Assalamu’alaikum,
Pada bulan Jun lepas, sekali lagi aku berpeluang ke Krabi. Kalau dulu, bersama kawan sekerja, kali ini bersama
family. Dulu cover Phuket sekali namun
tak berpeluang ke pulau2 sebab hujan lebat hingga banjir besar. Kali ini cuaca baik sekali, cuma hujan
rintik2 yang tak menjejaskan mood percutian.
Tiket flight dah tentu bukan murah sebab aku beli sehari sebelum
bertolak. Hotel pun tempah malam sebelum
tu juga. Kira percutian last minute
decision, tapi tak perlu risau sebab bukan kali pertama ke sini. Dah tahu what to expect. Kami memandu awal pagi ke KTN untuk flight terawal
ke KLIA. Tinggal kereta di airport
KTN. Sampai di KLIA, ambil ERL ke KLIA2. Breakfast dan berehat dulu sebelum berlepas
ke Krabi pada pukul 2 pm nanti.
Sampai di Krabi Airport, kami ambil bas ke hotel di Aonang. Tiket bas dibeli di kaunter dalam
airport. On the way ke hotel, some passengers
including us had to transit at a travel agent office. Tujuannya tak lain tak bukan nak promote tour
package company tu. Actually, tak perlu
terburu2 beli package yang ditawarkan sebab ada banyak agent di merata tempat sekitar
Aonang. Kena pandai tawar menawar untuk
dapat harga murah. Namun, aku ambil juga
satu package ke Phi2 Island sebab harga berpatutan dan offer termasuk free
transport ke night market di pekan Krabi malam tu juga. Sememangnya agenda ke night market termasuk
dalam perancangan kami.
Krabi night market |
Dah settle kat situ, naik tuk2 yang disediakan ke hotel dan terus
check-in. Lebihkurang pukul 5 pm, travel
agent datang dengan van menjemput kami di hotel seperti dijanjikan untuk ke pekan
Krabi. Alternative lain, boleh sewa
motosikal, naik tuk2 atau teksi. Van menjemput lain2 penumpang di hotel masing2
sebelum terus ke destinasi. Dalam sejam
juga, baru sampai ke pekan Krabi. Kami
diberi masa 3 jam di night market yang
dibuka setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
Pad thai |
Banyak makanan halal boleh didapati di sini. Kami membeli grass jelly, pad thai,, satay,
puyuh goreng dan fruit shake untuk makan malam di meja yang disediakan sambal
menikmati variety shows di atas pentas disediakan tengah2 market itu. Van
datang menjemput kami untuk pulang pada pukul 9 pm.
Speed boat |
Hari berikutnya, setelah makan ala kadar di hotel, kami dijemput pula
untuk ke Phi2 Island hopping. Breakfast termasuk
dalam cost penginapan, namun terpaksa berhati2 memilih makanan kerana hotel itu
tidak menjanjikan makanan halal. Actually, ada banyak hotel sekitar Aonang yang
menyediakan makanan halal, tetapi kami tak sempat nak cari sebab kesuntukan
masa. Selepas makan, kami sempat membeli
slipper dan waterproof dry bag untuk kegunaan sepanjang percutian di sini.
Long tail boat |
Kami dibawa ke Noparathara Beach dimana terletaknya jetty untuk
menaiki speed boat ke aktiviti island hopping.
Walaupun dah masuk off-season, tetapi punyalah masih ramai pelancong
berada di situ menunggu boat mengikut package yang dipilih. Kami berjalan menaiki boat setelah dipanggil
mengikut kumpulan masing2. Semua slipper
dimasukkan dalam plastic yang disediakan.
Ada juga yang memilih long tail boat yang agak perlahan berbanding speed
boat.
Phi2 Don |
Tour leader berbangsa siam memberi taklimat tempat2 yang bakal
dilawati dalam Bahasa Inggeris yang lancar.
Lebihkurang 45 min kemudian, kami sampai ke destinasi pertama iaitu
Bamboo Island. Kami diberi masa 45 min
untuk mandi-manda serta meneroka kawasan sekitar. Kemudian, kami menuju ke Maya Beach. On the way, kami singgah di Bat Cave untuk
bergambar serta melalui Phi2 Don dengan kejernihan air yang memukau bak
crystal. Akhirnya kami sampai di Maya
Beach yang cantik dengan pasirnya yang halus dan sangat selesa bila dipijak. Kami diberitahu, pantai yang dipopularkan
oleh The Beach movie ini tersangatlah sesak dan penuh dengan pelancong during
peak season especially during Chinese New Year.
Bat cave |
Dekat pukul 1 pm kamipun bertolak ke Phi2 Island untuk makan
tengahari. Kami diberi balik slipper
untuk kegunaan di pulau ini. Memang
sedap makanan halal yang disediakan ala buffet style di restoren yang agak jauh
dari pantai. Setelah kenyang, kami
menaiki semula boat untuk aktiviti snorkelling di tengah laut pula sebelum
bertolak balik ke jetty. Buah tembikai
dan nenas manis beserta air oren sedap dalam botol dihidangkankan dalam boat.
Sesampai di jetty, kami dihantar balik ke hotel masing2. Kami mandi di kolam hotel dulu sebelum naik
ke bilik untuk rehat dan solat. Kemudian, kami turun semula dan berjalan ke arah
Aonang Mosque untuk makan malam. Aku
sempat bersolat di masjid itu sebelum menaiki tuk2 untuk ke pantai Aonang. Kami berjalan menyusuri kedai2 cenderahati
yang berderet sepanjang jalan untuk membeli sedikit buah tangan serta mencari
package tour untuk hari berikutnya. Kami
memilih untuk activity jungle trekking pula menaiki gajah, serta mandi di kolam
air panas dan tasik jernih di tengah2 hutan.
Maya Beach |
Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami book satu lagi island tour
package daripada travel agent yang berlainan untuk hari keempat pula. Rasanya semua tour package di sini mengambil
peserta di hotel dan menghantar semula ke hotel. Kita cuma kena pastikan makanan halal
disediakan which is easily available.
Dah sampai di hotel, aku turun semula sebab nak mencari salah satu
makanan wajib di sini iaitu pankace.
Setelah habis makan pancake mangga dan pisang with cholcolate, barulah
kami tidur dengan nyenyaknya.
Pancake |
Esoknya, seperti dijanjikan, travel agent datang pick-up kami pada
pukul 9.30 am untuk aktivti yang pertama di hari kedua itu. Van juga mengambil peserta lain di hotel
masing2 sebelum terus ke Hot Stream. Kami
cuma berendam kaki dalam kolam air panas yang bertingkat2 dan beredar balik 30
min kemudian ke van yang sedia menunggu.
Hot Stream |
Destinasi seterusnya adalah Emerald Pool. Pelawat terpaksa berjalan kaki dekat 1km ke
dalam hutan untuk sampai ke kolam yang sangat jernih bak crystal. Kami menghabiskan masa selama sejam di sini. Disebabkan kami tersilap tengok jam, kami
sampai awal di parking lot untuk ke destinasi seterusnya. Kamipun ambil peluang alas perut with jagung
bakar, nasi dan tomyam dulu sementara menunggu penumpang yang lain.
Setelah itu, kami menaiki van ke aktiviti yang ditunggu2 iaitu
elephant trekking. Dua orang disuruh
naik ke tempat duduk atas belakang bagi setiap ekor gajah. Aktiviti meredah hutan, mendaki dan menuruni
bukit berjalan selama 45 min. Setelah kami memberi makan gajah dengan pisang
yang dijual, kami pula dijamu dengan nenas yang manis. Dalam pukul 3.30 pm, kami selamat tiba di
hotel semula.
Elephant trekking |
Selesai membersihkan diri, solat dan berehat, kami menaiki tuk2 ke
arah masjid semalam untuk dinner. Petang
itu, kami berjaya menjejaki dan makan laksa siam di samping nasi ayam, pulut
mangga serta pancake lagi. Dalam pukul
7.30 pm, kami pulang ke hotel untuk berehat dan tidur.
Phra Nang beach |
Aktiviti hari keempat ialah island
hopping lagi. Kali ini kami mengambil
package daripada travel agent yang agak famous kerana peserta yang berkumpul untuk
agent ini sahaja di pantai Aonang jauh lebih ramai berbanding island hopping di
hari kedua dulu. Walaupun begitu, sessi
pendaftaran dan lain2 urusan berjalan lancar.
Boat bergerak dalam pukul 10.30 am dan sampai ke destinasi pertama in less
than 10 minute.
Phra Nang cave |
Kami diberi masa 40 min untuk mandi manda di Phra Nang Beach yang
juga terdapat gua dan sebuah resort accessible by boat only. Kemudian, kami ke Tup Island di mana kami berjalan
kaki merentasi air cetek ke Chicken Island bersebelahan. Kedua2 pulau seolah2 bersambung bila air
surut. Seterusnya, kami dibawa ke kawasan belakang Chicken Island untuk
aktiviti snorkelling sebelum singgah di Chicken Island sekali lagi untuk lunch
dan berehat di tepi pantai.
Tup Island view from Chicken Island |
Sejam kemudian, kami dibawa pula ke Poda Island untuk meneruskan
aktiviti mandi manda sebelum bertolak balik ke Aonang. Kami sampai di jetty pada pukul 4.30pm dan
terus menaiki tuk2 balik ke hotel. Seperti
biasa, kami turun semula untuk dinner dan menu utama semestinya nasi, tomyam dan pancake lagi.
Pada hari terakhir di sini, kami menyewa tuk2 sambil menghabiskan
masa meronda2 sekitar Aonang selama sejam.
Kemudian, kami check out from the hotel dan pergi ke kedai yang sama
untuk makan nasi ayam dan laksa siam.
Setelah selesai solat di Masjid Aonang, kami berpatah balik ke hotel
untuk memungut luggage yang ditinggalkan.
Kemudian, terus menaiki teksi yang ditempah malam sebelumnya untuk ke
Krabi Airport. Process check in berjalan
lancar dan kamipun bertolak pulang ke tanahair dengan selamat.
Laksa siam |
Dengan berakhirnya percutian kali kedua ke Krabi dan Aonang ini,
maka tertunailah hajat aku untuk ke pulau2 yang terbantut pada kali pertama
dulu. Tambahan pula, dapat menikmati
laksa siam dan pancake serta tomyam yang wajib dijamah bila berada di
sini. Tidak mustahil aku akan datang ke
sini lagi atau menginap di lain2 tempat berdekatan Aonang seperti Koh Lanta ataupun
repeat Phuket pula, InsyaAllah.