Monday, 26 March 2012

Not really winter sonata 2012

Assalamu’alaikum,

Alhamdulillah, pada pertengahan March yang lepas aku sekeluarga  berpeluang melancong ke South Korea.  As always, ikut package muslim lagi.  Masa nak pergi, aku tak bawa kereta, tetapi ambil teksi dari rumah ke airport sebab masa balik nanti, aku akan turun kat airport lain pulak due to flight timing.  Sampai awal sejam lebih di KUA, terus check-in luggage direct to Incheon.  Sampai di KLIA, takyah keluar dah ke departure terminal, tapi terus transfer ke international flight.  Sebelum tu, sembahyang jamak dulu , then had early dinner kat satellite building.  Masa makan tu, baru jumpa dengan tour leader for the first time.  
Berjumpa dengan sebahagian kecil ahli2 rombongan yang lain yang berjumlah 19 orang semuanya termasuk leader sebelum flight ke Incheon bertolak 3 jam kemudian.  Kami dihidangkan dengan tuna sandwich pulak sebelum diberi proper dinner and also breakfast 2 jam sebelum mendarat.  Perjalanan 6 jam tak terasa sangat sebab banyak tidur dan inflight entertaintment tak secanggih masa flight aku ke Sydney dulu.

Sampai di Incheon, kami disambut oleh local Korean agent, Mr Jack.  Masa ni, barulah berjumpa sambil berkenalan dengan kesemua ahli rombongan.  Perbezaan masa cuma sejam lebih awal dari Malaysia.  Walaupun towards the end of winter, cuaca masih sejuk, bawah 10 C dan masing2 mengenakan jacket tebal yang dibawa.  Semua menaiki bas dan terus bertolak ke destinasi pertama, Nami Island.  


Actually, tak ikut susunan itinerary sangat, tapi yang pasti cover semua as promised walaupun terkejar ke sana ke mari tak cukup masa.  What do you expect kan?  Ikut package, inilah kaedahnya and being melayu, punctuality is very challenging.  Mr Jack hanya mampu tersengih bila ada antara kami yang terbabas daripada masa yang diperuntukkan  hampir di setiap occasion.
Dalam perjalanan ke Nami Island, dapatlah kami menikmati pemandangan Korea for the 1st time for almost all of us.  Kebanyakan pokok masih togel tak berdaun.  Salji tak kelihatan, tapi masih ada sisa2 bila sampai di Nami Island.  The island is accessible by a short ferry trip which is located in the middle of a river.  Oklah jugak pemandangan kat pulau ni,  lebih2 lagi kepada peminat cerita winter sonata.  Walaupun aku tak pernah tengok cerita tu, aku boleh bayangkan keindahan pulau ni semasa winter.  Ramai jugak pelancong lain esp. Malaysian datang kesini rupanya.
Kemudian kami bergerak ke detinasi kedua, iaitu lunch dan aku merasa kimchi for the 1st time.  Aku boleh makan, tapi tak berapa suka rasanya.  Nasib baiklah ada bekalan sambal bilis yang dibawa oleh tour leader sebagai penambah selera.  Lepas tu pergi shopping kat Chuncheon.  Tak berapa menarik sangat tempat ni, tapi anak aku sempat lagi dapat sneaker baru kat sini.  Sembahyang dulu kat City Hall sebelum bertolak ke tempat penginapan kami di Mt. Seorak.

Perjalanan melalui banyak highways, tunnels and bridges.  Semakin dekat dengan destinasi, semakin bayak kelihatan snow yang masih berbaki.  Pemandangan sepanjang jalan memang cantik with snow-capped mountain.  Mr Jack kata orang Korea suka panjat gunung dan tidur atas sana sebelum cross over to the other side.  Kami sempat singgah kat satu tempat untuk bermain snow dan bergambar berlatar belakangkan gunung2 tu. 
Banyak jugak kelihatan ikan kering yang dijemur yang ditangkap di Alaskan sea, kata Mr Jack.   Kami pun singgah untuk beli sikit sebagai buah tangan.  Then, singgah kat satu kedai for seafood dinner and more kimchi.  Selepas makan, beli strawberry dan limau kecil yang manis untuk bekalan di hotel.  Mr Jack bagi present sekotak seorang mengandungi sudu panjang trademark orang korea  serta chopstick.  Check-in kat Kumho Seorak Resort for one night stay only which is a 2-room apartment beserta dapur memasak complete with pinggan magkuk.

Hari kedua tu, aku turun awal ambil gambar sekitar hotel sebelum  naik semula ke bilik pekena maggi yang dibawa.  Ingat tak nak makan kat hotel tu dah.  Alih2, tour leader datang ke bilik cakap ada set breakfast pukul 8 am.  So, kami pun turun lagi makan roti dan telur yang dihidangkan.  Seterusnya, check out daripada hotel menuju ke Teddy Bear Farm berdekatan.  Mungkin anak aku paling enjoy kat sini sebab dia sorang jer kanak2 dalam rombongan kami.  Setelah puas posing bersama pelbagai teddy bear kat situ, kamipun bertolak ke Seoraksan National Park.
Rupanya kat sini memang banyak lagi salji.  Ambil group photo kat sini.  Sempatlah kami berlari2 malah ada yang berbaring2 atas salji tu sambil berposing.  Tempat ni antara yang paling best bagi aku sebab aku tak expect langsung ada salji dalam trip kali ni.  Kira bonuslah kot.  Ada cable car untuk naik ke puncak gunung, tapi tutup haritu due to windy condition.  Lagipun, memang cable car ni tak termasuk dalam package kami ni.  Mr Jack kata park ni memang cun giler dan lebih  ramai orang berkunjung bila musim bunga nanti.
Kemudian, bertolak ke Deapohang seafood market.  Banyak dan pelbagai jenis ikan sebelah kat sini disamping ketam, siput, sotong dan ikan2 yang lain.  Semuanya hidup2 lagi pulak tu.  Lepas tu, pergi lunch di restoren berdekatan.  Sembahyang sekali di situ sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, Yeoju Premium Outlet.  Aku tak sempat nak beli apa pun dengan masa yang diberi.  Window shopping jerlah.  Then, bertolak ke green house strawberry farm.  Taklah jakun sangat sebab dah biasa tengok kat Cameron Highland.  Kemudian, lintas jalan for salah satu activity wajib which is kimchi making and hanbok wearing.  Lepas tu, dinner dan terus check in kat Hang Kang Hotel for 2 night stay. 
Seperti biasa, aku akan turun awal untuk ronda2 dan posing2 sekitar hotel sebelum breakfast dan bertolak ke Everland Resort.  Sejam kemudian, sampailah di Everland.  Ambik group photo lagi dan semua ikut Mr Jack ke Safari World.  Sebelum tu, Mr Jack tunjuk tempat untuk sembahyang nanti.  Hanya kami 20 orang concur satu safari bas melihat lion, tiger, liger ( bapak lion, mak tiger ) dan bear yang besar2.  Then, we went separate ways after that, and my family went for Amazon ride.  Aku tertinggal camera masa nak keluar dari sini, tapi nasib baik pekerja dia sempat bagi balik sebelum aku bergerak jauh.  Keringkan baju dan pungung yang basah dulu sebelum bergerak ke Animal wonder world untuk melihat giant tortoise dan jugak polar bear.
Beli dan makan popcorn sambil berjalan2 sebelum menaiki  flume ride with my brave daughter.  Wife aku tunggu kat bawah tolong ambik gambar.  Lepas tu layan anak aku naik beberapa lagi kiddie rides sebelum melalui  tulip and rose garden yang masih tengah sibuk in preparation.  Nak patah balik sembahyang kat tempat Mr Jack tunjuk tadi, rasanya tak sempat.  Lagipun tak sure pulak arah dia.  So, kami sembahyang dekat entrance rose garden yang masih tutup, agak tersorok  dan takde orang lalu lalang.  Ada toilet pulak tu untuk ambil wuduk.
Kemudian, kami bergegas ke meeting point yang ditetapkan.  Masa 4 jam yang diberi memang tak sempat nak cover Everland ni.  Beli popcorn lagi sebab lapar dan makan tengahari tak disediakan.  Ambil gambar lagi sementara menunggu yang lain datang.  Then, terus ke Dongdaemun for shopping.  Wife aku pulak sempat beli kasut kat underground shopping.  Seterusnya, kami ke famous Cheonggyecheon stream yang berdekatan just for pictures.  Lepas tu, makan buffet dinner at Indian Restaurant sebelum bertolak balik ke hotel.  Lega dapat makan kari serta nasi yang bukan macam pulut tu.
 
Hari keempat, lepas sarapan roti dan telur kami check out dan terus ke Blue House.  Ambil gambar kat luar jer, tapi ada related gallery berdekatan yang menarik jugak.  Lepas tu,  masuk ke Kyongbok Palace berdekatan.  Kat dalam tu, ada Korean National Folk Museum yang banyak info menarik tentang Korea.  Then, continue walking around the palace with explanation given by Mr Jack before taking another  group photo.  2 jam jugak spent kat dalam palace tu.  Lepas tu pergi ke destinasi wajib lagi, ginseng factory.  Aku beli  sikit yang powder punya sebab dah alang2 sampai dan aku dengar orang kata ( selain cakap salesgirl kat situ ) ginseng korea ni memang terbaik.
Lepas tu, went for set lunch at another Indian Restaurant.  Dia hidang roti jer, takde nasi. Kenyanglah jugak.  Kemudian pergi lagi ke destinasi wajib, iaitu amethyst factory.  Pandai pulak anak aku minta necklace.  Akupun belilah satu yang paling kecil dan paling murah yang ada kat situ just for kenangan.  Dalam perjalanan tadi, kami passed by N tower which is not in the  itinerary.  Lepas tu ke cosmetic shop pulak.  Not buying anything here, just looking2 only.

Kemudian, pergi  ke Namdaemun and Myeongdong for shopping.  Masa tu hujan renyai2 as forecasted.  Kebanyakan kami ikut tour leader ke kedai  brooch dulu sebelum berpecah.  Sempat jugak beli handbag for mum and get more sourveniors at underground shopping.  Actually for me, this is the place for sourvenior shoppings sebab murah sikit selepas tawar-menawar (walaupun macam ayam cakap dengan itik ) kalau nak dibandingkan harga di tempat aku shopping sebelum ni.  Malangnya, masa yang diberikan memang tak sempat nak menghabiskan duit yang dibawa.  What to do….package tour!
Then, went for dinner at halal restaurant at Itaewon.  Pray at nearby mosque sebelum bertolak ke Royal Incheon Hotel untuk malam terakhir di Korea.  Beli drink from vending machine at hotel sebab dahaga dan nak kurangkan syiling korea yang ada sebelum balik.  Sebelum tidur, packing elok2 sebab dah nak balik esoknya.  Tak banyak sangat beli barang, tapi still tambah satu lagi luggage as expected.

Hari terakhir, checkout very early sebab tak breakfast di hotel,  tapi makan kat satu kedai on the way ke airport.  Ok jugak makan noodle tu sebab rasa dia macam laksa.  After that, terus gerak ke airport.  Check in luggage direct to TGG which is dalam 50 kg jer for 3 people.  Say goodbye to Mr Jack and passed through the immigration smoothly.  Berbeza dengan pengalaman aku melalui immigration di Sydney dan Hong Kong dulu , takde masalah langsung kat sini, sama macam datang itu hari tu.  Masukkan coat tebal into standby bag dan jalan2 lagi kat duty free shop for last minute shopping.  
Bila aku sampai pukul 9. 30 pagi nak naik flight, aku hairan tengok orang dah beratur panjang nak masuk flight.  Rupanya dah pukul 10.30 pagi waktu Korea, tapi jam aku masih tunjuk waktu Malaysia.  Nasib baik aku tak sambung jalan2 shopping2.  Tapi, yang bestnya kami boleh potong que sebab bawa budak kecik.  Lunch nasi on flight dan ada kimchi lagi.  Makan petang pulak dia bagi egg sandwich.
 
