Monday, 26 March 2012

Not really winter sonata 2012

Assalamu’alaikum,

Alhamdulillah, pada pertengahan March yang lepas aku sekeluarga  berpeluang melancong ke South Korea.  As always, ikut package muslim lagi.  Masa nak pergi, aku tak bawa kereta, tetapi ambil teksi dari rumah ke airport sebab masa balik nanti, aku akan turun kat airport lain pulak due to flight timing.  Sampai awal sejam lebih di KUA, terus check-in luggage direct to Incheon.  Sampai di KLIA, takyah keluar dah ke departure terminal, tapi terus transfer ke international flight.  Sebelum tu, sembahyang jamak dulu , then had early dinner kat satellite building.  Masa makan tu, baru jumpa dengan tour leader for the first time.  
Berjumpa dengan sebahagian kecil ahli2 rombongan yang lain yang berjumlah 19 orang semuanya termasuk leader sebelum flight ke Incheon bertolak 3 jam kemudian.  Kami dihidangkan dengan tuna sandwich pulak sebelum diberi proper dinner and also breakfast 2 jam sebelum mendarat.  Perjalanan 6 jam tak terasa sangat sebab banyak tidur dan inflight entertaintment tak secanggih masa flight aku ke Sydney dulu.

Sampai di Incheon, kami disambut oleh local Korean agent, Mr Jack.  Masa ni, barulah berjumpa sambil berkenalan dengan kesemua ahli rombongan.  Perbezaan masa cuma sejam lebih awal dari Malaysia.  Walaupun towards the end of winter, cuaca masih sejuk, bawah 10 C dan masing2 mengenakan jacket tebal yang dibawa.  Semua menaiki bas dan terus bertolak ke destinasi pertama, Nami Island.  


Actually, tak ikut susunan itinerary sangat, tapi yang pasti cover semua as promised walaupun terkejar ke sana ke mari tak cukup masa.  What do you expect kan?  Ikut package, inilah kaedahnya and being melayu, punctuality is very challenging.  Mr Jack hanya mampu tersengih bila ada antara kami yang terbabas daripada masa yang diperuntukkan  hampir di setiap occasion.
Dalam perjalanan ke Nami Island, dapatlah kami menikmati pemandangan Korea for the 1st time for almost all of us.  Kebanyakan pokok masih togel tak berdaun.  Salji tak kelihatan, tapi masih ada sisa2 bila sampai di Nami Island.  The island is accessible by a short ferry trip which is located in the middle of a river.  Oklah jugak pemandangan kat pulau ni,  lebih2 lagi kepada peminat cerita winter sonata.  Walaupun aku tak pernah tengok cerita tu, aku boleh bayangkan keindahan pulau ni semasa winter.  Ramai jugak pelancong lain esp. Malaysian datang kesini rupanya.
Kemudian kami bergerak ke detinasi kedua, iaitu lunch dan aku merasa kimchi for the 1st time.  Aku boleh makan, tapi tak berapa suka rasanya.  Nasib baiklah ada bekalan sambal bilis yang dibawa oleh tour leader sebagai penambah selera.  Lepas tu pergi shopping kat Chuncheon.  Tak berapa menarik sangat tempat ni, tapi anak aku sempat lagi dapat sneaker baru kat sini.  Sembahyang dulu kat City Hall sebelum bertolak ke tempat penginapan kami di Mt. Seorak.

Perjalanan melalui banyak highways, tunnels and bridges.  Semakin dekat dengan destinasi, semakin bayak kelihatan snow yang masih berbaki.  Pemandangan sepanjang jalan memang cantik with snow-capped mountain.  Mr Jack kata orang Korea suka panjat gunung dan tidur atas sana sebelum cross over to the other side.  Kami sempat singgah kat satu tempat untuk bermain snow dan bergambar berlatar belakangkan gunung2 tu. 
Banyak jugak kelihatan ikan kering yang dijemur yang ditangkap di Alaskan sea, kata Mr Jack.   Kami pun singgah untuk beli sikit sebagai buah tangan.  Then, singgah kat satu kedai for seafood dinner and more kimchi.  Selepas makan, beli strawberry dan limau kecil yang manis untuk bekalan di hotel.  Mr Jack bagi present sekotak seorang mengandungi sudu panjang trademark orang korea  serta chopstick.  Check-in kat Kumho Seorak Resort for one night stay only which is a 2-room apartment beserta dapur memasak complete with pinggan magkuk.

Hari kedua tu, aku turun awal ambil gambar sekitar hotel sebelum  naik semula ke bilik pekena maggi yang dibawa.  Ingat tak nak makan kat hotel tu dah.  Alih2, tour leader datang ke bilik cakap ada set breakfast pukul 8 am.  So, kami pun turun lagi makan roti dan telur yang dihidangkan.  Seterusnya, check out daripada hotel menuju ke Teddy Bear Farm berdekatan.  Mungkin anak aku paling enjoy kat sini sebab dia sorang jer kanak2 dalam rombongan kami.  Setelah puas posing bersama pelbagai teddy bear kat situ, kamipun bertolak ke Seoraksan National Park.
Rupanya kat sini memang banyak lagi salji.  Ambil group photo kat sini.  Sempatlah kami berlari2 malah ada yang berbaring2 atas salji tu sambil berposing.  Tempat ni antara yang paling best bagi aku sebab aku tak expect langsung ada salji dalam trip kali ni.  Kira bonuslah kot.  Ada cable car untuk naik ke puncak gunung, tapi tutup haritu due to windy condition.  Lagipun, memang cable car ni tak termasuk dalam package kami ni.  Mr Jack kata park ni memang cun giler dan lebih  ramai orang berkunjung bila musim bunga nanti.
Kemudian, bertolak ke Deapohang seafood market.  Banyak dan pelbagai jenis ikan sebelah kat sini disamping ketam, siput, sotong dan ikan2 yang lain.  Semuanya hidup2 lagi pulak tu.  Lepas tu, pergi lunch di restoren berdekatan.  Sembahyang sekali di situ sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, Yeoju Premium Outlet.  Aku tak sempat nak beli apa pun dengan masa yang diberi.  Window shopping jerlah.  Then, bertolak ke green house strawberry farm.  Taklah jakun sangat sebab dah biasa tengok kat Cameron Highland.  Kemudian, lintas jalan for salah satu activity wajib which is kimchi making and hanbok wearing.  Lepas tu, dinner dan terus check in kat Hang Kang Hotel for 2 night stay. 
Seperti biasa, aku akan turun awal untuk ronda2 dan posing2 sekitar hotel sebelum breakfast dan bertolak ke Everland Resort.  Sejam kemudian, sampailah di Everland.  Ambik group photo lagi dan semua ikut Mr Jack ke Safari World.  Sebelum tu, Mr Jack tunjuk tempat untuk sembahyang nanti.  Hanya kami 20 orang concur satu safari bas melihat lion, tiger, liger ( bapak lion, mak tiger ) dan bear yang besar2.  Then, we went separate ways after that, and my family went for Amazon ride.  Aku tertinggal camera masa nak keluar dari sini, tapi nasib baik pekerja dia sempat bagi balik sebelum aku bergerak jauh.  Keringkan baju dan pungung yang basah dulu sebelum bergerak ke Animal wonder world untuk melihat giant tortoise dan jugak polar bear.
Beli dan makan popcorn sambil berjalan2 sebelum menaiki  flume ride with my brave daughter.  Wife aku tunggu kat bawah tolong ambik gambar.  Lepas tu layan anak aku naik beberapa lagi kiddie rides sebelum melalui  tulip and rose garden yang masih tengah sibuk in preparation.  Nak patah balik sembahyang kat tempat Mr Jack tunjuk tadi, rasanya tak sempat.  Lagipun tak sure pulak arah dia.  So, kami sembahyang dekat entrance rose garden yang masih tutup, agak tersorok  dan takde orang lalu lalang.  Ada toilet pulak tu untuk ambil wuduk.
Kemudian, kami bergegas ke meeting point yang ditetapkan.  Masa 4 jam yang diberi memang tak sempat nak cover Everland ni.  Beli popcorn lagi sebab lapar dan makan tengahari tak disediakan.  Ambil gambar lagi sementara menunggu yang lain datang.  Then, terus ke Dongdaemun for shopping.  Wife aku pulak sempat beli kasut kat underground shopping.  Seterusnya, kami ke famous Cheonggyecheon stream yang berdekatan just for pictures.  Lepas tu, makan buffet dinner at Indian Restaurant sebelum bertolak balik ke hotel.  Lega dapat makan kari serta nasi yang bukan macam pulut tu.
 
Hari keempat, lepas sarapan roti dan telur kami check out dan terus ke Blue House.  Ambil gambar kat luar jer, tapi ada related gallery berdekatan yang menarik jugak.  Lepas tu,  masuk ke Kyongbok Palace berdekatan.  Kat dalam tu, ada Korean National Folk Museum yang banyak info menarik tentang Korea.  Then, continue walking around the palace with explanation given by Mr Jack before taking another  group photo.  2 jam jugak spent kat dalam palace tu.  Lepas tu pergi ke destinasi wajib lagi, ginseng factory.  Aku beli  sikit yang powder punya sebab dah alang2 sampai dan aku dengar orang kata ( selain cakap salesgirl kat situ ) ginseng korea ni memang terbaik.
Lepas tu, went for set lunch at another Indian Restaurant.  Dia hidang roti jer, takde nasi. Kenyanglah jugak.  Kemudian pergi lagi ke destinasi wajib, iaitu amethyst factory.  Pandai pulak anak aku minta necklace.  Akupun belilah satu yang paling kecil dan paling murah yang ada kat situ just for kenangan.  Dalam perjalanan tadi, kami passed by N tower which is not in the  itinerary.  Lepas tu ke cosmetic shop pulak.  Not buying anything here, just looking2 only.

Kemudian, pergi  ke Namdaemun and Myeongdong for shopping.  Masa tu hujan renyai2 as forecasted.  Kebanyakan kami ikut tour leader ke kedai  brooch dulu sebelum berpecah.  Sempat jugak beli handbag for mum and get more sourveniors at underground shopping.  Actually for me, this is the place for sourvenior shoppings sebab murah sikit selepas tawar-menawar (walaupun macam ayam cakap dengan itik ) kalau nak dibandingkan harga di tempat aku shopping sebelum ni.  Malangnya, masa yang diberikan memang tak sempat nak menghabiskan duit yang dibawa.  What to do….package tour!
Then, went for dinner at halal restaurant at Itaewon.  Pray at nearby mosque sebelum bertolak ke Royal Incheon Hotel untuk malam terakhir di Korea.  Beli drink from vending machine at hotel sebab dahaga dan nak kurangkan syiling korea yang ada sebelum balik.  Sebelum tidur, packing elok2 sebab dah nak balik esoknya.  Tak banyak sangat beli barang, tapi still tambah satu lagi luggage as expected.

Hari terakhir, checkout very early sebab tak breakfast di hotel,  tapi makan kat satu kedai on the way ke airport.  Ok jugak makan noodle tu sebab rasa dia macam laksa.  After that, terus gerak ke airport.  Check in luggage direct to TGG which is dalam 50 kg jer for 3 people.  Say goodbye to Mr Jack and passed through the immigration smoothly.  Berbeza dengan pengalaman aku melalui immigration di Sydney dan Hong Kong dulu , takde masalah langsung kat sini, sama macam datang itu hari tu.  Masukkan coat tebal into standby bag dan jalan2 lagi kat duty free shop for last minute shopping.  
Bila aku sampai pukul 9. 30 pagi nak naik flight, aku hairan tengok orang dah beratur panjang nak masuk flight.  Rupanya dah pukul 10.30 pagi waktu Korea, tapi jam aku masih tunjuk waktu Malaysia.  Nasib baik aku tak sambung jalan2 shopping2.  Tapi, yang bestnya kami boleh potong que sebab bawa budak kecik.  Lunch nasi on flight dan ada kimchi lagi.  Makan petang pulak dia bagi egg sandwich.
 
Dah sampai kat KLIA, misunderstood tentang  time lagi.  Masa banyak lagi, tapi aku rush through the immigration to transfer to domestic fligt.  Terkilan jugak tak dapat say goodbye pada yang lain.  Sembahyang zohor/asar dulu and had early dinner  ayam goreng, nasi ayam dan mee kari at Marry Brown sebelum naik fligt ke TGG.  Dah sampai, sembahyang magrib/isyak dulu sebelum ambik teksi.  Sampai rumah dah pukul 11.30 malam.
In summary, memang best dan berbaloi  walaupun penat berkejar kesana-kemari dan singgah sekejap2 sahaja kat tempat2 lawatan walaupun kalau ikut hati, aku nak spent masa lebih lama kat sesuatu tempat, esp. for shopping… but as expected this is package tour, no need to complain.  Nak lebih puas dan nak elakkan ke tempat wajib yang kadangkala membosankan,  kena datang sendiri2.  For sure, Korean are definately very friendly dan jalanpun tak kelam kabut compared to Hong Kong people.  Kebersihan kat sini memang memalukan dan mengalahkan orang kita.  Yang aku perasan, punyalah ramai orang kita bercuti  ke Korea.  Almost semua tempat yang kami pergi, there will be another group of Malaysians there too.  Kalau ada peluang, aku nak datang lagi ke sini bukan masa winter, tapi pada musim bunga atau luruh pulak dan pergi ke Jeju Island sekali, InsyaAllah