Assalamua’alaikum,
Alhamdulillah, pada cuti Deepavali
lepas, kami sekeluarga dapat mengunjungi 3 tempat di South Korea iaitu Seoul, Jeju
dan Nami Island. Kami pernah menjejaki
Seoul dan Namiseom 5 tahun lalu bersama TA, tapi kali ini kami merancang sendiri
perjalanan dengan memasukkan Jeju sekali. Kami memandu sendiri di Jeju manakala menggunakan bas,
teksi serta metro sebagai pengangkutan utama di Seoul. Buat kali pertama, kami menginap di Tune
hotel KLIA sehari sebelum dan selepas perjalanan disebabkan jadual dan
keselesaan perjalanan.
|
1st time on this flite |
Day 1 : KUL – ICN – GMP -
CJU
Kami menaiki AAX dari KUL
pada pukul ~8am dan sampai di ICN ~7hrs later.
Kami memilih untuk menaiki AREX
instead of bus ke GMP. Sebabnya kami
hendak solat dahulu di common prayer room berdekatan AREX entrance. Namun tidak kesampaian kerana sudah lewat dan
faktor bilik juga yang dipenuhi meja dan patung agama lain membuatkan kami
tidak selesa. Biasanya prayer room di tempat
lain kosong, lengang dan sesuai untuk solat.
Kami membeli T-Money dan meneruskan perjalanan ke GMP untuk menaiki
Jejuair pada malam itu. Kami mencari
makanan untuk mengalas perut dengan shrimp burger yang menjadi makanan
kegemaran sepanjang kami di bumi Korea ini.
|
4D3N here |
Yang menariknya penumpang
dibenarkan masuk ke pesawat selewat2nya 5min sebelum berlepas. Pesawat berlepas ke Jeju pada pukul ~2025hrs
dan mendarat ~1hr later dengan selamat walaupun keadaan sedikit bumpy. Kami terus beratur untuk mengambil taxi ke
hotel. Barisan beratur agak panjang
tetapi tidak lama menunggu kerana banyak teksi yang tidak putus2 datang dan
pergi. Cuma tambang yang dikenakan agak
keterlaluan dengan jarak yang tidak berapa jauh. Ini mungkin disebabkan kali pertama kami naik
teksi dan tidak berapa mahir dengan kadar tukaran wang dalam keadaan yang
sedikit gopoh.
|
small reliable ride |
Luckily, this is the first
and only bad experience with the cab, since our subsequent ones were superb
sebab tambang actually quite reasonable and you can pay with cash, credit or debit
card or even T-Money. Highly recommended
for a group of 3/4 people, esp. those who hates using stairs and very long
walks between metro stations during interchange. Urusan hotel checkin pula berjalan dengan
lancar dan kami terus ke bilik untuk solat, makan, berehat dan tidur after such
a long tiring journey.
|
dragon head volcanic rock |
Day 2 : Jeju
Hari ini, kami pergi
mengambil kereta sewa yang ditempah online.
Selepas sarapan, kami menaiki teksi di hadapan hotel untuk ke Jeju
Autohouse yang tidak jauh dari situ.
Kami tiba awal sedikit dan urusan sewaan berjalan lancar setelah
menunjukkan dokumen tempahan dan international driving licence. Setelah memeriksa kereta dan diajar cara
menggunakan build in GPS, kami ke destinasi yang pertama. Sangat mudah menggunakan GPS dengan
memasukkan no telefon tempat yang dituju.
Walaupun terpapar bahasa korea di screen GPS, arahan pemanduan adalah in
English. Memandu sebelah kiri dengan
speed limit yang terhad agak mencabar pada mulanya tetapi lama kelamaan menjadi
semakin selesa.
|
200000 ~300000 year-old lava tube |
Actually, hujan sepanjang
hari kedua di sini. This is expected
sewaktu peralihan musim. Kami tiba di
Yongduam Rock dalam keadaan hujan renyai2.
Kami tidak lama di sini dan terus bergerak ke Manjanggul Lava Tube. Kami membeli tiket dan masuk ke dalam gua
sehingga ke hujung yang dibenarkan iaitu ~1km from ~9km long tube. Terdapat banyak lava pelbagai bentuk yang
membeku termasuk the largest lava columns in the world.
|
sunrise peak |
Kemudian, kami keluar dan
betolak ke destinasi ketiga iaitu Seongsan Ilchulbong. Kelihatan ramai orang di sini berbanding 2
tempat yang telah kami pergi hari ini.
Setelah parking dan membeli tiket, kamipun perlahan2 mendaki ~600 anak
tangga untuk ke puncak kawah gunung berapi ~180m. Walaupun tinggi, kami agak santai dan selesa
kerana anak tangga disusun rapi membuatkan pendakian ~1hr tidak begitu
terasa. Setelah puas berfoto dan
menikmati grass covered crater yang luas itu, kamipun turun ke bawah melalui
laluan lain yang disediakan. Kami terlepas
melihat Jeju women diving show kerana terlalu lama di puncak, tetapi kami agak
bernasib baik kerana hujan berhenti sepanjang pendakian. Namun, setelah kami sampai ke bawah, cuaca
kembali berangin menandakan hujan akan kembali.
Kami decided to solat on the car park before moving on.
|
grass-covered crater |
Then, kami memandu ke
Seopjikoji nearby. Hujan menjadi semakin
lebat dengan angin pula semakin kuat.
Alang2 dah sampai, kamipun meredah hujan lebat sehingga ke lighthouse
seperti orang lain juga. Sempat jugalah
berposing di dalam hujan lebat bersama family dan juga bersama orang2 Malaysia
lain yang kami jumpa. Sebelum bertolak
meninggalkan tempat ini, kami sempat merasa siput bakar yang dijual di
situ.
|
beachfront scenic view & trail |
Selepas itu, kami ke
destinasi terakhir iaitu Sangumburi Crater.
Malangnya hujan semakin lebat bila kami sampai di kawasan parking. So, we decided not to enter the place, but
drove back home. Hajat untuk ke shopping
mall dahulu membeli souvenirs sebelum ke hotel tidak kesampaian kerana traffic
jammed teruk untuk ke parking. Kamipun
terus ke hotel untuk solat, makan, berehat dan tidur.
|
grilled seafood |
Day 3 : Jeju
Hari ini kami akan ke
bahagian selatan pulau iaitu Seogwipo. Cuaca agak baik hari ini berbanding
semalam. Selepas sarapan, kami ke
Mysterious Road dahulu dan mencuba beberapa experiment termasuk memandu menaiki
bukit with free gear. Memang menjadi dan
menarik juga fenomena alam ini. Tidak
banyak kenderaan pada masa itu menyebabkan ujian kami berjalan lancar dan cepat
serta terus bergerak ke arah selatan seperti yang dirancang.
|
optical illusion |
Kami melalui dan singgah di
Hallasan mountain yang berkabus dan sejuk.
Kami bergambar di sekitar serta singgah sebentar di visitor center untuk
menggunakan tandas sebenarnya. Kemudian
kami meneruskan pemanduan dan singgah di kebun2 limau yang kami jumpa sepanjang
perjalanan. Setelah meminta izin dengan
tuan tanah, kami memasuki kebun hanya untuk bergambar dengan suasana
kekuningan buah limau yang baru mula masak dan sudah hampir boleh dipetik.
|
almost ready to be picked |
Kemudian kami ke
Cheonjeyeon Fall yang mempunyai 3 air terjun semuanya, tetapi kami hanya sempat
ke 2 falls sahaja kerana kesuntukan masa.
Seterusnya kami ke Seonimgyo arch
bridge berdekatan. Setelah menyeberangi jambatan dan berpatah
balik, kami meninggalkan tempat itu untuk ke 2 lagi air terjun yang juga popular di
sini dan terletak jauh sedikit daripada sini.
|
flow out from a cave ceiling |
Sebelum
itu, kami singgah di Jusangjeolli Cliffs
terlebih dahulu. Di sini terdapat black piles of volcanic rock
formation yang menarik di pinggir pantai. On the way balik ke parking, kami membeli ais
krim limau hallabong yang sedap.
Seterusnya, kami ke Cheonjiyeon Fall tidak jauh dari situ. Kami kena menapak agak jauh
ke dalam hutan untuk melihat air terjun ini, tetapi berbaloi sebab cantik. Setelah balik semula ke parking, kami membeli
banana milk dan panaskan nasi segera yang dibawa di 7E dan makan dalam kereta.
|
spectacular volcanic rock formation |
Persinggahan selanjutnya adalah Jeongbang Fall yang airnya jatuh
terus masuk ke laut. Ramai juga orang di
sini. Terdapat juga siput bakar dijual
di sini, tetapi kami tidak beli. Kami
pergi as close as possible to the falls untuk bergambar dan terus pulang. Disebabkan masa sudah lewat petang, kami solat
di sebelah kereta di parking dulu sebelum ke destinasi terakhir kami di Jeju
Island.
|
sky connected with land |
Kami bergegas ke Jeju Folk
Museum Village yang agak jauh dari situ sebelum hari gelap. Apabila sampai di sana, kami terus membeli
tiket dan masuk walaupun cuma ada ~1hr sebelum ditutup. Folk village ini agak besar dan mempunyai
pelbagai exhibits yang menarik serta pertunjukan dari masa ke semasa. Kami sempat menjelajah sebahagian daripada
kawasan yang luas itu sambil bergambar sehingga sampai masa untuk keluar. Kelihatan pekerja2 di situ meronda kawasan
dan mengingatkan pengunjung yang masih ada untuk bergerak ke arah pintu keluar.
|
direct into the ocean |
Akhirnya, kami pun memandu
balik di dalam gelap ke arah Jeju City untuk pulang. Kami mengisi minyak kereta kembali penuh dan
terus menuju ke Jeju Autohouse.
Pemulangan kereta berjalan dengan lancar tanpa masalah. Instead of mengambil teksi terus ke hotel,
kami menaiki free shuttle ke airport untuk mengambil teksi dari sana. Ini adalah disebabkan kami ingin mengeluarkan
sedikit cash money tetapi hampa sebab kami lupa mengaktifkan kad untuk
pengeluaran overseas. Money changer pun
sudah tutup pada masa itu. Jadi, dengan
kredit kad yang ada kamipun mengambil teksi balik ke hotel untuk mengemas
barang dan berehat sebab kami akan terbang ke Seoul pagi esok. Sebelum tidur kami sempat mengaktifkan debit kad
untuk pengeluaran duit.
|
1890s folk village |
...continue to Early Autumn in Seoul & Namiseom
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny