaga untuk melawat saudara lagi sebelum ke Bagan Ajam untuk makan yongtaufoo yang agak famous jugak.  Nasib baik orang tak ramai masa kami sampai dan masih ada tempat duduk kosong.  Pelanggan semakin ramai beratur sebaik saja kami membuat tempahan.  Oklah jugak yongtaufoo dia walaupun aku lebih gemar makan yongtaufoo yang ada sos punya, bukan jenis sup.                                                                
 
Day 3

Destinasi kami pada hari ini adalah Perlis.   Pertamanya, terus menuju ke Mata Ayer untuk lunch at warung pokok sawa yang beroperasi bermula pukul 11 am.  Disebabkan kami terawal 30 min, kami melencong dulu ke Tasik Melati berdekatan untuk berehat sambil bergambar.  Tidak ada yang menarik sangat di sini selain tasik dan jambatan yang merentasi tasik.  Kemudian, barulah kami berpatah balik ke warung pokok sawa untuk menikmati hidangan nasi campur lauk kampung yang sangat meyelerakan.  Ikan keli goreng dan bakar memang sedap seperti yang disebut2 dalam beberapa blog yang aku baca.  Majority makanan kat sini nampak biasa2 saja tapi sedap.  This place is highly recommended kepada para penggemar masakan ala-kampung. 
Lepas tu, kami ke Gua Kelam 2. Ada kemudahan keretapi masuk ke dalam gua ni, but sedang dalam penyelenggaraan for improvement and safety reasons.  Gua Kelam 1 berdekatan pulak under maintenance after being hit by flood a few years back.  Receptionist kat situ kata, keretapi yang rosak tu mungkin akan dibaiki setelah pembaikan Gua Kelam 1 siap.  
Untuk masuk ke gua ini, kena pakai khidmat tour guide disediakan dengan bayaran RM40 for a group of 10 people or less.  Kena melalui terowong buatan ( laluan keretapi ) sepanjang ~600m sebelum sampai ke dalam perut gua.  Satu pengalaman yang menarik jugak apabila berada di dalam gua bekas lombong bijih timah sambil mendengar penerangan yang disampaikan oleh guide kami.   Perjalanan ke dalam gua ini lebih santai, tidak seperti pengalaman aku ke gua di Tekam, Jerantut dulu yang lebih sesuai untuk acara tembuilding.  Malah kanak2 dan warga emas boleh turut serta kali ini.
Seterusnya, kami ke Ladang Anggur Perlis at Sg Batu Pahat.  Tiket masuk untuk dewasa RM2 dan kanak2 RM1.  Teruja jugak tengok buah anggur hitam dan hijau yang lebat bergantungan, tapi tak boleh petik.  Kalau nak makan, boleh beli buah yang sudah siap dipek RM10 setengah kilo, tapi malangnya dah habis diborong oleh pelawat yang datang sebelum kami.  So, kami cuma boleh pegang2 buah yang terjuntai sambil posing2.  Kami sampaipun, dah dekat pukul 4 pm.  Ladang ini dibuka untuk lawatan pada pukul 9 am hingga 6 pm dan ditutup setiap hari Isnin.
Hajat nak ke Ladang Harumanis berdekatan pulak terbantut sebab off-season. Katanya buah2 baru saja habis dikutip 2 minggu sebelumnya. Kemudian, kami melalui ladang tebu di Chuping.  Aku nampak macam dah semakin mengecil keluasan ladang tebu ni.  Tak sehebat yang aku tengok satu masa yang agak lama dulu.  
On the way balik ke Penang, kami singgah di D’King, Sg Petani untuk makan malam. 
Ramai orang makan mee udang banjir kat sini, tapi kami memilih untuk makan nasi bersama ikan bakar, ikan 6 rasa, ikan masak warisan, goreng udang dan sotong serta tomyam dan sayuran.  Ramai sungguh orang makan kat sini, tapi service dia not bad, kira cepat jugaklah.   Makanan diapun tak mengecewakan kecuali tomyam yang kurang menjadi.   Lebih enak dimakan bersama 5 jag air buah termasuk 3 jag jus amra asam boi yang menjadi pilihan aku lately bila balik kampung. 

