Friday, 15 June 2012

JJCM utara

Assalamu’alaikum,

Cuti sekolah baru2 ni, aku sengaja merancang untuk pusing2 sebelah utara ( Penang, Kedah, Perlis ) sambil makan2.  Selama ni tak pernah pun terfikir nak buat camtu.  Mungkin sebab memang dah berasal dari utara kot.   Alhamdulillah semua perancangan berjalan lancar walaupun terpaksa melencong ke Shah Alam dulu sebelum balik ke Penang.   
                          
Day 1

Pada hari perjalanan pulang, kami ikut LPT dan singgah di Gambang R&R untuk breakfast.  Dalam pukul 2 pm, berpandukan GPS, kami sampai di Low Yatt plaza untuk tukar modem aku yang kena kilat 2 hari sebelumnya.  Tanpa banyak soal, aku dapat modem baru  sebab still under warranty.  Kemudian terus bergegas ke Shah Alam melawat saudara yang sakit, selepas selesai menunaikan solat di masjid besar Shah Alam yang dah agak lama aku tak singgah.

Kemudian, pekena late lunch at Zam Zam Restaurant.  Not bad jugak rasa nasi mandy lauk kambing dan ayam dia.  Setup restoren pun cantik, luas dan selesa.  Since ada masa lagi dan alang2 dah dekat, aku ambil kesempatan melawat saudara yang lain pula di Shah Alam jugak.  Setelah sembang2 dan menunaikan kewajipan, kami dibawa ke iCity berdekatan untuk makan malam.  Bestlah jugak, esp. untuk anak aku, sebab kami tak pernah pun pergi ke iCity sebelum ni walaupun dah lama berhajat.  
Setelah puas pusing2 dan posing2 kami ke cawanagan restoren  Al Rawsha dalam  iCity untuk makan nasi arab lagi.   Memang tak rugi walaupun perut masih kenyang lagi sebab bagi aku rasa nasi mandy yang ini lagi sedap.  Dalam pukul 11pm, barulah kami bertolak ke Penang dan sampai dalam pukul 3 am lebih.  


Day 2

Walaupun keletihan, dalam pukul 11.30 am kami terus ke agenda yang pertama iaitu ke Penanti untuk makan laksa campoq teloq lembik.  Rata2 ahli keluarga yang aku bawak kali ni sangat berpuas hati dengan laksa ni.  Highly recommended.  Lebih sedap daripada laksa campoq Kg Petani yang aku makan dulu kat area Penanti jugak.  Kedai dia kecik jer tepi jalan opposite masjid Kg Pelet berdekatan jalan ke Puncak Mutiara Café yang famous tu.  
Setelah melawat seorang kenalan dan homestay dia berdekatan, kami terus ke Kg Selamat, Tasik Gelugor, untuk pekena laksa sotong pulak.  Yang bestnya, kat kedai ni jugak ada dijual  bihun goreng yang boleh dimakan bersama kuah laksa.  Tapai pun ada dijual yang rasanya pun boleh tahan walaupun terlebih lembik dan manis.  Namun, laksa beras ni juga tak boleh menandingi laksa teloq lembik tadi. 
Seterusnya, kami ke Penaga untuk melawat saudara lagi sebelum ke Bagan Ajam untuk makan yongtaufoo yang agak famous jugak.  Nasib baik orang tak ramai masa kami sampai dan masih ada tempat duduk kosong.  Pelanggan semakin ramai beratur sebaik saja kami membuat tempahan.  Oklah jugak yongtaufoo dia walaupun aku lebih gemar makan yongtaufoo yang ada sos punya, bukan jenis sup.                                                                
 
Day 3

Destinasi kami pada hari ini adalah Perlis.   Pertamanya, terus menuju ke Mata Ayer untuk lunch at warung pokok sawa yang beroperasi bermula pukul 11 am.  Disebabkan kami terawal 30 min, kami melencong dulu ke Tasik Melati berdekatan untuk berehat sambil bergambar.  Tidak ada yang menarik sangat di sini selain tasik dan jambatan yang merentasi tasik.  Kemudian, barulah kami berpatah balik ke warung pokok sawa untuk menikmati hidangan nasi campur lauk kampung yang sangat meyelerakan.  Ikan keli goreng dan bakar memang sedap seperti yang disebut2 dalam beberapa blog yang aku baca.  Majority makanan kat sini nampak biasa2 saja tapi sedap.  This place is highly recommended kepada para penggemar masakan ala-kampung. 
Lepas tu, kami ke Gua Kelam 2. Ada kemudahan keretapi masuk ke dalam gua ni, but sedang dalam penyelenggaraan for improvement and safety reasons.  Gua Kelam 1 berdekatan pulak under maintenance after being hit by flood a few years back.  Receptionist kat situ kata, keretapi yang rosak tu mungkin akan dibaiki setelah pembaikan Gua Kelam 1 siap.  
Untuk masuk ke gua ini, kena pakai khidmat tour guide disediakan dengan bayaran RM40 for a group of 10 people or less.  Kena melalui terowong buatan ( laluan keretapi ) sepanjang ~600m sebelum sampai ke dalam perut gua.  Satu pengalaman yang menarik jugak apabila berada di dalam gua bekas lombong bijih timah sambil mendengar penerangan yang disampaikan oleh guide kami.   Perjalanan ke dalam gua ini lebih santai, tidak seperti pengalaman aku ke gua di Tekam, Jerantut dulu yang lebih sesuai untuk acara tembuilding.  Malah kanak2 dan warga emas boleh turut serta kali ini.
Seterusnya, kami ke Ladang Anggur Perlis at Sg Batu Pahat.  Tiket masuk untuk dewasa RM2 dan kanak2 RM1.  Teruja jugak tengok buah anggur hitam dan hijau yang lebat bergantungan, tapi tak boleh petik.  Kalau nak makan, boleh beli buah yang sudah siap dipek RM10 setengah kilo, tapi malangnya dah habis diborong oleh pelawat yang datang sebelum kami.  So, kami cuma boleh pegang2 buah yang terjuntai sambil posing2.  Kami sampaipun, dah dekat pukul 4 pm.  Ladang ini dibuka untuk lawatan pada pukul 9 am hingga 6 pm dan ditutup setiap hari Isnin.
Hajat nak ke Ladang Harumanis berdekatan pulak terbantut sebab off-season. Katanya buah2 baru saja habis dikutip 2 minggu sebelumnya. Kemudian, kami melalui ladang tebu di Chuping.  Aku nampak macam dah semakin mengecil keluasan ladang tebu ni.  Tak sehebat yang aku tengok satu masa yang agak lama dulu.  
On the way balik ke Penang, kami singgah di D’King, Sg Petani untuk makan malam. 
Ramai orang makan mee udang banjir kat sini, tapi kami memilih untuk makan nasi bersama ikan bakar, ikan 6 rasa, ikan masak warisan, goreng udang dan sotong serta tomyam dan sayuran.  Ramai sungguh orang makan kat sini, tapi service dia not bad, kira cepat jugaklah.   Makanan diapun tak mengecewakan kecuali tomyam yang kurang menjadi.   Lebih enak dimakan bersama 5 jag air buah termasuk 3 jag jus amra asam boi yang menjadi pilihan aku lately bila balik kampung. 

Day 4

Hari ini kami memilih untuk berehat di rumah sahaja sambil merasai nasi lemuni untuk makan pagi dan gulai ayam api2/mutiara/guinea fowl untuk lunch.  Sebelah malamnya, kami sambut harijadi sambil potong kek untuk anak saudara aku bersekali dengan anak aku yang jatuh pada bulan yang sama. 
 Day 5

