Hari ini, kami merancang ke Nara
dan juga Kobe.Untuk ke Nara, kami
menaiki Kintetsu Nara Rapid Express di Tsuruhashi station kerana ianya
berdekatan dengan tempat penginapan kami.Nara Park juga lebih dekat dari Kintetsu Nara station berbanding dari JR
Nara station.
oh deer!
Sebaik sampai di Nara, kami
berjalan menuju ke arah Todaiji temple melalui Kofukuji temple dan mengambil
jalan belakang yang lebih jauh untuk menikmati lebih banyak autumn leaves
berwarna merah dan kuning. Rusa2 pun banyak berkeliaran di sepanjang jalan dan
semakin banyak apabila kami menghampiri Todaiji temple.Orangramai bertumpu di sini sambil memberi
makan rusa.Kami juga turut membeli
makanan rusa yang dijual untuk tujuan tersebut.
deer territory
Kemudian, kami berjalan balik ke Kintetsu
Nara station.Kami singgah di Nakatanido
berdekatan dengan train station dan bepeluang melihat demonstrasi Mochitsuki
sebelum membeli mochi yang sedap dimakan panas2.Kami juga membeli key chain dan fridge
magnet di kedai berhampiran serta bergegas ke train station untuk ke destinasi
seterusnya demi memaksimakan penggunaan waktu siang yang singkat.
yellow red green
Kami menaiki train direct ke Kobe
tanpa perlu berhenti di Osaka.Sebaik
sampai di Sannomiya station, kami terus membeli tiket city loop bus untuk ke
Kobe mosque.Selesai solat, kami
mengambil late lunch di restoren halal berhampiran.Oleh kerana hari sudah gelap, kami bergegas
menaiki loop bus yang terakhir untuk ke Kobe Tower just untuk bergambar di
kawasan sekitar.
inside kobe mosque
Oleh kerana ingin merasai shinkansen
buat kali pertama sambil menfaatkan Kansai Hiroshima pass yang dibeli, kami ke
Shin-Kobe station for a short ride back to Shin-Osaka station.Kami menukar train ke Osaka station dan
seterusnya ke Tsuruhashi station untuk balik ke hotel.Kami perlu berehat dan ada seharian lagi esoknya
untuk meronda di Osaka sebelum ke Hiroshima pula yang diceritakan di sini.
No comments:
Post a Comment