Assalamualaikum,
Sempena cuti weekend 3 hari termasuk cuti Wesak pada hari Ahad, 6/5/12,
aku dan family sempat buat satu trip spontan ke Rompin dan Endau.
Lebih tepat lagi, kami spent a night in Kuala
Rompin and another night on Kelong Acheh.
Sasaran kami adalah makan udang galah di Leban Chondong , kemudian
bersantai atas kelong sambil memancing.
|
udang galah kat Leban Chondong |
|
sempadan Pekan/Rompin |
|
pelbagai masakan udang galah ada di sini |
|
tempat tidur di kuala rompin |
Aku kata trip ni spontan sebab actually aku berhajat nak menghabiskan
masa ke selatan tanahair melalui Pekan
untuk makan murtabak Mengkasar dan
seterusnya ke Batu Pahat pekena beriyani gam atau ke Ayer Itam beli
pasu/kerepek serta ke Muar makan mee bandung.
|
kedai makan kat Pantai Hiburan |
|
ikan sebelah dibakar |
Tiba2 aku teringat Kelong Acheh yang dah 2 kali aku terlepas peluang nak
ikut saing2 ke sana dulu due to some reasons.
Bila aku search and blogwalking, rupanya kanak2 pun boleh jugak ke Kelong Acheh. Apa lagi, akupun terus booking untuk 1
malam. Lagipun, dah lama joran aku terperap kat dalam stor.
|
jetty kg penyabong |
Pukul 7 am, kami terus gerak ke Kuala Rompin sambil try GPS
baru walaupun aku dah tahu jalan dan pernah
ke sana dulu. Singgah sarapan nasi lemak/roti telur di Kemaman. Pukul 11.30 am dah sampai Leban Chondong.
Makan tengahari udang galah pulak ( 2 ekor for RM30 ! ). Lepas tu, terus check in kat Rompin Beach
Resort sebelum sembahyang jumaat di masjid berdekatan.
|
kelong view from our boat |
|
overall kelong view from our boat |
Petangnya, kami makan ikan bakar di Pantai Hiburan
berdekatan dan terus balik ke hotel untuk berehat dan tidur awal, Lagipun, dah takde tempat menarik nak di
explore. Esoknya, lepas sarapan awal at
7.15 am, terus check out dan travel another 45 min to Jetty Kg Penyabong. Kali ni GPS baru aku tu memang diperlukan dan
sangat2 membantu.
|
bilik dorm tingkat atas atau bawah |
Pukul 8.45 am, kami dah sampai Kg Penyabong dan terus menaiki
bot ke kelong yang memang sedia
menunggu. Actually, tukang bot kata dia
sedang tunggu pelanggan dalam 40 orang sejak pukul 8 am lagi. Aku pula memang janji nak naik bot pukul 9 am
masa booking dulu.
|
kelihatan pukat umpan di tengah kelong |
|
yang color biru tu bilik air |
Since muka yang lain
tak nampak lagi, tukang bot bawak kami 3 beranak dulu ke kelong which is only about 20
min rides from the jetty. Aku baru tahu
rupanya kita boleh naik bot atau check in kat kelong tu anytime between 8 am to
6 pm. Just inform the owner in advance.
|
pelanggan yang baru datang |
|
tokey kelong dah nak balik rumah |
Kami disambut oleh tokey kelong yang peramah. Orang tak ramai sangat masa tu, tapi tak lama kemudian pengunjung mencecah lebih 100 orang. Memang
ramai dan meriah sebab cuti weekend yang panjang. Mostly Johorian and Singaporean, aku rasa la,
dengan alat memancing yang nampak pro mahupun amatur walaupun hasilnya belum tentu. Kalau weekdays, mungkin taklah seramai
ni.
|
anak ikan boleh dibuat umpan |
|
surau untuk kemudahan pengunjung |
Aktiviti utama tentulah memancing. Siang hari, teknik memancing guna Apollo
memang diperlukan untuk menaikkan umpan hidup seperti anak kunyit dan
tamban. Umpan sotong dan udang juga
disediakan secara percuma. Antara ikan
yang dinaikkan ( oleh orang lain! ) semasa aku di sana adalah tenggiri, tuka,
parang, todak dan kerapu.
|
mee goreng untuk makan petang |
|
set lunch for 3 people |
Pukul 12.30 pm, makanan tengahari secara hidang
disediakan. Pada pukul 4.30 pm, mee
goreng pulak disajikan. Makan malam pula dihidangkan pada pukul 7
pm. Makanan memang sangat sedap,
menyelerakan dan bagi aku, merupakan antara tarikan utama ke sini selain
memancing.
|
hot laichikang for supper |
|
hidangan makan malam |
Air oren sejuk serta teh/kopi panas pula free flow sepanjang
masa. Tak cukup dengan itu, laichikang
panas dan nasi goreng pula diberikan untuk supper bermula 9.30 pm. Sebab tu, tak dapat ikanpun, masih dikira
berbaloi dengan RM150/person yang dikenakan.
|
tempat makan yang sederhana namun selesa |
|
macam kat asrama |
Tak ramai yang memancing selepas tengah malam. Mungkin sebab kepenatan kot. Umpan hidup
hasil pukat di tengah kelong pula
dinaikkan pada pukul 9 pm untuk kegunaan semua. Aku masuk tidur dalam pukul 1 am selepas
habis separuh masa pertama Piala FA antara Chelase dan Liverpool yang
ditayangkan di Astro.
|
tempat makan nite view |
|
ruang memancing yang luas |
Nak tidur awal lagipun bukan boleh lenapun dengan pekikan
suara sumbang karaoke just sebelah bilik aku. Lepas tu, barulah nyenyak tidur diulik tiupan
angin daripada kipas yang berfungsi daripada pukul 7 pm hingga 7 am
sahaja. Mandi pagi pun selesa dengan
jumlah bilik air yang banyak serta bekalan air tawar
daripada Pulau Acheh berdekatan, tak perlu berebut2.
|
astro pun ada |
|
suasana malam di kelong |
Selepas subuh, layan lagi memancing sebelum sarapan nasi
lemak pada pukul 7 am. Sambung lagi
memancing sehingga check-out pada pukul 10 am.
Masa balik, singgah makan udang galah di tempat sama di Leban Chondong,
tapi di gerai yang lain pula ( kali ni seekor for RM25 ! )
|
nasi lemak yang sedap |
|
pekena udang galah lagi sekali |
Kesimpulannya, aku sangat puas hati dengan percutian spontan
kali ini. It turned out to be one of the
best cuti-cuti Malaysia yang agak lain daripada yang lain. Kalau ada rezeki,
aku nak repeat lagi , insyaAllah.