Autumn 2018 in Kyoto
|
vermillion red |
Selepas
breakfast di bilik, kamipun checkout dan menuju ke train station untuk menaiki
shinkansen buat kali terakhir menghala ke Osaka dan seterusnya menukar train lain
untuk ke Kyoto pula. Ada Hello Kitty
shinkansen yang boleh kami naiki pada masa itu, tetapi kami tidak berbuat demikian kerana masa perjalanan akan
menjadi dekat 2 kali ganda lebih lama kerana ia berhenti di lebih banyak
station along the way. Sebaik menaiki
shinkansen, kami mencari tempat duduk kosong di bahagian non-reserve car dan
duduk berasingan pada mulanya. Selepas
beberapa perhentian dan penumpang turun, barulah kami dapat duduk sekali di
satu row.
|
color of life |
Kami sampai di
Shin Osaka station dan mencari Thunderbird express train untuk ke Kyoto yang
also covered by Kansai Hiroshima pass.
Tetapi, oleh kerana tidak yakin dan pasti walaupun train sudahpun berada
di terminal pada masa itu, kami menaiki train lain yang memakan masa lebih lama
sedikit untuk ke Kyoto. Dalam
perjalanan, kami dapat melihat Thunderbird express melepasi train yang kami
naiki walaupun bertolak lewat kerana ia berhenti at fewer stations than ours.
|
some of 10000 gates |
Sampai sahaja di
Kyoto station, kami mencari locker yang sesuai untuk meninggalkan luggage
sebelum ke destinasi pertama. Locker
besar agak limited and usually fully booked dan duit siling 100yen adalah
sangat2 diperlukan untuk tujuan ini.
Setelah menjumpai locker kosong dan menyimpan barang2, kami menaiki
local train on JR Nara line menuju ke Fushimi Inari Shrine. Lebihkurang 5 min sahaja, kamipun sampai ke
Inari station dan terus berjalan ke shrine yang terletak tidak jauh dari
situ. Sangat ramai orang bersesak2 di
sini menyebabkan sukar untuk berfoto with nobody in the background.
|
torii gates |
Semakin ke
dalam dan ke atas, kepadatan orang mula berkurangan dan barulah kami berpeluang bergambar dengan
lebih selesa. Ini mungkin factor scenery
tiang tori gates yang sama sahaja serta terpaksa mendaki bukit, menyebabkan
ramai yang berpatah balik termasuklah kami yang tidak bercadang untuk menuju ke
puncak. Sebaliknya, kami berjalan balik setelah berpuashati dengan gambar2 yang
diambil.
|
tatami style |
Kami balik ke
Kyoto station untuk mengambil luggage dan terus menuju ke tempat menunggu free-shuttle-van
yang akan membawa kami ke tempat penginapan.
Rasanya tuan rumah sendiri yang menjemput kami serta membawa kami terus
ke apartment yang disewa untuk proses checkin. Beliau juga menerangkan cara keluar
masuk bilik menggunakan passcode dan bagaimana menggunakan lain2 kemudahan yang
disediakan di bilik yang berkonsepkan traditional tetapi moden itu.
|
halal ramen & karaage |
Rancangan
untuk ke Tofukuji temple petang itu terpakas ditunda kerana sudah lewat dan
hari sudah gelap. Setelah solat, kami
menukar perancangan menuju ke Gion untuk ke kedai halal ramen berpandukan google
map menggunakan free smartphone yang disediakan sama seperti di Hiroshima. Mujurlah masih ada tempat kosong walaupun ada
ramai pelanggan ketika itu termasuk rakyat Malaysia yang lain. Kami memesan ramen serta ayam goreng yang
sedap dan berbaloi seperti yang disyorkan oleh pelayan kedai. Ada ruang solat juga disediakan di situ.
|
hanami-koji-dori |
Kemudian, kami
berjalan menuju ke arah Hanamikoji street yang lengang dan seterusnya ke
Pontocho alley. Kami juga membeli
sedikit souvenir di sebuah kedai di Shinkyugoku street sebelum berjalan balik ke
train station untuk ke hotel. Kami
tersilap menaiki express train yang tidak berhenti di station yang kami
kehendaki walaupun melalui laluan yang betul.
Dalam keadaan beginilah, penggunaan Icoca card sangat2 membantu kerana
kami just turun di mana2 station dan berpatah balik menaiki train lain yang berhenti
di station sepatutnya, iaitu Tofukuji station.
|
ponto-cho alley |
Pada hari
kedua di sini,kami menaiki train ke Kyoto station lagi untuk mengambil JR
Sagano line menuju ke Umahori station.
Sampai di sana, kami berjalan kaki melalui kampung dan sawah padi ke
Kameoko Torokko station in order to take Sagano Scenic Railway to Saga Torokko
station. Boleh juga menaiki train the
other way around, tetapi inilah cara terbaik yang kami dapat semasa membeli
tiket romantic train pada hari pertama sampai di KIX.
|
romantic train |
Banyak pokok2
berwarna-warni sepanjang jalan menaiki romantik train ini, tetapi suasana lebih
menarik apabila turun daripada train menuju ke bamboo forest. Pokok2 berdaun merah terang mewarnai
sepanjang jalan itu. Orangramai
berduyun2 di sepanjang laluan bamboo forest menyebabkan sukar untuk mendapatkan
angle yang baik untuk bergambar. Namun,
suasana begitu tidak menjadi halangan malah menyeronokkan kerana kami sudah
jangkakan sedemikian.
|
most visited bamboo |
Sebaik melepasi bamboo forest itu, kami lebih teruja
apabila melalui kawasan taman yang lebih banyak pokok2 berwarna-warni. Kami berjalan sambal menikmati keindahan alam
hinggalah sampai ke Togetsukyo Bridge. Jika kami mengambil jalan lain yang
biasa diikuti oleh orangramai, kami mungkin tidak akan berjumpa taman yang cantik
ini. Kelihatan juga bukit-bukau on the
other side of the river dipenuhi autumn foliage at its peak.
|
tofuku-ji |
Kami terus
berjalan menyusuri tebing sungai menuju ke restoren halal di situ. Kami diminta mencatat nama di senarai
menunggu sebelum diberi tempat duduk tidak lama selepas itu. Selain makanannya yang sedap, Yoshiya
restaurant ini juga menyediakan tempat solat yang selesa. Selepas makan dan solat, kami berjalan ke
train station untuk ke Kyoto station dan seterusnya balik ke Tofukuji
station. Kami tidak terus balik ke
hotel, sebaliknya menuju ke arah bertentangan, iaitu ke Tofukuji temple.
|
koyo spectacular |
Mungkin
disebabkan hari sudah lewat petang, kami membeli tiket masuk tanpa perlu
beratur panjang. Namun, masih ramai
orang memenuhi ruang dalam kawasan temple sambil menikmati pokok2 maple yang
banyak dan kemerah2an. Di sinilah kami
menjumpai autumn foliage paling banyak dan paling cantik sepanjang perjalanan kami
di Kansai. Setelah berpuas hati berfoto di
mana waktu lawatan juga hampir habis, kami bergerak keluar dari temple menuju
ke hotel tidak jauh dari situ.
|
autumn colors |
Oleh kerana masih awal walaupun sudah gelap, kami mengambil
peluang untuk menaiki bas ke Kyoto station untuk menikmati suasana malam di
station tersebut di mana terdapat light show yang kreatif dan menarik di
tangga2 station. Terdapat juga musical
water fountain dan water clock walaupun ianya tidak secanggih yang ada di Osaka
station. Kami juga ke beberapa pasaraya
berdekatan station just for window shopping sebelum menaiki bas balik ke
hotel.
|
along kamogawa river |
Pada hari
berikutnya, kami ke Nishiki market serta ke kawasan Gion sekali lagi untuk
merasai suasana di sebelah siang pula.
Kemudian, kami menaiki bas ke Kyoto University hospital dan bejalan kaki
ke arah Imperial Palace. Kami
sempat mngeluarkan sedikit lagi duit belanja di ATM 7E on the way ke Kyoto
mosque untuk solat. Selepas itu, kami ke
kedai halal berhampiran untuk lunch.
