Wednesday 13 December 2017

Early Autumn 2017 in Seoul & Namiseom


...continue from Early Autumn in Jeju 



Day 4 : Jeju - Seoul
Selesai breakfast, kami checkout dan menahan teksi di depan hotel untuk ke airport.  Kami mengeluarkan sedikit wang untuk perbelanjaan di Seoul nanti.  Sebenarnya, cash money kami berkurangan kerana pihak hotel di Jeju meminta cash untuk pembayaran ditambah lagi dengan kami tidak jumpa sebahagian lagi duit belanja yang memang disimpan di dalam beg.  Setelah jumpa, maka kami mempunyai cash money yang berlebihan pula yang dibawa balik ke Malaysia. Penerbangan hari itu berjalan lancar dengan sebahagian besar penumpangnya adalah kanak2 sekolah.  Mungkin ada lawatan sambal belajar. 
changing of guard ceremony
Setelah sampai di GMP, kami menaiki bas untuk ke hotel setelah bertanya di info desk.  Hasrat untuk menaiki metro tidak diteruskan sebab station metro terdekat agak jauh berbanding station bas hanya di luar balai ketibaan.  Kami meminta driver bas menurunkan kami di sekitar Anguk station.  Kemudian kami  mengambil teksi untuk ke Nami Island Seoul Office di Insadong untuk membayar duit bas yang ditempah demi memastikan kami dapat menaiki bas ke Nami Island keesokannya.  Kemudian, seperti yang dipeta dan dinasihati oleh pekerja di office itu, kami berjalan ke hotel penginapan yang tidak berapa jauh dari situ. Kami sampai awal tetapi dibenarkan untuk checkin oleh pekerja hotel.  As expected, bilik kecil tetapi selesa. 
inside the palace ground
Setelah makan, solat dan rehat, kami berjalan ke Jongno 3(sam)ga Station serta mengambil Metro line 1 ke City Hall Station Exit 2 untuk ke Deoksugung Palace.  Tujuan ke sini adalah untuk menyaksikan changing guard ceremony yang baru nak bermula semasa kami sampai.  Setelah habis, kami bergambar dengan guard2 yang mengenakan pelbagai pakaian seragam.  Kemudian, kami terus masuk ke dalam kawasan palace setelah membeli tiket di kaunter.  Palace ini lebih kecil berbanding Gyeongbokgung yang pernah kami masuk. 
palace stonewall
Setelah puas berjalan dan bergambar di dalam kawasan istana itu, kami keluar melalui pintu tepi serta menyusuri tembok istana atau stonewall hingga kembali semula ke pintu depan istana.  Pokok2 di sepanjang laluan kelihatan masih kehijauan dan biasanya di sini menjadi tumpuan pelancong during fall peak season. Kami terus berjalan hingga ke Gwanghwamun Square di mana terdapat Admiral Yi Sun-shin dan Sejong statues.  
sejong the great
Kami masuk sebentar ke King Sejong Story Exhibition Hall sebelum menaiki metro ke Dongdaemun History & Culture Station Exit 2 untuk ke Dongdaemun Design Plaza.  Setelah bergambar di dalam keadaan yang gelap samar2 dan bunyi bising muzik yang kuat dipasang, kami menaiki metro balik ke Jongno 3(sam)ga Station dan menapak ke hotel melalui celah2 bangunan dan lorong2 kedai.  Seperti yang diberitahu oleh pekerja hotel semasa checkin siang tadi, suasana agak selamat walaupun laluan dipenuhi orangramai yang makan2 dan minum2 di warung2 kecil di sepanjang laluan.  
4D3N here
Day 5 : Seoul
Pagi ni kami akan ke Nami Island dengan bas dan bukannya keretapi yang biasanya dinaiki oleh pelancong kerana memerlukan pertukaran banyak station dan penggunaan kaki yang pasti meletihkan walaupun murah.  Setelah sarapan, kami bergerak menuju ke Tapgol Park di mana bas akan bertolak dari situ pada pukul 9.30am.  Manakala, waktu balik adalah pada pukul 4.30pm di Nami Island bus station.  Masa yang cukup untuk menjelajah hampir keseluruhan pulau.   Kami tidak perlu lagi beratur membeli tiket ferry ke Pulau Nami kerana sudah termasuk dalam pakej. 
