Thursday, 28 November 2013

Sabah bah! 2013


Last but not least

Assalamu’alaikum,
Sabah merupakan satu2nya negeri dalam Malaysia yang belum pernah aku jejaki sehinggalah cuti Raya Haji baru2 ini.  Percutian ke Kota Kinabalu dan Kundasang selama 4D3N bermula dari TGG ke LCCT  seterusnya ke BKI.  Aku dan family nyaris2 tak dapat check-in baggage di LCCT gara2 salah sendiri kerana jarak masa yang terlalu singkat between flights.  Namun, akhirnya kami dapat meneruskan destinasi kerana kesudian AirAsia crews yang masih boleh bertolak ansur dalam keterpaksaan.  We should learn from this experience for our future travel.
Selesai saja urusan kastam di BKI Terminal 2, aku terus mendapatkan kereta sewa daripada isteri tuan punya yang sudah lama menunggu dan kelihatan agak runsing kerana kelewatan aku berurusan dengan kastam tadi disebabkan ramainya orang.  Memang aku berpuashati dengan kereta myVi auto yang ditempah lebih awal.  Tanpa paperworks dan tanpa banyak soal, kunci kereta diserahkan kepada aku.  Begitu juga mudahnya semasa kereta itu dipulangkan. 
Selesai mengisi minyak kereta, kami singgah di masjid negeri untuk solat serta makan tengahari di bangunan MUIS berdekatan.  Berpandukan GPS yang dibawa sendiri, kamipun bertolak ke arah Kundasang .  Dalam perjalanan, kami berhenti di  Rumah Terbalik Tamparuli.  Tidak banyak keistimewaannya selain dibina terbalik kerana ianya bukanlah yang pertama di dunia walaupun kami pertama kali melihat rumah seumpama itu.  

Tidak jauh kemudian, kami singgah pula di Pekan Tamparuli untuk menaiki dan bergambar di Jambatan Gantung Tamparuli.  Ianya terletak di laluan lama menyebabkan kami terpaksa berpatah balik kerana mengikuti laluan baru.  Ianya kelihatan usang, tapi masih boleh digunakan dan dikekalkan sebagai bahan sejarah penduduk setempat.   
Kami terus menuju ke Mesilau untuk malam pertama di bumi bawah bayu ini.  Lebihkurang pukul 7 mlm, kamipun sampai di hotel penginapan.  Kami makan di hotel saja pada malam itu.  Kedudukan hotel ini memang  strategik tetapi agak rugi tidak diambil kesempatan akan cuaca persekitaran yang dingin untuk menampilkan landscape yang lebih menarik.

Esoknya, kami ke Desa Dairy Cattle Farm yang bedekatan dengan hotel.  Cantiklah juga pemandangan ladang lembu yang ala2 ladang di NZ  berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang tidak berapa kelihatan disebabkan cuaca berkabus dan mendung.  Kemudian kami terus bergerak ke tagal Kg Sungai Moroli.  Banyak kelihatan ikan kelah hijau yang jinak dan menggigit  kaki seolah2 mengurut, tetapi gigitan ikan lampam sedikit kurang selesa.   

Kemudian kami ke Sabah Tea Garden next door untuk membeli sedikit teh sebagai ole2 untuk kawan2 dan keluarga.  For a tourist spot, the route surface condition from the main road to the garden needs much improvement.  Seterusnya kami berpatah balik ke Kundasang.  On the way, kami melencong ke Poring Hot Springs bukan untuk merasai air panasnya, tetapi ingin melihat spesis bunga terbesar dunia iaitu rafflesia.  Namun, kami hampa kerana tidak ada langsung kelibat bunga padma yang blooming pada ketika itu.

Selepas berhenti sebentar di Pekan Ranau untuk lunch dan solat, kamipun meneruskan perjalanan ke pekan Kundasang untuk ke Kinabalu Park.  Nasib sekali lagi tidak menyebelahi kami, kerana sepanjang pendakian kami untuk ke tempat permulaan check point para pendaki gunung, hujan turun dengan lebatnya.  Jadi, kami cuma berhenti sebentar di Timpohon check point untuk ambil gambar persekitaran.  Kelibat gunung Kinabalu memang tak nampak langsunglah.  So, no point stopping at any other view points along the road. 
Selepas itu, kami memandu balik ke arah Kota Kinabalu untuk agenda seterusnya.  Lepas check in dan solat, kami berjalan ke pasar untuk makan malam.  Sudah tentunya ikan dan makanan laut yang famous di sini menjadi menu utama malam itu.  Banyak pilihan ikan bakar yang menyelerakan terdapat di sini yang sedap dimakan bersama nasi putih, ulam rumpai laut cicah air asam/belacan/sambal.  Kami berjalan pulang ke hotel setelah membeli sedikit cengkerang laut untuk hiasan. 
Pada hari berikutnya, kami ke Pulau Mamutik dan Pulau Manukan.  Kami menyewa khas bot yang dicadangkan oleh pengusaha bot di Jesselton Point jetty untuk ke dua pulau sahaja kerana mahu pergi awal dan pulang sebelum tengahari agar aku dapat ke masjid bersolat Jumaat pada hari itu.  Pemandangan di pulau2 tersebut tidak mengecewakan dengan air yang jernih dan pantai yang agak bersih.  Namun, aku sedikit terkilan melihat sampah sarap dan plastic dalam laut semasa aktiviti snorkelling.  Batu karangpun dah tak berapa nak ada.  Cuma sedikit yang masih hidup serta berkedudukan agak jauh dari pantai.  

 Setelah pulang dari pulau dan solat, kami menuju ke Salut pula untuk merasai lokan panggang dan puding buah kelapa.  Banyak masa dihabiskan untuk mencari tempat ini kerana tersesat walaupun sudah bertanya orang dan menggunakan GPS.  Namun berbaloi kerana memang enak lokan dan puding yang dimakan bersama nasi goreng.  Apatah lagi, kami sudah kelaparan sejak tengahari lagi.  Dalam perjalanan ke Salut juga, kami sempat singgah untuk bergambar di depan bangunan Yayasan Sabah
Dalam perjalanan balik pula, kami singgah di masjid terapung berdekatan Universiti Malaysia Sabah sebelum  bertolak balik ke bandar Kota Kinabalu untuk makan malam di tempat sama tetapi di gerai yang berlainan pula.  Kami makan ikan, udang besar dan  lobster bakar dengan harga yang agak berpatutan.  Setelah membeli sedikit buah tangan berupa loket mutiara, butang baju, fridge magnet, ikan masin dan kayu tas, kami bergerak pulang ke hotel.

Pada hari terakhir kami di Sabah, kami membuat keputusan mengunjungi Lok Kawi Wildlife Park memandangkan masih ada banyak masa sebelum flight balik tengahari itu.  Lagipun, tempatnya tidak berapa jauh dari Kota Kinabalu.  It turns out to be a memorable trip, walaupun binatang2 yang terdapat di situ biasa2 saja selain monyet belanda.  Apa yang sangat menarik di sini adalah pertunjukan binatang yang menghiburkan for both children and adults alike.  Kami sempat juga singgah di pantai Tg Aru yang berdekatan dengan airport.  Selepas itu, kami bertolak terus ke BKI Terminal 2 untuk penerbangan ke semenanjung. 

Kesimpulannya, percutian ke Sabah agak memuaskan dengan beberapa tarikan menyeronokkan walaupun tanpa kelibat bunga rafflesia mahupun puncak kinabalu yang tidak kelihatan dengan jelas.  Few shortcomings were compensated by Sabahan yang rata2nya quite friendly.  For those reasons, we would certainly like to go back there in the near future, insyaAllah.