...continue from Early Autumn in Jeju
Day 4 : Jeju - Seoul
Selesai
breakfast, kami checkout dan menahan teksi di depan hotel untuk ke
airport. Kami mengeluarkan sedikit wang
untuk perbelanjaan di Seoul nanti.
Sebenarnya, cash money kami berkurangan kerana pihak hotel di Jeju
meminta cash untuk pembayaran ditambah lagi dengan kami tidak jumpa sebahagian
lagi duit belanja yang memang disimpan di dalam beg. Setelah jumpa, maka kami mempunyai cash money
yang berlebihan pula yang dibawa balik ke Malaysia. Penerbangan hari itu berjalan lancar dengan
sebahagian besar penumpangnya adalah kanak2 sekolah. Mungkin ada lawatan sambal belajar.
changing of guard ceremony |
Setelah sampai
di GMP, kami menaiki bas untuk ke hotel setelah bertanya di info desk. Hasrat untuk menaiki metro tidak diteruskan
sebab station metro terdekat agak jauh berbanding station bas hanya di luar
balai ketibaan. Kami meminta driver bas
menurunkan kami di sekitar Anguk station.
Kemudian kami mengambil teksi
untuk ke Nami Island Seoul Office di Insadong untuk membayar duit bas yang
ditempah demi memastikan kami dapat menaiki bas ke Nami Island
keesokannya. Kemudian, seperti yang
dipeta dan dinasihati oleh pekerja di office itu, kami berjalan ke hotel
penginapan yang tidak berapa jauh dari situ. Kami sampai awal tetapi dibenarkan
untuk checkin oleh pekerja hotel. As
expected, bilik kecil tetapi selesa.
inside the palace ground |
Setelah makan,
solat dan rehat, kami berjalan ke Jongno
3(sam)ga Station serta mengambil Metro line 1 ke City Hall Station Exit
2 untuk ke Deoksugung Palace. Tujuan ke
sini adalah untuk menyaksikan changing guard ceremony yang baru nak bermula
semasa kami sampai. Setelah habis, kami
bergambar dengan guard2 yang mengenakan pelbagai pakaian seragam. Kemudian, kami terus masuk ke dalam kawasan
palace setelah membeli tiket di kaunter.
Palace ini lebih kecil berbanding Gyeongbokgung yang pernah kami masuk.
palace stonewall |
Setelah puas
berjalan dan bergambar di dalam kawasan istana itu, kami keluar melalui pintu
tepi serta menyusuri tembok istana atau stonewall hingga kembali semula ke
pintu depan istana. Pokok2 di sepanjang
laluan kelihatan masih kehijauan dan biasanya di sini menjadi tumpuan pelancong
during fall peak season. Kami terus
berjalan hingga ke Gwanghwamun Square di mana terdapat Admiral Yi Sun-shin dan
Sejong statues.
sejong the great |
Kami masuk
sebentar ke King Sejong Story Exhibition Hall sebelum menaiki metro ke Dongdaemun
History & Culture Station Exit 2 untuk ke Dongdaemun Design Plaza. Setelah bergambar di dalam keadaan yang gelap
samar2 dan bunyi bising muzik yang kuat dipasang, kami menaiki metro balik ke Jongno 3(sam)ga Station dan menapak ke hotel melalui
celah2 bangunan dan lorong2 kedai. Seperti
yang diberitahu oleh pekerja hotel semasa checkin siang tadi, suasana agak
selamat walaupun laluan dipenuhi orangramai yang makan2 dan minum2 di warung2
kecil di sepanjang laluan.
4D3N here |
Day 5 : Seoul
Pagi ni kami akan
ke Nami Island dengan bas dan bukannya keretapi yang biasanya dinaiki oleh
pelancong kerana memerlukan pertukaran banyak station dan penggunaan kaki yang
pasti meletihkan walaupun murah. Setelah
sarapan, kami bergerak menuju ke Tapgol Park di mana bas akan bertolak dari
situ pada pukul 9.30am. Manakala, waktu
balik adalah pada pukul 4.30pm di Nami Island bus station. Masa yang cukup untuk menjelajah hampir
keseluruhan pulau. Kami tidak perlu
lagi beratur membeli tiket ferry ke Pulau Nami kerana sudah termasuk dalam
pakej.
small public park |
early transformation stage |
Kami menaiki
bas yang sama menuju ke arah Seoul di mana bas menurunkan penumpang di tempat
yang sama bersebelahan Tapgol Park.