Day 4

Hari ini kami memilih untuk berehat di rumah sahaja sambil merasai nasi lemuni untuk makan pagi dan gulai ayam api2/mutiara/guinea fowl untuk lunch.  Sebelah malamnya, kami sambut harijadi sambil potong kek untuk anak saudara aku bersekali dengan anak aku yang jatuh pada bulan yang sama. 
 Day 5

Percutian kami diteruskan untuk hari ini.  Mula2 kami ke Ladang Anggur Tasik Beris, Kedah yang memang dalam agenda aku.  Ladang ini lebih besar dan lebih menarik jika dibandingkan dengan the one kat Perlis tu.  This time, tiket masuk untuk dewasa RM4 dan kanak2 RM2.  Agak mahal tapi boleh guna tiket yang sama untuk ke ladang syarikat sama kat Sg Senam.  Lebihkurang 12km saja dari Tasik Beris.   
Tempat jual buah kat ladang di Beris ni nampak lebih menarik dan bersungguh.  Siap ada jual T-shirt dan fridge magnet lagi.  Kami bertolak ke ladang Sg Senam setelah membeli beberapa kilo buah anggur, air, jelly serta fridge magnet.  Kalau terpaksa memilih antara ladang di Perlis atau di Kedah untuk dilawati, I would go for the Kedah one.
Seterusnya, kami menghadiri kenduri kahwin di Pendang, Kedah.  Sedap masakan daging kerbau walaupun dibuat sup sahaja dan dimakan bersama nasi putih kukus.  Kemudian, misi pencarian laksa diteruskan.  Kali ini kami pekena laksa ikan sekoq at Mergong.  Sedap jugak laksa dia yang dihidangkan bersama sekoq ikan kembung beserta cendol pulut.  Kuantiti laksa sikit, tapi boleh tambah FOC.  Kalau tak terkunyah tulang ikan dalam kuah dia semasa makan lagi mengancam. 
Since ada masa lagi, lawatan ke Pekan Rabu masuk dalam agenda untuk hari ni.  Ramai sungguh orang ke sini, nak cari parking keretapun kena tawaf 2-3 kali.  Kami beli pelbagai kuih tradisinal seperti baulu, kuih karas, kuih loyang  serta  kraftangan sebelum bertolak balik ke Penang melalui Sg Petani ikut jalan lama.  Singgah makan malam di D’King Sg Petani for 2nd time.  Kami order makanan yang lebihkurang sama macam kami makan 2 hari lepas. 
Day 6 

Hari berikutnya, kami melawat member suami-isteri serombngan ke Korea baru2 ni at Kepala Batas, Alor Star.  Selepas sembang2 sambil menjamu selera yang disediakan tuan rumah, kami menuju ke Kuala Kedah pula.  Kali ini laksa Teluk Kechai yang disediakan sedikit sambal kelapa menjadi sasaran.  Unfortunately, laksa ni macam jugak laksa janggus Balik Pulau, bagi aku a bit overrated.  Cukuplah sekadar merasa sekali sahaja.   
Kemudian kami ke Yan untuk melihat jambatan Pulau Bunting yang terbengkalai yang aku terbaca dalam internet.  Ada kemudahan sewa motosikal RM6 per ride untuk cross the bridge. Taklah cantik manapun, kira oklah, tapi dah alang2 sampai dan terpaksa meredah jalan berbatu serta hutan kecil untuk sampai ke sana, akupun sewalah motor tu.  Ramai orang memancing di sepanjang jambatan.  Katanya ikan duri dan sembilang banyak di situ.  Ada juga pasangan pengantin yang buat photo shoot.  Mungkin pasangan tu local and most probably kaki pancing kat jambatan tu jugak kot.  
Sebelum sampai di rumah, kami singgah di Kompleks Kailan, Kepala Batas untuk membeli jeruk buah Pak Ali, which is one of ole-ole wajib aku bila balik Penang.  Lepas tu beli pulak cucoq udang cicah di kedai mamak berdekatan.  Punyalah ramai pelanggan walaupun hidangan dia simple jer.  Rasanya pun not bad, tapi lebih sedap lagi cucoq udang kat Penang Road sana.  

Day 7

Pagi tu, pergi beli sos rojak pulak , another ole-ole wajib aku, kat Kepala Batas sebelum bertolak balik ke Terengganu.  Malah sempat singgah pekena mee udang at Sg Dua lagi.  Kali ini, aku mencuba mee di kedai restoren Aur Gading.  Walaupun aku terpikat dengan kebersihan dan setting kedai yang menarik, mee udang di restoren Pengkalan Tambang yang biasanya aku makan rasanya lebih sedap sikit.  Kami singgah untuk dinner masakan ala-thai di Tanah Merah sebelum meneruskan perjalanan melalui LPT2 dari Kg. Gemuroh ke Bukit Besi yang telah dibuka walaupun masih belum siap sepenuhnya.
All in all, JJCM sebelah utara kali ini memang menjadi walaupun letih dan penat berulang-alik demi memenuhi kesemua aturcara yang dirancang.  Lawatan ke gua dan ladang anggur boleh dijadikan acara untuk seisi keluarga, walaupun kemudahan yang disediakan needed some improvement, esp. the one in Gua Kelam.  Acara makan2 sudah tentunya menjadi agenda utama bila ke utara.  Kalau ada kesempatan, aku nak repeat makan masakan ala-kampung di warung pokok sawa tu atau makan laksa teloq lembik di Penanti lagi disamping merasai lain2 masakan utara yang sudah semestinya sebati dengan selera aku, insyaAllah.

Monday, 6 February 2012

Hantu Laksa


Laksa campoq & ais kacang @Kg. Petani
 Assalamu'alaikum,

Aku tersangatlah suka makan laksa.  Asal nama jer laksa, memang aku bedal.  Tak kira samada laksa penang, laksa johor, laksa terengganu, laksa sarawak, assam laksa or even laksam.  Aku boleh skip makan nasi dengan berbekalkan laksa untuk menu pagi, tengahari sampai ke malam.  Dalam banyak2 laksa, of courselah laksa penang yang paling aku suka for the obvious reason.
Laksa sotong @Kg. Selamat
Laksa mambo @Lunas
Kalau balik kampung aku mesti cari laksa penang yang telah divariasikan seperti laksa campoq, laksa sotong, laksa buyung dan laksa kuah ikan kering....fuuhhh memang terangkat.... Laksa campoq kat Kg. Petani memang berbaloi, laksa sotong kat Kg. Selamat pun best jugak, tapi kalau pekena laksa kuah ikan kering kat Pmtg Pauh disulam dengan air tebu... fuuhh nikkmattt.... 
Laksa janggus @Balik Pulau
Laksa janggus kat Balik Pulau aku dah rasa, tapi bagi aku a bit overrated walaupun dah masuk JJCM TV3.  Sedap lagi laksa kat tepi pantai Batu Ferinngi walaupun rasa otak udang dia memang over sikit.  Laksa mambo bubuh sotong kat Lunas pun boleh tahan jugak rasa dia.  Aku masih teringat laksa campoq kat stesen keretapi BM masa zaman sekolah dulu.  Masih adakah lagi?

Laksa Johor @Sg. Mas
Laksa Johor kat jalan Kota Tinggi on the way ke Bandar Penawar memang the best so far aku makan.  Laksa johor kat Laksa Shack pun tak boleh lawan.  Tak ingat aku samada dia pakai spaghetti atau laksa biasa, yang pasti sedap.  Kedai kecik tepi jalan jer, tapi ramai jugaklah orang singgah makan.  Aku rasa nama tempat tu Sg Mas kot....Akan ku singgah lagi kalau bertandang ke sebelah sana......









Laksa & Laksam @Seberang Takir
Laksa terengganu kuah putih menjadi pilihan aku berbanding laksa kuah merah ( kuah masak ).  Kalau ada dua2 kuah, aku akan campur dua2 sekali walaupun orang pandang semacam jer bila tahu aku buat gitu....lantaklah... aku yang nak makan, bukan mabuk pun.  heheh.....  Laksa terengganu dimakan dengan tangan jer asal-usulnya, tapi nowadays even orang terengganu pun lebih gemar makan pakai sudu.  Laksam pun aku suka, tapi kureng sikit berbanding laksa.  Laksa terengganu diperbuat daripada gandum pun aku dah cuba, tapi bagi aku, sedap lagi yang biasa punya...
Laksa sarawak @Bintulu
Laksa sarawak dah try sekali kat Bintulu, cukuplah kot.  Rasa macam bihun kari jer.  Itupun aku order from room service menu kat hotel sebab teringin nak merasa.  Mungkin lebih sedap kot kalau order kat warung2 biasa, tapi aku tak tahu kat mana sebab pergi sana pun for a short period.  Tak sempat nak JJCM sepenuhnya...


Assam laksa @Jusco Midvalley
Bagi aku, assam laksa pun bukannya sedap sangat berbanding laksa penang, tapi tak tahu sebab apa, kalau ke KL, aku selalu pekena assam laksa especially the one kat Jusco Midvalley....berhantu betul!!!  Kalau dia guna laksa beras instead of the one yang licin tu, lagi sedap kot.
Laksa with veggies @Krabi
Laksa Thailand ???



Aku terbeli sekali laksa buyung kat pasar malam di Kuantan... boleh tahan gak.  So now I know where to get laksa in the east coast yang rasa macam laksa yang aku selalu makan di kampung aku. Dekat Krabi, aku pernah makan makanan yang macam laksa dan rupa pulak between laksa johor and laksa terengganu.  Aku panggil laksa thailand jer dan rasa dia membuatkan aku teringat2 nak repeat Krabi lagi...memang sedap giler!!!


Homemade laksa.....terrbaiikkk!!!
Demikianlah coretan aku pasal laksa menurut pandangan dan rasa aku sendiri.  No problem kalau orang lain tak setuju.  Next time aku nak try makan laksa telur lembik kat Penanti dan jugak laksa ikan sekoq kat Kedah yang unik tu.....insyaAllah