Thursday, 12 April 2018

Early Spring in Paris, Brussels & Amsterdam - Part 2 of 2

Continue from Part 1 of 2

Day 4 : Paris - Brussels
Setelah makan pagi, kami checkout daripada hotel menuju ke Gare du Nord untuk menaiki keretapi laju Thalys.  Keretapi sampai seperti jadual dan kami menaikinya setelah melalui pemeriksaan keselamatan yang simple.  Tiket hanya diperiksa di dalam train semasa keretapi sedang bertolak ke next destinasi.  Free wifi, charging station dan beberapa kemudahan asas disediakan untuk keselesaan penumpang.  Kelihatan salji memutih sepanjang perjalanan tetapi semakin berkurangan apabila memasuki Belgium. 
last snow for the season
Kami sampai di Bruxelles Midi station ~1½ jam kemudian.  Dengan menggunakan tiket Thalys, kami menaiki pula mana2 local train ke Central Station yang memakan masa tak sampai 5min.  Setelah bertanya arah ke Grand Place, kami mengheret beg2 kami mencari hotel yang ditempah yang tidak berapa jauh.  Cuma masalahnya ialah kami kena ambil kunci di satu tempat manakala hotel yang sebenarnya di satu tempat yang lain.  About ~2km away from each other.  Hotel kali ini merupakan sebuah apartment lengkap dengan peralatan dapur termasuk coffe maker.  
in front of Bruxelles-Central
Selepas makan dan solat, kami berjalan semula ke Central Station untuk menaiki metro line 5 ke Atomium menuju Beekkant station dan bertukar ke metro line 6 to go to Heysel / Heizel station. Kami menggunakan 24hr tiket untuk kelancaran perjalanan walaupun sedikit mahal.  Kami berjalan ke arah Atomium yang tidak jauh dari situ. Setelah puas bergambar di sekeliling struktur atom itu, kami menaiki tram located bersebelahan dengan metro station.  
organic chemistry
Kami menuju ke Schuman station untuk ke Parc du Cinquantenaire.  Di sini terdapat the Great mosque of Brussels dan museums.  Kami berjalan merentasi taman ini sehingga melewati Arcade du Cinquantenaire untuk ke Merode station.  Kami naik metro ke De Brouckere station untuk ke Grand Place.  Hasrat untuk ke Mont des Arts dan Royal Palace of Brussels dibatalkan kerana tidak cukup masa dan haripun semakin gelap.  Kami bergambar dengan banyaknya di sekitar Grand Place sebelum mencari Manneken Pis tidak jauh dari situ.
jubilee park
Kemudian kami berpatah balik merentasi Grand Place untuk ke Galeries Royales Saint-Hubert dan seterusnya ke Jeanneke Pis nearby.  Kami singgah di sebuah gift shop kepunyaan a Pakistani untuk membeli keychains, fridge magnets, t-shirts dan juga beberapa kotak Belgium chocolates yang sedap serta dijamin halal oleh pekedai.  Akhirnya, kami berjalan balik ke hotel untuk makan, solat dan mengemas barang2 kerana esoknya kami akan ke Amsterdam pula.  
Grote Markt
Day 5 : Brussels - Amsterdam
Setelah makan pagi, kami checkout daripada hotel menuju ke Central station untuk mengambil local train ke Midi station dan seterusnya menaiki Thalys ke Amsterdam.  Pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki Thalys di sini lebih ketat berbanding the ones in Paris, namun semuanya berjalan lancar. Train ini singgah di Antwerpen, Rotterdam Central dan Schipol Airport sebelum sampai di Amsterdam Central ~2jam kemudian.  Kami terus ke hotel berdekatan untuk checkin, solat dan rehat. 
real heart of the city central
Kemudian, kami menyusuri Damrak Avenue hingga ke Dam Square.  Dalam perjalanan, kami singgah dulu di sebuah kedai halal untuk lunch.  Seperti biasa, orang memang ramai melepak di dataran berhampiran Madame Tussaud ini.  Kami meneruskan perjalanan hingga ke Bloemenmarkt untuk membeli souvenirs.   Setelah itu, kami berjalan pulang ke hotel melalui Kalverstraat shopping street dan juga sungai2 serta jambatan2 sepanjang Red Light district.  Kami juga singgah membeli kebab halal di sebuah kedai untuk dinikmati di bilik hotel nanti.  
bikes, boats & canals
Day 6 : Amsterdam
Pagi ni kami breakfast di restoren hotel yang sudah termasuk dalam harga bilik.  Kemudian, kami terus berjalan ke Central station untuk mengambil bas ke Zaanse Schans.  Return tickets for bus #391 with ½ hourly frequency itu boleh dibeli dengan driver menggunakan kad kredit sahaja.  Pengangkutan lain ke sini adalah keretapi.  Hampir separuh hari juga kami habiskan di perkampungan ini.  Di sini terdapat banyak kincir angin yang masih beroperasi untuk pelbagai fungsi, demostrasi pembuatan clogs serta cheese.  Kami memborong banyak souvenirs di sini termasuk sepasang clog besar idaman kerana terlepas peluang membelinya pada Europe trip sebelum ini. 
windmills, clog carving & cheese tasting
