Saturday, 12 November 2011

Skyscraper

Assalamu’alaikum,
Banyak jugak bangunan tinggi yang aku pernah naik sepanjang pengembaraan aku.  Yang paling aku takleh lupa tentulah World Trade Center masa aku mula2 belajar kat US dulu.  Biasanya kalau gi new york orang akan naik Empire State building, tapi geng2 aku memilih untuk memanjat, or naik lif actually, the Twin Tower simply because it was the tallest building in New York , if not in the world akupun tak ingat, masa tu.  Yang lagi special sebab orang lain tak takleh naik lagi sebab dah hancur lebur masa tragedy 911 tu.  Aku jugak ada simpan gambar kenangan sebagai bahan bukti.

Masa kat Chicago pulak aku naik  Sears Tower which is the tallest building in the world masa tu sebelum beaten by the petronas twin towers.  Tapi la ni of courselah dah berlumba2 orang buat bangunan paling tinggi kat dunia ni.  Current tallest building in the world kat Dubai ke?
Petronas towers aku pernah naik sampai tingkat 44 kot yang paling tinggi.  Skybridge penghubung tower 1 dengan tower 2 pun tak pernah jejak.   KL tower pernah naik sekali, cukuplah kot.  Naik banyak kali pun nak buat aper?  Masa KOMTAR kat Penang tengah gah pasal paling tinggi di Asia Tenggara masa tu, akupun pernah jejak kaki kat atas tu.


CN tower kat Toronto, aku pernah naik 2 kali.  Sekali masa ronda2 tengah belajar dan sekali lagi masa business trip.  Masa 2nd time tu aku  gi Burlington actually, tapi lepas check in kat hotel, aku call taxi nak pegi downtown kata aku kat drebar tu dalam talipon,  kononnya nak bawa 2 orang lagi member aku naik CN tower sebab aku dah ada pengalaman dulu.  Bila taxi datang, terkejut beruk dia sebab Toronto tu lebihkurang 60km kot dari Burlington.  Dia ingat nak pegi shopping mall kat downtown area Burlington tu jer.  Akupun satu hal, tak ingat maksud downtown yang sebenarnya. You know what, semangat punya pasal and time is on our side, kami redah jugak sampai ke downtown Toronto.

Kat St Louis, Missouri aku naik the tallest arch building in the world la kot.  Bangunan tu macam bentuk arch tapi tinggi.  Lif dia pun special sikit disebabkan oleh bentuknya.  Masa naik tu kami jumpa satu family mat Salleh yang jakun macam kami jugak.  Rupa pakaian macam orang kampung dan slang cakap dia cakap macam cowboy gitu dan katanya dia pun 1st time naik.  Rupanya bukan orang melayu saja yang jakun, mat salleh sendiri pun 2X5.

Recently aku naik Q1 kat gold coast.  The tallest residential building in the world katanya. Takde ape2 sangat,  tapi special sikit sebab naik dengan anak dan bini aku.  First time bawa diaorang makan angin gi oversea,  target nak gi Europe, tapi disebabkan musim sejuk masa tu kat Europe, aku ajak dia orang gi Sydney dan Gold Coast.  Kami ikut pakej muslim. Oklah jugak sebab tak ramai dalam 13 orang jer from 3 families termasuk guide from Malaysia.. Bagi aku, rugi jalan musim sejuk ni sebab siang pendek.  Tak dapat nak menimati keindahan alam.  Kalau nak tengok salji jer takperlah.



The latest one tentulah Eiffel Tower masa aku pusing 6 negeri kat Europe baru ni. Tupun sampai tingkat 2 jer.  Al-maklumlah ikut pakej muslim jugak. Takleh nak memandai sendiri.   Pun tak ramai, dalam 13 orang jugak from 5 families kot.  Best jalan masa summer sebab lebihkurang pukul 9 pm baru maghrib.  Sempat jamak kat hotel jer.  Tapi of courselah kena bangun awal untuk subuh sebab lebihkurang pukul  4 am dah syuruk.  Lain kali aku bukak cerita pasal so call  pakej muslim ni… 

Bangunan tinggi senget pun aku pernah naik, tapi yang kat Teluk Intan tu lah.  That’s the first and only time aku gi jalan kat belah sana.  Mungkin satu hari nanti aku berpeluang  naik bangunan condong Pisa kat Italy nun….insyaAllah…bye2

 

No comments:

Post a Comment