Kami terpaksa mengililingi palace untuk ke pintu masuk utama yang agak
jauh, tetapi tidak begitu terasa jauhnya kerana sekitarnya dipenuhi pokok2
berdaun merah serta kuning yang besar dan cantik.
|
imperial palace |
Tiada bayaran
dikenakan untuk memasuki kawasan istana, tetapi pelawat diberi name tag untuk dipakai
semasa lawatan. Pelawat tidak dibenarkan
masuk di dalam mana2 bangunan. Seperti
pelawat lain, kami sekadar berjalan melihat bangunan lama serta taman2 istana
melalui route yang dibenarkan. Kami
meninggalkan palace dengan menaiki bas balik ke Kyoto station. Hasrat untuk ke Kiyimizudera temple terpaksa ditangguhkan
dulu memandangkan hari semakin gelap disebabkan kami tersilap menaiki bas yang
melalui jalan jauh untuk ke destinasi.
Jadi, kami terus menaiki bas lain balik ke hotel untuk berehat dan
menyimpan tenaga untuk hari terahkir di Kyoto esoknya.
|
imperial garden |
Selepas makan
dan checkout, kami mengambil teksi untuk menyimpan luggage di Kyoto
station. Disebabkan agak sukar untuk
mendapatkan locker besar yang sesuai seperti yang kehendaki, kami menyimpan beg
di luggage storage yang lebih mudah dengan harga yang lebihkurang sama Kami menaiki bas untuk ke Kiyumizudera
temple. Perjalanan dari bus stop ke
temple pula adalah mendaki dan agak jauh, tetapi tidak begitu terasa kerana
berduyun2 manusia memenuhi jalan menuju ke situ. Kami melalui anak tangga Ninenzaka dan juga
Sannenzaka menuju ke temple.
|
ninenzaka stairs |
Setelah
membeli tiket, kami memasuki kawasan temple yang agak menarik dan dikelilingi
oleh pokok2 bewarna merah walaupun bangunan utama temple is undergoing
construction and restoration. Kami berjalan mengelilingi temple hingga ke
penghujung sambal mengambil gambar berlatarbelakangkan pokok2 maple
kemerahan. Then, kami berjalan menuju ke
bus stop tadi untuk kawasan Gion lagi.
Kami menaiki bas, tetapi terlepas untuk berhenti di station yang
dikehendaki.
|
kiyomizu-dera |
Demi
menjimatkan masa, kami menaiki teksi untuk terus ke kedai souvenir yang kami
pergi kelmarin untuk membeli lebih banyak key chains, fridge magnet dan t-shirts
kerana harganya agak berpatutan. Kami
membatalakan hasrat untuk ke Kinkakuji atau Ginkakuji temple kerana kesuntukan
masa. Sebaliknya, kami bersiar2 di
sekitar Gion sebelum menaiki bas balik ke Kyoto station. Sebaik sampai, kami terus ke Kyoto tower located
just in front of it untuk solat jamak zohor/asar on the 2nd floor.
|
main hall renovation |
Kemudian, kami memungut luggage di bilik simpanan dan terus
menaiki Haruka express yang sedia menunggu untuk mambawa kami ke KIX. Tiket train telahpun kami beli semasa sampai
di KIX dulu. Setelah sampai di airport,
kami membeli onigiri untuk alas perut serta memakan bekalan yang masih tinggal. Selepas urusan checkin dan immigration
selesai, kami ke prayer room yang terletak di hujung departure hall untuk solat
jamak maghrib/isyak. Then, barulah kami
board flight untuk menempuh ~7.5 hrs perjalanan pulang ke KUL.
|
autumn leaves |
Overall, kami
sangat berpuas hati dengan perjalanan kali ini kerana bukan sahaja kami dapat
merealisasikan hampir kesemua agenda yang dirancang, tetapi kami juga dapat menikmati
keindahan musim autumn at its peak.
Jepun sememangnya punya terlalu banyak tempat2 untuk dilawati yang tidak mungkin kami dapat
pergi kesemuanya, tetapi yang pasti kami sudahpun merancang untuk datang lagi
ke sini di musim sejuk dan mungkin juga dikala puncak musim sakura pula,
insyaAllah.
|
kyoto tower |
No comments:
Post a Comment