Autumn 2018 in Miyajima & Hiroshima
|
floating gate |
Selepas
breakfast, kamipun checkout dan menuju ke Tsuruhashi station. Asalnya, kami bercadang untuk naik train sahaja
ke Osaka station dan menukar train lain ke Shin-Osaka station untuk menaiki shinkansen. Memandangkan, kami membawa lunggage besar
yang agak sukar untuk dibawa naik turun train sambil bersesak2 dengan penumpang
lain, kami decided mengambil teksi sahaja directly to Shin-Osaka station
walaupun kosnya sedia maklum mahal tetapi very convenience in this case.
|
boat for hire |
Kami terus
menaiki shinkansen yang sedia menunggu setelah bertanyakan beberapa orang
penumpang dan pekerja di situ untuk kepastian.
Kami memasuki non-reserve car dan tidak sukar mendapat tempat duduk
berdekatan kerana inilah station pertama ke Hiroshima. Lunggage kami diletakkan di bahagian belakang
dalam gerabak yang sama.
|
floating shrine |
Perjalanan selama ~2.5jam dihabiskan denngan menikmati pemandangan di
luar sambil makan bekalan biskut dan roti yang dibawa. Dalam perjalanan, train
berhenti di beberapa station untuk menurun dan mengambil penumpang. Penumpang yang hendak turun akan diingatkan
untuk bersedia dan menunggu berdekatan pintu kerana train berhenti sekejap
sahaja. Perjalanan jauh terasa bagaikan sekejap sahaja serta selesa dengan
kelancaranya yang mencecah 300km/hr.
|
lone deer |
Apabila sampai
di Hiroshima station, kami terus berjalan ke hotel untuk meninggalkan luggage
dan kembali semula ke station untuk ke Miyajima Island. Sebelum itu, kami mengeluarkan sedikit wang
melalui ATM di 7E yang begitu mudah dan pantas asalkan telah mengaktifkan debit
kad untuk kegunaan overseas transaction.
|
torii gate |
Kansai Hiroshima pass boleh digunakan untuk
menaiki train dan juga ferry ke Miyajima Island. Setelah ~1 jam, kami sampai di Miyajima
station dan terus menaiki JR ferry ke pulau yang mengambil masa ~10 min. sahaja. Kami menyusuri jalan pantai menuju ke Itsukushima shrine untuk melihat floating gate dengan
lebih dekat. Pada ketika itu air pasang
dan kita boleh menaiki sampan untuk melihat malah menyentuh floating gate itu
jika mahu. Kalau air surut, boleh terus
berjalan kaki sahaja ke situ.
|
genbaku dome-mae |
Kami hanya menikmati keindahan gate dari
daratan dan terus berjalan melepasi shrine.
Di sini kami bergambar dan berehat sambil memakan bekalan makan
tengahari. Ada sekumpulan pelajar yang
menghampiri kami untuk menanyakan beberapa soalan sambil mempraktikkan penggunaan Bahasa
Inggeris mereka. Beberapa ekor rusa kami
temui sepanjang perjalanan walaupun tidak banyak seperti yang kami bayangkan
atau baca daripada pebgalaman orang lain.
|
A-bomb dome |
Untuk balik ke jetty, kami mengambil jalan
jauh sedikit ke dalam dan ianya tidak menghampakan kerana di sinilah terdapat
taman yang dipenuhi oleh pokok2 autumn berdaun merah dan kuning seperti yang
kami cari. Oleh itu, lama juga kami
habiskan masa di sini berbanding perancangan awal. Sampai di jetty, kami menaiki ferry yang baru
tiba dan terus menaiki train balik ke Hiroshima.
|
stark reminder |
Kami terus berjalan ke hotel untuk checkin
di mana beg yang kami tinggalkan pagi tadi telahpun diletakkan di dalam bilik
kami. Kami makan, solat dan bercadang
untuk ke destinasi seterusnya sementara hari masih cerah. Lagipun, kami cuma ada satu hari sahaja di
sini sebelum bertolak ke Kyoto pula.
|
from aioi bridge |
Kami menggunakan free smartphone yang
disediakan pihak hotel untuk memudahkan pencarian arah serta dapat mengelakkan
buang masa. Kami menaiki street car berdekatan hotel untuk ke Atomic Bomb
Dome dan Peace Memorial. Icoca card juga boleh digunakan di sini untuk
membayar tambang tram. Masa dihabiskan
di dua tempat yang bersebelahan ini sehingga malam sebelum kami menaiki tram
balik ke hotel.
|
from peace memorial |
As expected, tidak banyak tempat yang boleh
dilawati dalam masa sehari di sini ditambah lagi dengan factor masa siang atau
cerah yang singkat di musim luruh.
Namun, kami tetap berpuashati kerana dapat cover landmark yang betul2
penting bagi kami seperti yang dirancang.
No comments:
Post a Comment