Cuti sekolah baru2 ni, aku
sengaja merancang untuk pusing2 sebelah utara ( Penang, Kedah, Perlis ) sambil
makan2. Selama ni tak pernah pun
terfikir nak buat camtu. Mungkin sebab
memang dah berasal dari utara kot. Alhamdulillah semua perancangan berjalan
lancar walaupun terpaksa melencong ke Shah Alam dulu sebelum balik ke Penang.
Pada hari perjalanan pulang,
kami ikut LPT dan singgah di Gambang R&R untuk breakfast. Dalam pukul 2 pm, berpandukan GPS, kami sampai
di Low Yatt plaza untuk tukar modem aku yang kena kilat 2 hari sebelumnya. Tanpa banyak soal, aku dapat modem baru sebab still under warranty. Kemudian terus bergegas ke Shah Alam melawat
saudara yang sakit, selepas selesai menunaikan solat di masjid besar Shah Alam
yang dah agak lama aku tak singgah.
Kemudian, pekena late lunch at
Zam Zam Restaurant. Not bad jugak rasa
nasi mandy lauk kambing dan ayam dia.
Setup restoren pun cantik, luas dan selesa. Since ada masa lagi dan alang2 dah dekat, aku
ambil kesempatan melawat saudara yang lain pula di Shah Alam jugak. Setelah sembang2 dan menunaikan kewajipan,
kami dibawa ke iCity berdekatan untuk makan malam. Bestlah jugak, esp. untuk anak aku, sebab kami tak pernah pun pergi ke iCity sebelum
ni walaupun dah lama berhajat.
Setelah puas pusing2 dan posing2
kami ke cawanagan restoren Al Rawsha
dalam iCity untuk makan nasi arab
lagi. Memang tak rugi walaupun perut
masih kenyang lagi sebab bagi aku rasa nasi mandy yang ini lagi sedap. Dalam pukul 11pm, barulah kami bertolak ke
Penang dan sampai dalam pukul 3 am lebih.
Walaupun keletihan, dalam pukul
11.30 am kami terus ke agenda yang pertama iaitu ke Penanti untuk makan laksa
campoq teloq lembik. Rata2 ahli keluarga
yang aku bawak kali ni sangat berpuas hati dengan laksa ni. Highly recommended. Lebih sedap daripada laksa campoq Kg Petani
yang aku makan dulu kat area Penanti jugak.
Kedai dia kecik jer tepi jalan opposite masjid Kg Pelet berdekatan jalan
ke Puncak Mutiara Café yang famous tu.
Setelah melawat seorang kenalan dan
homestay dia berdekatan, kami terus ke Kg Selamat, Tasik Gelugor, untuk pekena
laksa sotong pulak. Yang bestnya, kat
kedai ni jugak ada dijual bihun goreng
yang boleh dimakan bersama kuah laksa.
Tapai pun ada dijual yang rasanya pun boleh tahan walaupun terlebih
lembik dan manis. Namun, laksa beras ni juga
tak boleh menandingi laksa teloq lembik tadi.
Seterusnya,
kami ke Penaga untuk melawat saudara lagi sebelum ke Bagan Ajam untuk makan yongtaufoo
yang agak famous jugak. Nasib baik orang
tak ramai masa kami sampai dan masih ada tempat duduk kosong. Pelanggan semakin ramai beratur sebaik saja
kami membuat tempahan. Oklah jugak yongtaufoo
dia walaupun aku lebih gemar makan yongtaufoo yang ada sos punya, bukan jenis sup.
Day 3
Destinasi kami pada hari ini adalah Perlis. Pertamanya, terus menuju ke Mata Ayer untuk lunch at warung pokok sawa yang beroperasi bermula pukul 11 am. Disebabkan kami terawal 30 min, kami melencong dulu ke Tasik Melati berdekatan untuk berehat sambil bergambar. Tidak ada yang menarik sangat di sini selain tasik dan jambatan yang merentasi tasik. Kemudian, barulah kami berpatah balik ke warung pokok sawa untuk menikmati hidangan nasi campur lauk kampung yang sangat meyelerakan. Ikan keli goreng dan bakar memang sedap seperti yang disebut2 dalam beberapa blog yang aku baca. Majority makanan kat sini nampak biasa2 saja tapi sedap. This place is highly recommended kepada para penggemar masakan ala-kampung.
Destinasi kami pada hari ini adalah Perlis. Pertamanya, terus menuju ke Mata Ayer untuk lunch at warung pokok sawa yang beroperasi bermula pukul 11 am. Disebabkan kami terawal 30 min, kami melencong dulu ke Tasik Melati berdekatan untuk berehat sambil bergambar. Tidak ada yang menarik sangat di sini selain tasik dan jambatan yang merentasi tasik. Kemudian, barulah kami berpatah balik ke warung pokok sawa untuk menikmati hidangan nasi campur lauk kampung yang sangat meyelerakan. Ikan keli goreng dan bakar memang sedap seperti yang disebut2 dalam beberapa blog yang aku baca. Majority makanan kat sini nampak biasa2 saja tapi sedap. This place is highly recommended kepada para penggemar masakan ala-kampung.
Lepas tu, kami ke Gua Kelam 2. Ada
kemudahan keretapi masuk ke dalam gua ni, but sedang dalam penyelenggaraan for
improvement and safety reasons. Gua
Kelam 1 berdekatan pulak under maintenance after being hit by flood a few years
back. Receptionist kat situ kata,
keretapi yang rosak tu mungkin akan dibaiki setelah pembaikan Gua Kelam 1
siap.
Untuk masuk ke gua ini, kena
pakai khidmat tour guide disediakan dengan bayaran RM40 for a group of 10
people or less. Kena melalui terowong buatan
( laluan keretapi ) sepanjang ~600m sebelum sampai ke dalam perut gua. Satu pengalaman yang menarik jugak apabila
berada di dalam gua bekas lombong bijih timah sambil mendengar penerangan yang
disampaikan oleh guide kami. Perjalanan
ke dalam gua ini lebih santai, tidak seperti pengalaman aku ke gua di Tekam,
Jerantut dulu yang lebih sesuai untuk acara tembuilding. Malah kanak2 dan warga emas boleh turut serta
kali ini.
Seterusnya, kami ke Ladang
Anggur Perlis at Sg Batu Pahat. Tiket
masuk untuk dewasa RM2 dan kanak2 RM1. Teruja
jugak tengok buah anggur hitam dan hijau yang lebat bergantungan, tapi tak
boleh petik. Kalau nak makan, boleh beli
buah yang sudah siap dipek RM10 setengah kilo, tapi malangnya dah habis
diborong oleh pelawat yang datang sebelum kami.
So, kami cuma boleh pegang2 buah yang terjuntai sambil posing2. Kami sampaipun, dah dekat pukul 4 pm. Ladang ini dibuka untuk lawatan pada pukul 9
am hingga 6 pm dan ditutup setiap hari Isnin.
Hajat nak ke Ladang Harumanis berdekatan
pulak terbantut sebab off-season. Katanya buah2 baru saja habis dikutip 2 minggu
sebelumnya. Kemudian, kami melalui ladang tebu di Chuping. Aku nampak macam dah semakin mengecil
keluasan ladang tebu ni. Tak sehebat
yang aku tengok satu masa yang agak lama dulu.
Ramai orang makan mee udang banjir kat sini, tapi kami memilih untuk
makan nasi bersama ikan bakar, ikan 6 rasa, ikan masak warisan, goreng udang
dan sotong serta tomyam dan sayuran.
Ramai sungguh orang makan kat sini, tapi service dia not bad, kira cepat
jugaklah. Makanan diapun tak mengecewakan kecuali tomyam
yang kurang menjadi. Lebih enak dimakan
bersama 5 jag air buah termasuk 3 jag jus amra asam boi yang menjadi pilihan
aku lately bila balik kampung.
Day 4
Hari ini kami memilih untuk
berehat di rumah sahaja sambil merasai nasi lemuni untuk makan pagi dan gulai
ayam api2/mutiara/guinea fowl untuk lunch.
Sebelah malamnya, kami sambut harijadi sambil potong kek untuk anak
saudara aku bersekali dengan anak aku yang jatuh pada bulan yang sama.
Percutian kami diteruskan untuk
hari ini. Mula2 kami ke Ladang Anggur
Tasik Beris, Kedah yang memang dalam agenda aku. Ladang ini lebih besar dan lebih menarik jika
dibandingkan dengan the one kat Perlis tu.
This time, tiket masuk untuk dewasa RM4 dan kanak2 RM2. Agak mahal tapi boleh guna tiket yang sama untuk ke ladang syarikat sama kat Sg Senam.
Lebihkurang 12km saja dari Tasik Beris.
Tempat jual buah kat ladang di
Beris ni nampak lebih menarik dan bersungguh.
Siap ada jual T-shirt dan fridge magnet lagi. Kami bertolak ke ladang Sg Senam setelah
membeli beberapa kilo buah anggur, air, jelly serta fridge magnet. Kalau terpaksa memilih antara ladang di Perlis
atau di Kedah untuk dilawati, I would go for the Kedah one.
Seterusnya, kami menghadiri kenduri
kahwin di Pendang, Kedah. Sedap masakan
daging kerbau walaupun dibuat sup sahaja dan dimakan bersama nasi putih
kukus. Kemudian, misi pencarian laksa diteruskan. Kali ini kami pekena laksa ikan sekoq at
Mergong. Sedap jugak laksa dia yang
dihidangkan bersama sekoq ikan kembung beserta cendol pulut. Kuantiti laksa sikit, tapi boleh tambah
FOC. Kalau tak terkunyah tulang ikan dalam
kuah dia semasa makan lagi mengancam.
Since ada masa lagi, lawatan ke Pekan
Rabu masuk dalam agenda untuk hari ni.
Ramai sungguh orang ke sini, nak cari parking keretapun kena tawaf 2-3
kali. Kami beli pelbagai kuih tradisinal
seperti baulu, kuih karas, kuih loyang serta
kraftangan sebelum bertolak balik ke
Penang melalui Sg Petani ikut jalan lama.
Singgah makan malam di D’King Sg Petani for 2nd time. Kami order makanan yang lebihkurang sama
macam kami makan 2 hari lepas.
Day 6
Hari berikutnya, kami melawat member
suami-isteri serombngan ke Korea baru2 ni at Kepala Batas, Alor Star. Selepas sembang2 sambil menjamu selera yang
disediakan tuan rumah, kami menuju ke Kuala Kedah pula. Kali ini laksa Teluk Kechai yang disediakan
sedikit sambal kelapa menjadi sasaran. Unfortunately,
laksa ni macam jugak laksa janggus Balik Pulau, bagi aku a bit overrated. Cukuplah sekadar merasa sekali sahaja.
Kemudian kami ke Yan untuk
melihat jambatan Pulau Bunting yang terbengkalai yang aku terbaca dalam
internet. Ada kemudahan sewa motosikal
RM6 per ride untuk cross the bridge. Taklah cantik manapun, kira oklah, tapi
dah alang2 sampai dan terpaksa meredah jalan berbatu serta hutan kecil untuk
sampai ke sana, akupun sewalah motor tu.
Ramai orang memancing di sepanjang jambatan. Katanya ikan duri dan sembilang banyak di
situ. Ada juga pasangan pengantin yang
buat photo shoot. Mungkin pasangan tu local
and most probably kaki pancing kat jambatan tu jugak kot.
Sebelum sampai di rumah, kami
singgah di Kompleks Kailan, Kepala Batas untuk membeli jeruk buah Pak Ali,
which is one of ole-ole wajib aku bila balik Penang. Lepas tu beli pulak cucoq udang cicah di
kedai mamak berdekatan. Punyalah ramai
pelanggan walaupun hidangan dia simple jer.
Rasanya pun not bad, tapi lebih sedap lagi cucoq udang kat Penang
Road sana.
Day 7
Pagi tu, pergi beli sos
rojak pulak , another ole-ole wajib aku, kat Kepala Batas sebelum bertolak balik ke
Terengganu. Malah sempat singgah pekena mee
udang at Sg Dua lagi. Kali ini, aku mencuba
mee di kedai restoren Aur Gading.
Walaupun aku terpikat dengan kebersihan dan setting kedai yang menarik,
mee udang di restoren Pengkalan Tambang yang biasanya aku makan rasanya lebih
sedap sikit. Kami singgah untuk dinner masakan
ala-thai di Tanah Merah sebelum meneruskan perjalanan melalui LPT2 dari Kg. Gemuroh
ke Bukit Besi yang telah dibuka walaupun masih belum siap sepenuhnya.
All in all, JJCM sebelah utara
kali ini memang menjadi walaupun letih dan penat berulang-alik demi memenuhi
kesemua aturcara yang dirancang. Lawatan
ke gua dan ladang anggur boleh dijadikan acara untuk seisi keluarga, walaupun
kemudahan yang disediakan needed some improvement, esp. the one in Gua Kelam. Acara makan2 sudah tentunya menjadi agenda
utama bila ke utara. Kalau ada
kesempatan, aku nak repeat makan masakan ala-kampung di warung pokok sawa tu atau
makan laksa teloq lembik di Penanti lagi disamping merasai lain2 masakan utara
yang sudah semestinya sebati dengan selera aku, insyaAllah.