Percutian kami diteruskan untuk hari ini.  Mula2 kami ke Ladang Anggur Tasik Beris, Kedah yang memang dalam agenda aku.  Ladang ini lebih besar dan lebih menarik jika dibandingkan dengan the one kat Perlis tu.  This time, tiket masuk untuk dewasa RM4 dan kanak2 RM2.  Agak mahal tapi boleh guna tiket yang sama untuk ke ladang syarikat sama kat Sg Senam.  Lebihkurang 12km saja dari Tasik Beris.   
Tempat jual buah kat ladang di Beris ni nampak lebih menarik dan bersungguh.  Siap ada jual T-shirt dan fridge magnet lagi.  Kami bertolak ke ladang Sg Senam setelah membeli beberapa kilo buah anggur, air, jelly serta fridge magnet.  Kalau terpaksa memilih antara ladang di Perlis atau di Kedah untuk dilawati, I would go for the Kedah one.
Seterusnya, kami menghadiri kenduri kahwin di Pendang, Kedah.  Sedap masakan daging kerbau walaupun dibuat sup sahaja dan dimakan bersama nasi putih kukus.  Kemudian, misi pencarian laksa diteruskan.  Kali ini kami pekena laksa ikan sekoq at Mergong.  Sedap jugak laksa dia yang dihidangkan bersama sekoq ikan kembung beserta cendol pulut.  Kuantiti laksa sikit, tapi boleh tambah FOC.  Kalau tak terkunyah tulang ikan dalam kuah dia semasa makan lagi mengancam. 
Since ada masa lagi, lawatan ke Pekan Rabu masuk dalam agenda untuk hari ni.  Ramai sungguh orang ke sini, nak cari parking keretapun kena tawaf 2-3 kali.  Kami beli pelbagai kuih tradisinal seperti baulu, kuih karas, kuih loyang  serta  kraftangan sebelum bertolak balik ke Penang melalui Sg Petani ikut jalan lama.  Singgah makan malam di D’King Sg Petani for 2nd time.  Kami order makanan yang lebihkurang sama macam kami makan 2 hari lepas. 
Day 6 

Hari berikutnya, kami melawat member suami-isteri serombngan ke Korea baru2 ni at Kepala Batas, Alor Star.  Selepas sembang2 sambil menjamu selera yang disediakan tuan rumah, kami menuju ke Kuala Kedah pula.  Kali ini laksa Teluk Kechai yang disediakan sedikit sambal kelapa menjadi sasaran.  Unfortunately, laksa ni macam jugak laksa janggus Balik Pulau, bagi aku a bit overrated.  Cukuplah sekadar merasa sekali sahaja.   
Kemudian kami ke Yan untuk melihat jambatan Pulau Bunting yang terbengkalai yang aku terbaca dalam internet.  Ada kemudahan sewa motosikal RM6 per ride untuk cross the bridge. Taklah cantik manapun, kira oklah, tapi dah alang2 sampai dan terpaksa meredah jalan berbatu serta hutan kecil untuk sampai ke sana, akupun sewalah motor tu.  Ramai orang memancing di sepanjang jambatan.  Katanya ikan duri dan sembilang banyak di situ.  Ada juga pasangan pengantin yang buat photo shoot.  Mungkin pasangan tu local and most probably kaki pancing kat jambatan tu jugak kot.  
Sebelum sampai di rumah, kami singgah di Kompleks Kailan, Kepala Batas untuk membeli jeruk buah Pak Ali, which is one of ole-ole wajib aku bila balik Penang.  Lepas tu beli pulak cucoq udang cicah di kedai mamak berdekatan.  Punyalah ramai pelanggan walaupun hidangan dia simple jer.  Rasanya pun not bad, tapi lebih sedap lagi cucoq udang kat Penang Road sana.  

Day 7

Pagi tu, pergi beli sos rojak pulak , another ole-ole wajib aku, kat Kepala Batas sebelum bertolak balik ke Terengganu.  Malah sempat singgah pekena mee udang at Sg Dua lagi.  Kali ini, aku mencuba mee di kedai restoren Aur Gading.  Walaupun aku terpikat dengan kebersihan dan setting kedai yang menarik, mee udang di restoren Pengkalan Tambang yang biasanya aku makan rasanya lebih sedap sikit.  Kami singgah untuk dinner masakan ala-thai di Tanah Merah sebelum meneruskan perjalanan melalui LPT2 dari Kg. Gemuroh ke Bukit Besi yang telah dibuka walaupun masih belum siap sepenuhnya.
All in all, JJCM sebelah utara kali ini memang menjadi walaupun letih dan penat berulang-alik demi memenuhi kesemua aturcara yang dirancang.  Lawatan ke gua dan ladang anggur boleh dijadikan acara untuk seisi keluarga, walaupun kemudahan yang disediakan needed some improvement, esp. the one in Gua Kelam.  Acara makan2 sudah tentunya menjadi agenda utama bila ke utara.  Kalau ada kesempatan, aku nak repeat makan masakan ala-kampung di warung pokok sawa tu atau makan laksa teloq lembik di Penanti lagi disamping merasai lain2 masakan utara yang sudah semestinya sebati dengan selera aku, insyaAllah.

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete