|
Laksa campoq & ais kacang @Kg. Petani |
Assalamu'alaikum,
Aku tersangatlah suka makan laksa. Asal nama jer laksa, memang aku bedal. Tak kira samada laksa penang, laksa johor, laksa terengganu, laksa sarawak, assam laksa or even laksam. Aku boleh skip makan nasi dengan berbekalkan laksa untuk menu pagi, tengahari sampai ke malam. Dalam banyak2 laksa, of courselah laksa penang yang paling aku suka for the obvious reason.
|
Laksa sotong @Kg. Selamat |
|
Laksa mambo @Lunas |
Kalau balik kampung aku mesti cari laksa penang yang telah divariasikan seperti laksa campoq, laksa sotong, laksa buyung dan laksa kuah ikan kering....fuuhhh memang terangkat.... Laksa campoq kat Kg. Petani memang berbaloi, laksa sotong kat Kg. Selamat pun best jugak, tapi kalau pekena laksa kuah ikan kering kat Pmtg Pauh disulam dengan air tebu... fuuhh nikkmattt....
|
Laksa janggus @Balik Pulau |
Laksa janggus kat Balik Pulau aku dah rasa, tapi bagi aku a bit overrated walaupun dah masuk JJCM TV3. Sedap lagi laksa kat tepi pantai Batu Ferinngi walaupun rasa otak udang dia memang over sikit. Laksa mambo bubuh sotong kat Lunas pun boleh tahan jugak rasa dia. Aku masih teringat laksa campoq kat stesen keretapi BM masa zaman sekolah dulu. Masih adakah lagi?
|
Laksa Johor @Sg. Mas |
|
Laksa Johor kat jalan Kota Tinggi on the way ke Bandar Penawar memang the best so far aku makan. Laksa johor kat Laksa Shack pun tak boleh lawan. Tak ingat aku samada dia pakai spaghetti atau laksa biasa, yang pasti sedap. Kedai kecik tepi jalan jer, tapi ramai jugaklah orang singgah makan. Aku rasa nama tempat tu Sg Mas kot....Akan ku singgah lagi kalau bertandang ke sebelah sana......
|
Laksa & Laksam @Seberang Takir |
Laksa terengganu kuah putih menjadi pilihan aku berbanding laksa kuah merah ( kuah masak ). Kalau ada dua2 kuah, aku akan campur dua2 sekali walaupun orang pandang semacam jer bila tahu aku buat gitu....lantaklah... aku yang nak makan, bukan mabuk pun. heheh..... Laksa terengganu dimakan dengan tangan jer asal-usulnya, tapi nowadays even orang terengganu pun lebih gemar makan pakai sudu. Laksam pun aku suka, tapi kureng sikit berbanding laksa. Laksa terengganu diperbuat daripada gandum pun aku dah cuba, tapi bagi aku, sedap lagi yang biasa punya...
|
Laksa sarawak @Bintulu |
Laksa sarawak dah try sekali kat Bintulu, cukuplah kot. Rasa macam bihun kari jer. Itupun aku order from room service menu kat hotel sebab teringin nak merasa. Mungkin lebih sedap kot kalau order kat warung2 biasa, tapi aku tak tahu kat mana sebab pergi sana pun for a short period. Tak sempat nak JJCM sepenuhnya...
|
Assam laksa @Jusco Midvalley |
Bagi aku, assam laksa pun bukannya sedap sangat berbanding laksa penang, tapi tak tahu sebab apa, kalau ke KL, aku selalu pekena assam laksa especially the one kat Jusco Midvalley....berhantu betul!!! Kalau dia guna laksa beras instead of the one yang licin tu, lagi sedap kot.
|
Laksa with veggies @Krabi |
|
Laksa Thailand ??? |
Aku terbeli sekali laksa buyung kat pasar malam di Kuantan... boleh tahan gak. So now I know where to get laksa in the east coast yang rasa macam laksa yang aku selalu makan di kampung aku. Dekat Krabi, aku pernah makan makanan yang macam laksa dan rupa pulak between laksa johor and laksa terengganu. Aku panggil laksa thailand jer dan rasa dia membuatkan aku teringat2 nak repeat Krabi lagi...memang sedap giler!!!
|
Homemade laksa.....terrbaiikkk!!! |
Demikianlah coretan aku pasal laksa menurut pandangan dan rasa aku sendiri. No problem kalau orang lain tak setuju. Next time aku nak try makan laksa telur lembik kat Penanti dan jugak laksa ikan sekoq kat Kedah yang unik tu.....insyaAllah
Laksa bm kat ktm ada lg..minggu lps baru p mkn..dah tua pakcik tu..dulu muda..sedap walau kuah nampak cair dan jernih..sedapnya
ReplyDeleteAda lagi? Thanks for the info & also for stopping by....nanti boleh pi cari , insyaAllah...
DeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny