HOKKAIDO 2019 Day 0 & 1 : Sapporo
Assalamua’alaikum,
|
from Hokkaido with love |
Alhamdulillah, pada akhir tahun lepas, kami sekeluarga ke Jepun lagi buat
kali ke 3. Kali ini kami ke Hokkaido
pula untuk bermain salji sebagai matlamat utama. Perjalanan pergi adalah dari KUA & KUL melalui
KIX menaiki MAS sebelum bertukar ke JAL untuk ke New Chitose Airport manakala
balik adalah melalui Narita menaiki Peach Airline dan bertukar ke MAS untuk ke
KUL & KUA.
|
Susukino near Sapporo |
Sebaik melepasi immigration, kami terus ke tempat bagasi dan agak
terkejut melihat nama saya terpampang di signpost berdekatan. Rupanya bagasi kami tidak sempat dimasukkan
ke flight di KUL malam tadi akibat masa yang suntuk disebabkan flight delay di
KUA lagi. Kami diminta mengisi satu
borang dan diberitahu yang bag kami akan sampai esok hari bersama next penerbangan dan akan terus dihantar ke
hotel penginapan kami di Sapporo. Kamipun
terpaksa bersetuju dengan penerangan dan perancangan yang dibuat dan terus menuju
ke prayer room untuk solat subuh.
|
snow covered Susukino |
Setelah itu, kami makan breakfast ala kadar dan terus ke
JAL depature hall. Nasib baiklah kami
telah mengasingkan dan hand-carry sehelai seorang bajuk sejuk kerana telah
menjangka cuaca yang lebih sejuk di Sapporo nanti berbandig di Osaka. Bajuk
sejuk itu dan baju yang kami pakai sehelai sepinggang menjadi penyelamat untuk
2 hari berturut-turut. Alhamdulillah, bagasi
kami selamat sampai di hotel pada waktu petang hari ke 2 seperti yang
dijanjikan.
|
old looking streetcar |
Sebaik tiba di CTS, kami membeli cheesetart for lunch dan
juga ke kaunter JR untuk membeli siap2 train tiket ke Asahikawa beserta combo
tiket bas ke Asahiyama zoo including its entrance ticket. Pada asalnya
kami bercadang untuk menaiki bas sahaja ke Sapporo city kerana lebih mudah
apabila membawa 3 luggage yang besar.
Oleh sebab kejadian bag tertinggal itu, kamipun menaiki train Sapporo
kerana ianya lebih cepat. Sesampai di
Sapporo St., kami terus ke Daimaru Store next to the Sapporo St. untuk solat di
prayer room tingkat 3.
|
inside a subway |
Then, kami menaiki subway ke Susukino St. untuk ke hotel kami di
sana. Disebabkan tidak perlu menghantar
beg dulu ke hotel, kami terus mengambil streetcar ke Ropeway Iriguchi St. untuk
mengambil free shuttle bus ke Mt. Moiwa. Malangnya, disebabkan cuaca yang hujan dan
mendung sepanjang hari, visibility di atas sana amat mengecewakan, kami
terpaksa menaggguhkan niat untuk menaikinya.
Sebaliknya, terus berpatah balik ke hotel untuk check in.
|
delicious ramen inside |
Setelah berehat dan solat, kami turun dari hotel untuk mencari makan
malam. Kami makan di Restoren Ramen
Horyu yang terletak tidak jauh dari hotel.
Semasa sampai di kedai itu, kami terpaksa menunggu di luar kedai dan
beratur bersama2 sekumpulan rakyat Malaysia yang lain dan juga rakyat Thailand
kerana sudah penuh dengan pelanggan di dalamnya with limited seats
available.
|
spicy genghis khan |
Tidaklah lama sangat menunggu sebenarnya sebelum giliran kami tiba. Kami menikmati spicy Genghis Khan ramen yang
popular yang di kalangan pengunjung. Kemudian,
kami berjalan sekejap di Tanukikoji serta underground Pole Town dan terus balik ke hotel untuk mengumpul tenaga
yang hilang after a very long tiring day.
No comments:
Post a Comment