Kemudian, kami ambil bas yang sama untuk balik ke Central station.  Setelah berehat dan solat, kami terus berjalan ke arah Damrak Avenue untuk menaiki tram ke Rijksmuseum.  Kami singgah makan dulu di sebuah kedai halal yang lain pula.  Kerana tidak ada tram #2 or #5 yang lalu di situ, kami menaiki mana2 tram menuju ke central station serta bertukar ke tram #5 untuk ke museum.  So, penggunaan tiket 24hrs sangat berbaloi untuk kes2 sebegini, esp for first timers, meskipun kami menggunakan tram ~½hari sahaja. 
excellent tram network
Selain Rijksmuseum museum, Van Gogh museum juga terdapat di sini.  Kami cuma bergambar di luar museum as planned.  Tujuan utama ke sini hanyalah untuk bergambar with the famous Iamsterdam sign here.  As expected, ramai orang megelilingi malah memanjat Iamsaterdam sign.  Kami bergambar setakat yang boleh dan terus beredar ke Vondelpark tidak jauh dari situ. 
we were here
Apabila hari semakin gelap, kami meninggakan park menuju ke tram station terdekat untuk balik ke central station.  Kami membeli sedikit lagi souvenirs serta mengemas barang2 kerana pagi esoknya kami akan checkout from the hotel.  Kami akan meyimpan barang di airport dan menaiki bas ke Keukenhof pula untuk aktiviti terakhir di bumi eropah kali ini. 
we were here too
Day 7 : Amsterdam – KUL - TGG
Selepas sarapan, kami terus checkout from the hotel dan berjalan menuju ke Central station.  Kami membeli tiket keretapi untuk ke Schipol airport.  Sesudah menyimpan beg2 besar kami di luggage storage, kami menaiki bas #858 menggunakan tiket yang telah dibeli online.  Harga tiket ini sudah termasuk entrance ticket to the garden.  Sebelum menaiki bas, kami sempat bergambar bersama Iamsterdam sign yang terdapat di sini yang sememangnya lengang daripada manusia berbanding sign yang kami pergi kelmarin.  
garden of europe
As expected, tidak ramai orang pada hari pembukaan garden ini disebabkan factor bunga tulip yang kebanyakannya masih menguncup, malah ada yang berdaun sahaja, kerana baru saja memasuki musim bunga. Normally, end of April is the best time to see the tulips in full bloom, I think. However, pelbagai tulip yang berkembang mekar boleh dilihat di beberapa greenhouses & pavilions yang dikawal suhunya.  Tidak semua garden ini kami jelajahi kerana terlalu luas dan juga kesuntukan masa.  
young baby tulips
Kami explore dan bergambar sebanyak mungkin sebelum berehat di sebuah restoren untuk memesan hot chocolate yang dinikmati bersama bekalan roti dan tuna yang dibawa. Lebihkurang pukul 2pm, kami menaiki bas dan beredar meninggalkan Keukenhof menuju ke Schipol Airport semula.   Kami mengambil luggage dan mendapatkan bording pass terlebih dahulu untuk tujuan tax refund claim yang dibuat di terminal sebelah.  
light purple tulips
Setelah mendapatkan validation daripada kastam yang memeriksa sebahagian barang yang berkenaan, kami mendapatkan refund di kaunter tax refund next door.  Kami memilih untuk memasukkan duit ke dalam kredit kad instead of cash on the spot kerana pulangan lebih tinggi walaupun memakan sedikit masa. 
yellow tulips
Kemudian, kami ke kaunter KLM untuk drop luggage dan terus melalui pemeriksaan kastam untuk ke balai berlepas.  Setelah melepasi immigration, barulah kami mencari prayer room untuk solat zohor/asar.  Kami juga sempat solat maghrib/isyak sebelum menaiki pesawat pada ~2045hrs.  Perjalanan terus ~12hrs ke KUL tidak terasa sangat kerana selesa dan kami juga tidur di kebanyakan masa kerana keletihan.  Makanan yang disediakan juga sedap dan tidak perlu memesan special muslim meals kerana semua hidangan adalah halal. 
red tulips
Kami tiba di KUL seperti jadual.  Setelah melalui pemeriksaan immigration dan mengambil luggage, kami mengambil ERL ke KLIA2 kerana akan menaiki Airasia pula.  After taking some lunch, barulah kami solat dan terus check-in.  Pesawat berlepas pada pukul ~0800pm dan sampai di TGG ~1hr later.  Picked up our car and driving home sweet home.  
white tulips
In conclusion, it was certainly a very tiring but enjoyable fruitful 2nd experience in Europe.  Hampir semua tempat yang dirancang sendiri dapat kami singgah.  Thanks to the excellent public transport system anywhere we went.  We were alert and very lucky not to encounter any bad experience with pickpocket or any scam yang merunsingkan fikiran semasa this trip planning dibuat.   Even though we were not able to see tulips in full bloom, we were treated with a bonus ~2day snow showers in Paris.  It was the most welcome sweet spring surprise with make us wanted to come here again sometime, insyaAllah. 
inside the greenhouse

No comments:

Post a Comment