Assalamu'alaikum,
Susah mendapatkan makanan halal dan tempat sembahyang yang selesa bukanlah alasan bagi orang Islam membedal makanan yang haram, meninggalkan solat atau terus tak jadi melancong ke tempat orang. Bab halal food dan solat adalah masalah kecil bagi mereka yang dah biasa melancong ke sana ke mari...
|
chicken Nando's@Gold Coast : one of the many certified halal outlet in Oz |
Bagi aku yang first time sampai di Australia, surprisingly muslim food is very easy to find. Disebabkan aku travel ambik muslim package, makanan biasanya disediakan di restoren indonesia, indian or chinese yang halal ( walaupun di restoren yang sama dijual pelbagai jenis arak! ). Aku bertawakal dan yakin makanan yang dihidangkan adalah halal. Kalau was2, dah tak boleh makan la pulak. Dekat Harbor Town pun ada kedai Nando's halal punya. Di taman tema yang menjadi antara tarikan utama di Gold Coast pun, ada restoren yang menyajikan makanan halal yang diiktiraf oleh pihak berwajib di sana. Very convenient for not so frequent muslim travellers like myself...
|
bilik sembahyang @Dreamworld : bersebelahan dengan restoren halal kat taman tema tu |
|
musolla @ Dreamworld : motif letak tong tu kat situ ?...maybe coincidence kot...bersangka baik! |
tempat ambil wuduk @Movieworld : tak pernah aku jumpa macam ni sebelum ni... very nice!!!
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
prayer room @Brisbane airport : actually multi-faith punya, tapi oklah, janji takde orang ugama lain tengah sembahyang masa tu or ada berhala ker dalam tu |
Even tempat sembahyangpun disediakan bukan saja di airport, tetapi juga di taman tema seperti Dreamworld dan Movieworld. Sambil berhibur, tidak lupa pada yang maha Esa...cool!. So, takde alasan tak sempat nak solat ke ape ker... Apatah lagi, biasaya pakej muslim akan masukkan lawatan ke mana2 masjid tempatan sebagai salah satu agenda wajib. Kalau travel on your own, lagilah senang....kita boleh buat apa yang kita suka, kita boleh pergi ke mana yang kita mahu asalkan agama letak di depan sekali...
|
breakfast @Singapore : makan roti telur & teh tarik kat kedai mamak sebab nak checkout awal pagi dan restoren kat hotel belum buka lagi |
|
lunch @USS : nasi putih, sayur & ayam |
|
lunch @USS : nasi goreng & satay |
Namun, sedikit mendukacitakan semasa berkunjung ke USS. Walaupun makanan halal senang dicari, tempat sembahyang yang khusus tidak desediakan, tapi diberikan bilik solat makeshift. Aku rasa dah ramai orang komplen pasal ni. Harap2 pihak USS ambil perhatian sebab rata2 pengunjung adalah orang Islam Malaysia atau Indonesia selain locals. Kalau nun jauh di negara orang putih tu understandable lah jugak kan...
|
dinner @Heathrow : macam nasi beriani & macam roti tempayan |
|
dinner @Amsterdam : lebihkurang citarasa malaysia jer kat Indonesian restoren |
Tapi, orang kata kalau hendak seribu daya, kalau tak mau seribu dalih kan. Semasa di Macau, kami bantai solat tengah taman bunga. Sebelum masuk Hong Kong Disneyland, kami sembahyang di bawah pokok jer. Masa belajar kat US dulu, aku pernah solat belakang shopping mall dan tepi highway jer. Cuma perbuatan camni memanglah mudah bagi orang lelaki bujang yang travel ramai2 berbanding orang perempuan. Sebenarnya, kita jer yang perasan lebih orang cakap macam2 padahal diaorang tak kisah pun dan mungkin mereka faham. Aku kurang setujulah kalau buat camtu kat tempat kita sebab segala kemudahan dah ada...
Bagi aku, kunjungan ke Eropah pada musim panas adalah masa yang sesuai kerana selain dapat memanfaatkan masa siang yang panjang untuk menikmati keindahan tempat orang, kita boleh jer jamak takhir zohor/asar bila balik ke hotel nanti. Ambil peluang kemudahan yang Allah berikan kepada para musafir. Di London, makanan melayu di malaysian hall antara tempat wajib dikunjungi bagi yang mengidam masakan melayu yang semestinya sedap. Tak perlu pergi masa musim sejuk menggigil untuk merasa bermain salji bagi first timers sebab di Switzerlad seperti di puncak Mt. Titlis dilitupi salji sepanjang tahun. Kat kaki gunung punyalah panas lit2, but at the same time, salji tebal giler nun kat puncak gunung....subhanallah! Kami bermain salji 2 jam pun sudah puas walaupun diberi peluang bermain sehingga 4 jam kalau mahu.
|
dinner @Amsterdam : nasi goreng & ayam pedas kat Indonesian restoren |
|
annivesary surprise @Amsterdam : member belanja sebab kebetulan wedding annivesary masa tu |
|
lunch @Lake Titisee : rasa macam mentah jer salmon tu, tapi licin jugak sebab takde pilihan lain dah selain kebulur & yang terpenting.....mahal wooo!!!, terpaksa habiskan jugak... |
|
lunch @Zurich : buffet nasi kat Indian restoren |
Di Krabi dan Phuket, halal food tak menjadi isu langsung sebab majoriti penduduk di sana berugama Islam. Malah tom yam dan masakan siam yang lain memang original punya. Memang kena dengan selera orang kitaaku. Lagipun, inilah masanya nak merasa makanan di tempat orang. Masih aku teringat pancake di Krabi, nasi arab kambing di Hong Kong dan roti kebab di Baghdad Cafe, Colonge. Itulah sebabnya, maggi atau makanan dalam tin yang dibawa dari Malaysia selalunya tak pernah habis...
|
roti kebab @colonge : very big portion & sedap lebih2 lagi tengah lapar tak jumpa nasi untuk makan tengahari tu |
|
mango pancake @Krabi : macam2 perisa ada, rangup & tersangatlah sedapnya |
|
mango pancake @Krabi : biasanya tak hingin aku makan roti canai manis bersusu camni, but this one is too special & sooooo tasty that I have to make an exception....nyum2 |
|
nasi arab kambing @Hong Kong : sedap punya pasal, repeat lagi sekali the next day walaupun mahal sikit....nampak tak daging kambing dalam timbunan nasi tu? |
Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera dan jugak iman...moga pengembaraan kita diberkatiNya..... insyaAllah.