Assalamua’alaikum,
Alhamdulillah, pada akhir
tahun lepas, kami sekeluarga dapat mengunjungi lagi ke Jepun buat kali ke
2. Kalau sebelum ini kami bertumpu di
Tokyo dan Lake Kawaguchi, tetapi kali ini kami memilih Kansai dan Hiroshima
pula. Perjalanan pergi lebihkurang sama
masa kali pertama dulu di mana kami bertolak awal pagi dari TGG serta
meneruskan penerbangan pada sebelah petang di KUL dan sampai malam di KIX.
|
USB from below |
Sebaik melepasi
immigration, kami terus ke JR West office untuk membeli Haruka train ticket and
Kansai Hiroshima pass untuk menaiki JR trains dan shinkanzen. Kami turut membeli Icoca card for using other
transports especially subways. Kami juga
terus menempah Sagano Romantic Train tiket demi mengelakkan kekecewaan jika
sold out nanti. Kami memilih masa dan
boarding station seperti yang dirancangkan walaupun ada sedikit perubahan
kerana fully booked seperti jangkaan.
|
osaka-jokoen |
Kemudian, kami ke
prayer room yang agak jauh dan tersorok on the 3rd floor untuk solat
jamak maghrib/isyak. Selepas itu, barulah
kami mencari sleeping spot untuk bermalam di airport bersama2 ramai yang lain. Agak susah untuk mendapatkan tempat
berdekatan phone charging station yang sentiasa penuh hingga ke pagi.
|
running man |
Keesokannya,
selepas solat subuh, kami terus ke train station untuk menaiki train pertama Haruka
Limited Express ke Shin-Osaka station.
Perjalanan mengambil masa ~1 hr.
Then, we took another train for a very short ride to Osaka station. Kami menyimpan luggage di dalam paid locker
serta mencari water clock just to take photos sebelum berjalan ke Umeda Sky
Building nearby.
|
tsutenkaku tower |
Tiada sangat benda menarik untuk dilihat di USB ini, lebih2 lagi the
top most open-air deck ditutup for maintenance work. Namun, kami merasai the world’s tallest
escalator yang menghubungkan dua bungunan di tingkat 39 dan 40. Kami juga dapat melihat Gate Tower building berdekatan
yang ditembusi highway di tingkat 5, 6 dan 7.
|
tower bottom |
Oleh kerana masih
awal untuk checkin hotel, kami berjalan semula ke Osaka station dan menaiki
train ke Osakajokoen station untuk ke Osaka castle pula. Kami tidak bercadang untuk memasuki castle,
sebaliknya berjalan mengelilingi kawasan castle yang luas sambal bergambar
dengan castle serta pokok2 berdaun merah dan kuning. Setelah itu, instead of menapak back another ~15
min to the train station, kami menaiki road train disediakan di perkarangan
castle ke Morimomiya station untuk mengambil train ke Osaka station.
|
abeno harukas |
Kami memungut
semula luggage serta menaiki train ke Tsuruhashi station untuk ke tempat
penginapan yang tidak jauh dari situ.
Kami memasuki bangunan dan bilik hotel berpandukan kod yang diberikan
melalui email kerana tiada penyambut tetamu yang menunggu. As expected, bilik untuk kami bermalam for
the 1st 3 nights memang muat2 untuk 3 katil with very limited space
for luggage and other activities such as solat and eating.
|
USJ walk |
Selepas makan dan solat, kami menaiki train ke Namba station untuk
ke Dotonbori dan Shinsaibashi areas.
Selain aktiviti wajib bergambar dengan Glico man di celah2 pengunjung
yang ramai dan sesak, kami juga mencuba takoyaki yang diyakini halal serta
pergi sekejap ke Amerikamura dengan bantuan seorang pemuda Jepun yang sanggup
berjalan bersama2 kami ke destinasi .
Selepas itu, kami balik ke hotel untuk berehat secukupnya kerana esoknya
kami akan seharian di Nara dan Kobe yang diceritakan di entry ini.
|
ginko ave |
Pada hari ketiga di Osaka,
kami ke Shin-Immamiya station untuk ke Shinsekai. Sebelum itu, kami singgah sebentar di Tennoji
station untuk bergambar dengan Abeno Harukas.
Seperti biasa, kami juga tidak bercadang menaiki bangunan tertinggi di
Jepun itu. Begitu juga dengan Tsutenkaku Tower di
Shinsekai. Cukup cuma bergambar di
kawasan sekitar dan terus bertolak ke Nishikujo station untuk ke USJ pula. Kami sekadar bergambar sambal makan bekalan
yang dibawa di sekitar pintu masuk studio sahaja.
|
white berry |
Selepas itu, kami
menaiki train ke Osaka City station untuk ke prayer room on the 1st
floor. Seterusnya, kami ke Midosuji
Avenue yang terkenal dengan pohon2 ginko yang kekuningan di kiri kanan
jalan. Setelah puas bergambar di sini,
kamipun menaiki train ke Nipponbashi station untuk ke Kuromon Ichiba market
demi merasai sepotong kaki king crab bakar yang mahal namun manis dan sedap.
Inilah aktiviti terahir kami di Osaka kerana esoknya kami akan ke
Hiroshima pula.
|
pricey delicious leg |
No comments:
Post a Comment