Tuesday, 3 April 2018

Early Spring 2018 in Paris, Brussels & Amsterdam - Part 1 of 2

Assalamua’alaikum,
Alhamdulillah, pada cuti sekolah yang baru lalu, kami sekeluarga dapat mengunjungi 3 bandar di eropah yang pernah kami lawati 7 tahun lalu iaitu Paris, Brussels dan Amsterdam.  Hajat untuk memasukkan sekali London dalam plan was impossible  kerana kesuntukan masa.  Kalau dulu pergi dengan TA, tapi kali ini kami merancang sendiri perjalanan.  Semua hotel ditempah berdekatan dengan main/central station bagi mengelakkan beg2 besar kami diheret jauh ke sana sini serta memudahkan pergerakan kami seterusnya menggunakan pengangkutan awam. 
Gare du Nord view from the hotel
Day 1  : TGG – KUL – DBX - CDG
Kami meminta jasa baik a family member untuk menghantar kami ke TGG airport.  Flight ke KUL dan seterusnya ke DBX berjalan lancar.  Kami menaiki Emirates Airlines dari KUL pada pukul ~1am dan transit di DBX selama ~4hrs. Kami sempat berehat dan solat subuh di sana sebelum meneruskan perjalanan ke CDG.  
room for three
Penerbangan ke CDG juga berjalan lancar dan sampai seperti jadual.  Surprisingly, immigration process juga went smoothly tanpa banyak soal.  Seterusnya kami mencari arah ke RER B untuk ke Paris by train.  Apabila sampai di Gare du Nord, kami bertanya orangramai untuk ke exit yang betul menuju ke hotel kami which was just next to the station. 
conveniently located
Semasa check in, kami meminjam electric kettle untuk kegunaan sepanjang 3 malam di situ.  Pihak hotel telah dimaklumkan melalui email tentang ini dan ianya amat berguna untuk penyediaan breakfast setiap pagi sebelum ke destinasi yang dirancang. Selepas berehat, makan dan solat, kami bergerak ke tempat lawatan yang pertama iaitu Musee du Louvre.  
monalisa inside
Kami membeli tiket mobilis zone 2 untuk kegunaan 24hrs serta menaiki metro terus ke Palais Royal Musee du Lourve station.  Kami bergambar di kawasan sekitar serta masuk ke Les Salles du Corrousel untuk bergambar lagi dan tidak masuk ke dalam museum kerana kesuntukan masa. Lagipun, not in our plan. Di sini juga kami membeli keychains yang agak murah dijual oleh peniaga kulit hitam. 
Tuileris garden beyond the arc
Setelah itu kami beredar ke Jardin Des Tuileris nearby dan berjalan merentasi taman itu menuju ke Place de La Concorde.  Kemudian, kami menaiki metro ke Charles de Gaulle Etoile station dan menukar train ke Trocadero untuk bergambar with Eiffel Tower in the background. 
glowing in the dark
Di sinipun banyak cenderahati dijual, tetapi kami tidak membelinya. Hajat untuk berjalan dari sini menuju ke Eiffel Tower tidak kesampaian kerana hari semakin gelap.  Kami meneruskan sessi bergambar di situ sehingga malam sebelum menaiki metro ke Charles de Gaulle Etoile station semula serta menukar train menuju Gare du Nord untuk balik ke hotel,  Masa untuk berehat, solat dan makan makanan yang dibeli di kedai halal berhampiran hotel. 
paris metro station
Day 2 : Paris
Hari ini, kami ke Eiffel Tower sekali lagi dengan menaiki bas #42.  Cuaca agak sejuk dan hujan mula turun.  Agak terbuang masa untuk mencari tempat tunggu bas yang betul dan kami juga berhenti di station yang salah.  Jadi, terpaksa menapak agak jauh menuju ke Eiffel Tower.  Hujan pula semakin lebat dan cuaca berkabus semasa kami sampai di sekitar Champ de Mars menyebabkan Eiffel Tower pun kurang jelas kelihatan.      
blurred by rain & fog
After buying more keychains from the one of the many sellers, kami pun menuju ke Notre Dame Chatheral.  Disebabkan metro berdekatan Notre Dame ditutup untuk tujuan penyenggaraan or something like that, kami naik metro ke station yang diberitahu oleh pekerja di situ dan kemudian menaiki bas pula ke Notre Dame.  Penggunaan day tiket sangat membantu untuk kes2 sebegini atau jika tersesat jalan kerana ia boleh digunakan for both metro and bus without limit. 
cold rainy day
Hujan juga agak lebat semasa kami berfoto di sekitar Notre Dame.  Kemudian, kami menaiki metro ke Place Monge station untuk ke Paris Grand Mosque.  Setelah selesai solat, kamipun bergerak ke metro station semula untuk ke Galleries Lafayette.  Semasa inilah kami dapati snow mula turun.  No wonder cuaca amat sejuk masa tu.  It was not supposed to be snowing at this time of the year, but nevertheless, it was a nice having my first snow showers after nearly 30yrs and it was the first time for my family too. 
men prayer hall
Snow showers tidak terlalu lebat, tetapi tak berhenti sepanjang kami di dalam Galleries Lafayette.  In fact, it was snowing sampai ke malam.  Kami cuma membeli sebuah bag dan dua utas jam tangan.  Setelah membuat tax refund claim di situ juga, kami menaiki metro balik ke Gare du Nord.  While walking back to the hotel, kami singgah di kedai halal berhampiran untuk dinner.  Kami order dua jenis makanan sahaja yang selalunya cukup untuk 3 orang.  Rasanya not bad, ditambah dengan hot chocolate dan kopi panas untuk meredakan kedinginan salji yang turun.  
snow covered bikes
Day 3 : Paris
Pagi ini snow showers dah stop, tapi kelihatan salji yang turun malam tadi meliputi motor2 dan basikal2 yang diletak di tepi jalan.  Kami menuju ke metro station untuk ke  Sacre Coeur Basilica.  Kami turun di Anvers station dan menuju ke Funiculaire de Monmartre untuk ke puncak bukit.  Tiket metro yang sama boleh digunakan di sini untuk perjalanan yang tak sampai lima minit. 
thin carpet of snow
Kami bergambar di sekitar Sacre Coeur Basilica yang diliputi salji memutih.  Kemudian, kami menuruni bukit tersebut melalui ratusan anak tangga yang tidak terasa penat kerana dihidangkan dengan pemandangan salji di segenap sudut.  Kami tidak naik metro di Anvers station, tetapi terus berjalan menyusuri lorong dan gift shops menuju ke Blanche station.  Berdekatan station inilah, terletaknya the famous Moulin Rouge.  
nicole was here
Setelah bergambar di sini seketika, kami terus naik metro ke Charles de Gaulle Etoile station tujuan untuk ke Arc de Triomphe yang sepatutnya kami singgah pada hari kedua lagi.  Kami bergambar di sini termasuk di tengah2 jalan Champ Elysees with the arc in the background.  Kemudian, kami menggunakan underground tunnel menuju ke Arc de Triomphe untuk gambaran lebih dekat. 
in the middle of a roundabout
Then, kami berjalan menyusuri the Champ Elysees street sambil berfoto dan singgah di McD untuk menggunakan tandas berbayar yang bersih dan selesa.  When we reached the famous LV shop, we decided to go to Notre Dame again by taking the metro from George V station nearby.  Ini adalah kerana factor hujan lebat semasa kami pergi kelmarin dan juga terlupa ambil gambar di Point Zero just in front of the cathedral.  
closer look
Setelah dapat apa yang dihajati, kami singgah lunch di restoren halal di situ sebelum berjalan ke station bas berdekatan kerana ada bas yang menuju ke Gare du Nord.  Walaupun kami naik bas yang betul, tetapi kami turun awal satu station daripada sepatutnya kerana kurang pasti.  Akhirnya, terpaksa menapak agak jauh juga ke hotel padahal station bas yang betul cuma ~2Om opposite from hotel kami.  
snow showers in the garden
Selesai solat dan rehat, kami menaiki RER B ke Luxembourg station untuk ke Jardin du Luxembourg pula.  Ini bagi menggantikan slot Palace of Versailles yang tidak praktikal untuk kami pergi kerana terlalu jauh dan masa tidak mengizinkan.  It turns out to be a very2 sweet memory for us sebab salji turun dengan lebatnya sepanjang kami berada di taman ini.  Di sini juga terdapat salah satu replica statue of liberties. 
trees without leaves
Since we have time to spare, kami decided to go the Eiffel Tower one last time.  Jauh juga berjalan dari Bir Hakim station ke arah tower.  Kali ini kami memasuki area di bawah tower walaupun kami tidak bercadang untuk menaikinya.  Kami terpaksa melalui pemeriksaan keselamatan seperti di airport. Tidak ramai orang yang beratur mungkin sebab dah hampir senja dan persekitaran sedikit berkabus.  Kami bergambar sehingga hari semakin gelap dan terus berjalan menuju Trocadero untuk menaiki metro balik ke hotel.  Sebelum tidur, kami mengemas barang2 kerana esoknya kami akan ke Brussels pula.  
underneath the steel structure
Continue to Part 2 of 2

No comments:

Post a Comment