Assalamu’alaikum,
Pada
cuti sekolah hujung May dan awal Jun lepas, kami sekeluarga ke Perth & also
to other popular tourist spots in Western Australia. Winter di WA officially bermula pada 1stJun.
So, cuaca just nice sebab suhu dalam early 20s degC di siang hari
manakala ia turun ke belasan degC pada malamnya.
|
Black Swan@Caversham Wildlife Park. |
Kami
berkereta dari Dungun dan bermalam di Salak Tinggi sehari sebelum flight ke
sana. The next morning, kami book
shuttle ke KLIA dan tinggalkan kereta FOC di hadapan hotel selama ~seminggu
sebab akan bermalam di tempat sama semasa balik nanti.
|
Joey@Caversham Wildlife Park. |
Flight bertolak pukul 9.30am dan sampai
di Perth ~5.5hrs later. Seperti di NZ,
immigration di Aussie very particular tentang barang makanan yang dibawa masuk,
tapi nasib kami agak baik kerana semuanya lepas tanpa banyak soal setelah kami declare
and provide printout of all food types and quantity yang penuh dalam satu
bagasi untuk memudahkan pemeriksaan kalau perlu.
|
Kangaroos@Caversham Wildlife Park. |
Bab visa senang pula sebab kami hanya request
online through individu yang direkomen dalam banyak travelog yang direfer. Ianya siap dalam ½ jam just through whatsapp
conversation and online banking serta lebih murah berbanding apply on your own.
|
Farm show@Caversham Wildlife Park. |
Selepas solat di bilik yang disediakan at
lower ground near the car rental counters, kami ambil teksi bermeter menuju ke
city center untuk ke City Stay Apt Hotel yang ditempah. Hotel ini amat popular di kalangan Malaysians.
|
Kaili's@Fremantle |
Oleh itu, tidak hairanlah ada tanda kiblat
di dalam bilik. Mungkin juga sebab Perth
adalah bandar Mat Salleh yang relatively paling dekat dengan tempat kita, maka
kami terserempak dengan orang Melayu bukan saja di hotel, but also at almost
all places yang kami singgah sepanjang di sana.
|
Fish 'n Chip@Kaili's |
Keesokan harinya, selepas breakfast di
bilik, kami berjalan kaki just around the corner untuk mengambil kereta sewa
yang telah ditempah. 1st
destinasi untuk hari itu adalan Caversham Wildlife Park. Tarikan utama di sini sudah tentulah kangaroo
dan koala.
|
Fisherman statue@Fremantle |
Berbeza
dengan tempat lain yang kami pergi seperti di Gold Coast, kaola di sini
dibenarkan disentuh dengan belakang tangan.
Setelah puas bergambar dengan koala, melihat farm show menggunting bulu
biri2 dan bermain dengan kangaroo pelbagai saiz dan warna yang bebas
berkeliaran, kami ke Mirrabooka untuk solat di Masjid At Taqwa.
|
Crawley Edge Boatshed@Swan River |
Kemudian, kami terus ke Fremantle untuk
lunch dan membeli souvenir. Kedai di
Fremantle dibuka hanya pada Fri, Sat & Sun dan parking adalah sangat susah
kecuali jauh dari tempat yang ditujui.
Setelah merasai the famous fish & chip di Kaili’s, kami bergerak ke
E-Shed market pula dan singgah di kedai Megabes untuk memborong key chains,
fridge magnet, t-shirts dll.
|
aka Blue Boathouse |
Sebenarnya banyak attractions yang boleh
dilawati di Fremantle, tetapi kami just ambil gambar sikit2 di beberapa tempat
sahaja dan terpaksa skip yang lain2 disebabkan kekangan masa. Lagipun dalam 5.30pm hari dah mula gelap since
dah nak masuk musim sejuk.
|
Welcome to Lancelin |
Di hari ke-3, tujuan utama kami adalah
ke Pinnacles Dessert dan Lancelin. Kami
bertolak selepas makan pagi seperti biasa dan menyusuri King’s Park yang akan
kami singgah di lain hari untuk ke Blue Boathouse terlebih dahulu. Kami
bergambar sepuas hati kerana tidak ada orang lain pada masa itu, tetapi parking
kereta berbayar almost 1km away.
|
Sand dunes@Lancelin |
Kemudian, kami ke Danish Patisserie untuk
membeli bekal croissant dan roti yang sedap setelah sesat pada mulanya
disebabkan GPS yang memberi direction yang kurang tepat.
|
Ladang biri2 otw to The Pinnacles |
Perjalanan ke Lancelin melalui Indian
Ocean Drive mengambil masa selama ~2hrs.
Kami menyewa sitting sand board di kedai Lucky 7. Setelah puas bermain bukit pasir yang putih
atau lebih kepada bergambar sebenarnya, kamipun makan dan solat di public park
nearby dan terus menuju ke Carventes.
|
Limestone formations within Nambung National Park |
Sepanjang perjalanan, tidak bayak kereta
yang kami selisih, ada juga ladang lembu
dan biri2 di kiri kanan jalan dan sesekali terserempak dengan kangaroo liar di
hutan or more like belukar dengan pokok2 yang rendah dan jarang2.
|
aka The Pinnacles@Cervantes |
Kami sampai di The Pinnacles ~2 hrs later
dan terus memandu ke kawasan dessert setelah membayar fees di kaunter
masuk. Setelah lebih 1hr di situ, kami
bertolak balik ke Perth melalui jalan lain iaitu Brand Hiway kerana nak drop by
Emu Downs Wind Farm. To be honest, tidak
ada apa sangat yang menarik di sini kerana wind turbines terletak jauh daripada
pandangan. No wonder kami tidak jumpa
orang lain ke sini.
|
Emu Downs Wind Farm@Cervantes |
Then, kami bertolak balik ke Perth dalam
kegelapan malam yang sunyi sepanjang jalan dengan perasaan takut terlanggar
binatang liar seperti kangaroo dsb. Rasa
lega bila sampai di bandar dengan selamat.
Kami singgah di supermarket Coles yang ditutup lewat lalu membeli bahan
sanwinches untuk bekalan hari esoknya.
cont to part 2 of 2....