Instead of balik ke hotel, kami meneruskan perjalanan ke destinasi
seterusnya iaitu Seoul HRC@Lotte World dengan menaiki metro ke Jamsil
station. Setelah membeli beberapa helai
t-shirts, kami berjalan ke arah Cheonggyecheon Stream yang kami sangka dekat tetapi jauh. Jadi, kamipun memutuskan untuk menaiki teksi terus
ke Gangnam area untuk makan malam di Yang Good BBQ restoren.
ginkgo lane |
Makanan memang
sedap di mana tempat inipun famous di kalangan orang Malaysia termasuk VIP dan
menteri melalui gambar2 mereka bersama owner yang dipamerkan di dinding restoren
tersebut. Kami juga tidak melepaskan
peluang untuk bergambar bersama owner yang datang menegur setelah kami habis
makan. Kemudian, kami berjalan ke metro
station berdekatan untuk pulang ke hotel.
Kunjungan ke Namsan Tower terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa.
metasequoia lane |
Day 6 : Seoul
Selepas sarapan,
kami berjalan pada mulanya tetapi menaiki teksi kemudiannya menuju ke Bukchon
Hanok Village. Luas juga tempat ini, tetapi
kami pergi ke spot2 utama yang menarik yang diberitahu oleh penduduk setempat
yang peramah menegur kami. Setelah puas
meronda dan bergambar di kawasan itu, kami bercadang untuk ke Itaewon for lunch
seperti dalam perancangan asal. Oleh
kerana masih pagi, kami decided untuk pergi ke Seoul Skygarden terlebih
dahulu. Untuk itu, kami mengambil teksi
ke Seoul station kerana ianya terletak berhampiran.
traditional village |
Kemudian,
barulah kami mengambil teksi ke salah sebuah restoren halal yang banyak
terdapat di Itaewon. Kami memesan
beberapa masakan korea yang sedap tetapi manis.
Selesai makan, kami berjalan ke Seoul Cental Masjid nearby untuk solat
zohor/asar. Setelah itu, kami berjalan
ke arah stesen metro terdekat tetapi menahan teksi yang lalu untuk ke Dotta
shopping mall bagi membeli souvenirs. Kami memborong t-shirts, key chains dan
fridge magnets yang agak murah di kedai Arirang di sini.
seoullo 7017 in the sky |
Oleh kerana
malam masih muda, kami memutuskan untuk ke area Myeondong untuk menikmati malam
terakhir di Seoul sambil merasa beberapa halal street food yang terdapat di
sini. Setelah puas dan keletihan, kami
menaiki teksi untuk balik ke hotel.
Sebelum tidur, kami mengemas barang2 kerana esok akan terbang balik ke tanahair.
1st one in korea |
Day 7 : Seoul – ICN - KUL
Selepas sarapan
dan checkout, kami berjalan menuju ke bus stop berhampiran untuk menaiki airport
limousine bus #6011. Sebelum membuat flight
checkin flight, kami ke sebuah convenient store untuk mendapatkan refund
T-Money. Urusan checkin dan immigration
berjalan lancar, tetapi kami terlepas peluang untuk membuat tax refund kerana terlupa
membawa passport bersama resit pembelian.
Oleh kerana kesuntukan masa, tax refund terpaksa dilupakan dan kami
terus ke balai berlepas. Pesawat
berlepas pada pukul ~1630hrs untuk ke KUL.
major railway station |
In conclusion,
ini satu percutian menarik and menyeronokkan di mana kami dapat pergi hampir ke
semua tempat yang dirancang. Cuma
sedikit terkilan kerana falls was not at its peak dan juga terlepas merepeat ke
tempat2 yang pernah kami pergi dahulu kerana tidak cukup masa. Kalau ada peluang, kami ingin datang lagi ke
Seoul mahupun Jeju serta mungkin dapat cover Busan sekaligus , insyaAllah.
major shopping street |
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny