Tuesday 8 January 2019

Autumn 2018 in Nara & Kobe



red maple
Hari ini, kami merancang ke Nara dan juga Kobe.  Untuk ke Nara, kami menaiki Kintetsu Nara Rapid Express di Tsuruhashi station kerana ianya berdekatan dengan tempat penginapan kami.  Nara Park juga lebih dekat dari Kintetsu Nara station berbanding dari JR Nara station. 
oh deer!
Sebaik sampai di Nara, kami berjalan menuju ke arah Todaiji temple melalui Kofukuji temple dan mengambil jalan belakang yang lebih jauh untuk menikmati lebih banyak autumn leaves berwarna merah dan kuning. Rusa2 pun banyak berkeliaran di sepanjang jalan dan semakin banyak apabila kami menghampiri Todaiji temple.  Orangramai bertumpu di sini sambil memberi makan rusa.  Kami juga turut membeli makanan rusa yang dijual untuk tujuan tersebut.
deer territory

Kemudian, kami berjalan balik ke Kintetsu Nara station.  Kami singgah di Nakatanido berdekatan dengan train station dan bepeluang melihat demonstrasi Mochitsuki sebelum membeli mochi yang sedap dimakan panas2.   Kami juga membeli key chain dan fridge magnet di kedai berhampiran serta bergegas ke train station untuk ke destinasi seterusnya demi memaksimakan penggunaan waktu siang yang singkat.
yellow red green
Kami menaiki train direct ke Kobe tanpa perlu berhenti di Osaka.  Sebaik sampai di Sannomiya station, kami terus membeli tiket city loop bus untuk ke Kobe mosque.  Selesai solat, kami mengambil late lunch di restoren halal berhampiran.  Oleh kerana hari sudah gelap, kami bergegas menaiki loop bus yang terakhir untuk ke Kobe Tower just untuk bergambar di kawasan sekitar.
inside kobe mosque
Oleh kerana ingin merasai shinkansen buat kali pertama sambil menfaatkan Kansai Hiroshima pass yang dibeli, kami ke Shin-Kobe station for a short ride back to Shin-Osaka station.  Kami menukar train ke Osaka station dan seterusnya ke Tsuruhashi station untuk balik ke hotel.  Kami perlu berehat dan ada seharian lagi esoknya untuk meronda di Osaka sebelum ke Hiroshima pula yang diceritakan di sini.
kobe port tower
go back to OSAKA

No comments:

Post a Comment