Dah sampai kat KLIA, misunderstood tentang  time lagi.  Masa banyak lagi, tapi aku rush through the immigration to transfer to domestic fligt.  Terkilan jugak tak dapat say goodbye pada yang lain.  Sembahyang zohor/asar dulu and had early dinner  ayam goreng, nasi ayam dan mee kari at Marry Brown sebelum naik fligt ke TGG.  Dah sampai, sembahyang magrib/isyak dulu sebelum ambik teksi.  Sampai rumah dah pukul 11.30 malam.
In summary, memang best dan berbaloi  walaupun penat berkejar kesana-kemari dan singgah sekejap2 sahaja kat tempat2 lawatan walaupun kalau ikut hati, aku nak spent masa lebih lama kat sesuatu tempat, esp. for shopping… but as expected this is package tour, no need to complain.  Nak lebih puas dan nak elakkan ke tempat wajib yang kadangkala membosankan,  kena datang sendiri2.  For sure, Korean are definately very friendly dan jalanpun tak kelam kabut compared to Hong Kong people.  Kebersihan kat sini memang memalukan dan mengalahkan orang kita.  Yang aku perasan, punyalah ramai orang kita bercuti  ke Korea.  Almost semua tempat yang kami pergi, there will be another group of Malaysians there too.  Kalau ada peluang, aku nak datang lagi ke sini bukan masa winter, tapi pada musim bunga atau luruh pulak dan pergi ke Jeju Island sekali, InsyaAllah

Saturday, 18 February 2012

Travel muslim style

Assalamu'alaikum,

Susah mendapatkan makanan halal dan tempat sembahyang yang selesa bukanlah alasan bagi orang Islam membedal makanan yang haram, meninggalkan solat atau terus tak jadi melancong ke tempat orang.  Bab halal food dan solat adalah masalah kecil bagi mereka yang dah biasa melancong ke sana ke mari...
chicken Nando's@Gold Coast : one of the many certified halal outlet in Oz
Bagi aku yang first time sampai di Australia, surprisingly muslim food is very easy to find.  Disebabkan aku travel ambik muslim package, makanan biasanya disediakan di restoren indonesia, indian or chinese yang halal ( walaupun di restoren yang sama dijual pelbagai jenis arak! ).  Aku bertawakal dan yakin makanan yang dihidangkan adalah halal.  Kalau was2, dah tak boleh makan la pulak.  Dekat Harbor Town pun ada kedai Nando's halal punya.  Di taman tema yang menjadi antara tarikan utama di Gold Coast pun, ada restoren yang menyajikan makanan halal yang diiktiraf oleh pihak berwajib di sana. Very convenient for not so frequent muslim travellers like myself...
bilik sembahyang @Dreamworld : bersebelahan dengan restoren halal kat taman tema tu
musolla @ Dreamworld : motif letak tong tu kat situ ?...maybe coincidence kot...bersangka baik!

tempat ambil wuduk @Movieworld : tak pernah aku jumpa macam ni sebelum ni... very nice!!!
















prayer room @Brisbane airport : actually multi-faith punya, tapi oklah, janji takde orang ugama lain tengah sembahyang masa tu or ada berhala ker dalam tu
Even tempat sembahyangpun disediakan bukan saja di airport, tetapi juga di taman tema seperti Dreamworld dan Movieworld.  Sambil berhibur, tidak lupa pada yang maha Esa...cool!.  So, takde alasan tak sempat nak solat ke ape ker... Apatah lagi, biasaya pakej muslim akan masukkan lawatan ke mana2 masjid tempatan sebagai salah satu agenda wajib.  Kalau travel on your own, lagilah senang....kita boleh buat apa yang kita suka, kita boleh pergi ke mana yang kita mahu asalkan agama letak di depan sekali...
 breakfast @Singapore : makan roti telur & teh tarik kat kedai mamak sebab nak checkout awal pagi dan restoren kat hotel belum buka lagi
lunch @USS : nasi putih, sayur & ayam
lunch @USS : nasi goreng & satay
Namun, sedikit mendukacitakan semasa berkunjung ke USS.  Walaupun makanan halal senang dicari, tempat sembahyang yang khusus tidak desediakan, tapi diberikan bilik solat makeshift.  Aku rasa dah ramai orang komplen pasal ni.  Harap2 pihak USS ambil perhatian sebab rata2 pengunjung adalah orang Islam Malaysia atau Indonesia selain locals.  Kalau nun jauh di negara orang putih tu understandable lah jugak kan...
dinner @Heathrow : macam nasi beriani & macam roti tempayan
dinner @Amsterdam : lebihkurang citarasa malaysia jer kat Indonesian restoren
Tapi, orang kata kalau hendak seribu daya, kalau tak mau seribu dalih kan.  Semasa di Macau, kami bantai solat tengah taman bunga.  Sebelum masuk Hong Kong Disneyland, kami sembahyang di bawah pokok jer.  Masa belajar kat US dulu, aku pernah solat belakang shopping mall dan tepi highway jer.  Cuma perbuatan camni memanglah mudah bagi orang lelaki bujang yang travel ramai2 berbanding orang perempuan. Sebenarnya, kita jer yang perasan lebih orang cakap macam2 padahal diaorang tak kisah pun dan mungkin mereka faham.  Aku kurang setujulah kalau buat camtu kat tempat kita sebab segala kemudahan dah ada... 

dinner @Paris : hidangan nasi campur at indonesian restoren
dinner @London : citarasa melayu kat hotel kepunyaan rakyat Malaysia
dinner @Heidelberg : nasi putih, brocolli & fish at Chinese restoren
Bagi aku, kunjungan ke Eropah pada musim panas adalah masa yang sesuai kerana selain dapat memanfaatkan masa siang yang panjang untuk menikmati keindahan tempat orang, kita boleh jer jamak takhir zohor/asar bila balik ke hotel nanti.  Ambil peluang kemudahan yang Allah berikan kepada para musafir.  Di London, makanan melayu di malaysian hall antara tempat wajib dikunjungi bagi yang mengidam masakan melayu yang semestinya sedap.  Tak perlu pergi masa musim sejuk menggigil untuk merasa bermain salji bagi first timers sebab di Switzerlad seperti di puncak Mt. Titlis dilitupi salji sepanjang tahun.  Kat kaki gunung punyalah panas lit2, but at the same time, salji tebal giler nun kat puncak gunung....subhanallah!  Kami bermain salji 2 jam pun sudah puas walaupun diberi peluang bermain sehingga 4 jam kalau mahu.
dinner @Amsterdam : nasi goreng & ayam pedas kat Indonesian restoren
annivesary surprise @Amsterdam : member belanja sebab kebetulan wedding annivesary masa tu
lunch @Lake Titisee : rasa macam mentah jer salmon tu, tapi licin jugak sebab takde pilihan lain dah selain kebulur & yang terpenting.....mahal wooo!!!, terpaksa habiskan jugak...
lunch @Zurich : buffet nasi kat Indian restoren
Di Krabi dan Phuket, halal food tak menjadi isu langsung sebab majoriti penduduk  di sana berugama Islam.  Malah tom yam dan masakan siam yang lain memang original punya.  Memang kena dengan selera orang kitaaku.  Lagipun, inilah masanya nak merasa makanan di tempat orang.  Masih aku teringat pancake di Krabi, nasi arab kambing di Hong Kong dan roti kebab di Baghdad Cafe, Colonge.  Itulah sebabnya, maggi atau makanan dalam tin yang dibawa dari Malaysia selalunya tak pernah habis...
roti kebab @colonge : very big portion & sedap lebih2 lagi tengah lapar tak jumpa nasi untuk makan tengahari tu
mango pancake @Krabi : macam2 perisa ada, rangup & tersangatlah sedapnya
mango pancake @Krabi : biasanya tak hingin aku makan roti canai manis bersusu camni, but this one is too special & sooooo tasty that I have to make an exception....nyum2
nasi arab kambing @Hong Kong : sedap punya pasal, repeat lagi sekali the next day walaupun mahal sikit....nampak tak daging kambing dalam timbunan nasi tu?
Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera dan jugak iman...moga pengembaraan kita diberkatiNya..... insyaAllah.

Tuesday, 14 February 2012

Aneka Mee

Assalamu'alaikum,

Selain laksa, aku gemar makan mee rebus buatan utara which is completely different kalau aku order mee rebus kat sebelah pantai timur.  Normally, mee ni dipanggil mee rebus sebab mee nya tentulah direbus kemudian dimakan bersama kuah ready made ( walaupun  tak semestinya gitu ).  Di sini, aku cuba review aneka mee yang pernah aku rasa termasuk mee udang yang pastinya top in my list of mee of any kind...

mee udang @Pulau Sayak : memang sedap and berbaloi-baloi walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk sampai ke sini...
 
mee udang banjir @Kuala Sepetang : bagi aku, overrated walaupun masuk JJCM TV3...udang memang banyak dan fresh, tapi rasa kuah dia macam biase2 jer...





salwa mee udang @Teluk Kumbar : macam mee goreng basah, tapi lebih sedap sikit sebab ada udang besar...


salwa mee goreng udang @Teluk Kumbar : sejemput jer....sesuai untuk orang yang tak makan banyak atau yang dah makan nasi, tapi nak makan mee pulak...

ayu mee udang @Teluk Kumbar : paling sedap pernah aku makan, harga dalam RM12 sepinggan with 4 big prawn setahun lalu.  Kini, dah jadi RM13 sepinggan with 3 big prawn...hhrrmmm

mee sotong @Padang Kota Lama : ni pun overrated pada pendapat aku la, tapi sedap jugak kalau pekena mee ni dengan air bandung special atau coconut shake di situ...

mee udang @Sg. Dua : memang terkenal dengan kesedapannya sehinggalah aku mencuba ayu mee udang...mee udang ni terus turun ke ranking kedua...udang kena timbang dulu dan sesuai untuk yang nak open table...

mee goreng sotong @Padang Kota Lama : better than the rebus one, tapi tempat makan dia need much improvement in terms of orderliness and cleanliness for me to try it once more....

mee udang @Pulau Aman : not bad jugak taste dia and worth it sekalipun kena bayar tambang boat nak ke sini just to taste this by yourself or even dengan family...

ayu mee udang @Teluk Kumbar : kena selak mee dulu baru nampak udang yang besar2 tu dan aku rasa unik sikit bila dia letak bawang mentah sebagai hiasan...

mee ketam @Cherok Tok Kun : tekaan aku meleset sebab dia punya taste bukan saja tak boleh beat yang udang one malah jauh ketinggalan...

Demikiahlah ulasan aku tentang aneka mee yang pernah aku rasa.  Yang tak pernah tu, tentulah tak boleh kata apa2.  Selain daripada yang diatas, aku pernah makan mee bandung @muar dan jugak mee kungfu @paka yang memang sedap, tapi takde gambar nak tunjuk.  Namun, lain orang lain cita rasanya....Satu lagi yang memang worth mentioning ialah mee tulang daging lembu @home .....srrrluupp!!! Kalau ada yang rekomen kat mana2, aku akan cuba cari dan try test tokai tengok....insyaAllah

Monday, 6 February 2012

Hantu Laksa


Laksa campoq & ais kacang @Kg. Petani
 Assalamu'alaikum,

Aku tersangatlah suka makan laksa.  Asal nama jer laksa, memang aku bedal.  Tak kira samada laksa penang, laksa johor, laksa terengganu, laksa sarawak, assam laksa or even laksam.  Aku boleh skip makan nasi dengan berbekalkan laksa untuk menu pagi, tengahari sampai ke malam.  Dalam banyak2 laksa, of courselah laksa penang yang paling aku suka for the obvious reason.
Laksa sotong @Kg. Selamat
Laksa mambo @Lunas
Kalau balik kampung aku mesti cari laksa penang yang telah divariasikan seperti laksa campoq, laksa sotong, laksa buyung dan laksa kuah ikan kering....fuuhhh memang terangkat.... Laksa campoq kat Kg. Petani memang berbaloi, laksa sotong kat Kg. Selamat pun best jugak, tapi kalau pekena laksa kuah ikan kering kat Pmtg Pauh disulam dengan air tebu... fuuhh nikkmattt.... 
Laksa janggus @Balik Pulau
Laksa janggus kat Balik Pulau aku dah rasa, tapi bagi aku a bit overrated walaupun dah masuk JJCM TV3.  Sedap lagi laksa kat tepi pantai Batu Ferinngi walaupun rasa otak udang dia memang over sikit.  Laksa mambo bubuh sotong kat Lunas pun boleh tahan jugak rasa dia.  Aku masih teringat laksa campoq kat stesen keretapi BM masa zaman sekolah dulu.  Masih adakah lagi?

Laksa Johor @Sg. Mas
Laksa Johor kat jalan Kota Tinggi on the way ke Bandar Penawar memang the best so far aku makan.  Laksa johor kat Laksa Shack pun tak boleh lawan.  Tak ingat aku samada dia pakai spaghetti atau laksa biasa, yang pasti sedap.  Kedai kecik tepi jalan jer, tapi ramai jugaklah orang singgah makan.  Aku rasa nama tempat tu Sg Mas kot....Akan ku singgah lagi kalau bertandang ke sebelah sana......









Laksa & Laksam @Seberang Takir
Laksa terengganu kuah putih menjadi pilihan aku berbanding laksa kuah merah ( kuah masak ).  Kalau ada dua2 kuah, aku akan campur dua2 sekali walaupun orang pandang semacam jer bila tahu aku buat gitu....lantaklah... aku yang nak makan, bukan mabuk pun.  heheh.....  Laksa terengganu dimakan dengan tangan jer asal-usulnya, tapi nowadays even orang terengganu pun lebih gemar makan pakai sudu.  Laksam pun aku suka, tapi kureng sikit berbanding laksa.  Laksa terengganu diperbuat daripada gandum pun aku dah cuba, tapi bagi aku, sedap lagi yang biasa punya...
Laksa sarawak @Bintulu
Laksa sarawak dah try sekali kat Bintulu, cukuplah kot.  Rasa macam bihun kari jer.  Itupun aku order from room service menu kat hotel sebab teringin nak merasa.  Mungkin lebih sedap kot kalau order kat warung2 biasa, tapi aku tak tahu kat mana sebab pergi sana pun for a short period.  Tak sempat nak JJCM sepenuhnya...


Assam laksa @Jusco Midvalley
Bagi aku, assam laksa pun bukannya sedap sangat berbanding laksa penang, tapi tak tahu sebab apa, kalau ke KL, aku selalu pekena assam laksa especially the one kat Jusco Midvalley....berhantu betul!!!  Kalau dia guna laksa beras instead of the one yang licin tu, lagi sedap kot.
Laksa with veggies @Krabi
Laksa Thailand ???



Aku terbeli sekali laksa buyung kat pasar malam di Kuantan... boleh tahan gak.  So now I know where to get laksa in the east coast yang rasa macam laksa yang aku selalu makan di kampung aku. Dekat Krabi, aku pernah makan makanan yang macam laksa dan rupa pulak between laksa johor and laksa terengganu.  Aku panggil laksa thailand jer dan rasa dia membuatkan aku teringat2 nak repeat Krabi lagi...memang sedap giler!!!


Homemade laksa.....terrbaiikkk!!!
Demikianlah coretan aku pasal laksa menurut pandangan dan rasa aku sendiri.  No problem kalau orang lain tak setuju.  Next time aku nak try makan laksa telur lembik kat Penanti dan jugak laksa ikan sekoq kat Kedah yang unik tu.....insyaAllah