small public park
Sebaik ferry berlabuh, kami terus berjalan ke arah tengah pulau sambal mengambil gambar Kelihatan pokok2 di Namiseom sudah mula bertukar sedikit kekuningan atau kemerahan.  Kami singgah solat di surau yang disediakan dan makan di salah sebuah kedai halal next door.  Selesai makan, kami menyambung perjalanan ke arah ginkgo tree lane dan juga metasequoia lane yang menjadi tumpuan ramai pengunjung.  Setelah puas bergambar, kami berpatah balik ke jetty untuk pulang ke tanah besar. 
early transformation stage
Kami menaiki bas yang sama menuju ke arah Seoul di mana bas menurunkan penumpang di tempat yang sama bersebelahan Tapgol Park.   Instead of balik ke hotel, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Seoul HRC@Lotte World dengan menaiki metro ke Jamsil station.   Setelah membeli beberapa helai t-shirts, kami berjalan ke arah Cheonggyecheon Stream yang kami sangka dekat tetapi jauh.  Jadi, kamipun memutuskan untuk menaiki teksi terus ke Gangnam area untuk makan malam di Yang Good BBQ restoren. 
ginkgo lane
Makanan memang sedap di mana tempat inipun famous di kalangan orang Malaysia termasuk VIP dan menteri melalui gambar2 mereka bersama owner yang dipamerkan di dinding restoren tersebut.   Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama owner yang datang menegur setelah kami habis makan.  Kemudian, kami berjalan ke metro station berdekatan untuk pulang ke hotel.   Kunjungan ke Namsan Tower terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. 
metasequoia lane
Day 6 : Seoul
Selepas sarapan, kami berjalan pada mulanya tetapi menaiki teksi kemudiannya menuju ke Bukchon Hanok Village.  Luas juga tempat ini, tetapi kami pergi ke spot2 utama yang menarik yang diberitahu oleh penduduk setempat yang peramah menegur kami.  Setelah puas meronda dan bergambar di kawasan itu, kami bercadang untuk ke Itaewon for lunch seperti dalam perancangan asal.  Oleh kerana masih pagi, kami decided untuk pergi ke Seoul Skygarden terlebih dahulu.  Untuk itu, kami mengambil teksi ke Seoul station kerana ianya terletak berhampiran.   
traditional village
Kemudian, barulah kami mengambil teksi ke salah sebuah restoren halal yang banyak terdapat di Itaewon.  Kami memesan beberapa masakan korea yang sedap tetapi manis.  Selesai makan, kami berjalan ke Seoul Cental Masjid nearby untuk solat zohor/asar.  Setelah itu, kami berjalan ke arah stesen metro terdekat tetapi menahan teksi yang lalu untuk ke Dotta shopping mall bagi membeli souvenirs. Kami memborong t-shirts, key chains dan fridge magnets yang agak murah di kedai Arirang di sini. 
seoullo 7017 in the sky
Oleh kerana malam masih muda, kami memutuskan untuk ke area Myeondong untuk menikmati malam terakhir di Seoul sambil merasa beberapa halal street food yang terdapat di sini.  Setelah puas dan keletihan, kami menaiki teksi untuk balik ke hotel.  Sebelum tidur, kami mengemas barang2 kerana esok akan terbang balik ke tanahair.

1st one in korea
Day 7 : Seoul – ICN - KUL
Selepas sarapan dan checkout, kami berjalan menuju ke bus stop berhampiran untuk menaiki airport limousine bus #6011.  Sebelum membuat flight checkin flight, kami ke sebuah convenient store untuk mendapatkan refund T-Money.  Urusan checkin dan immigration berjalan lancar, tetapi kami terlepas peluang untuk membuat tax refund kerana terlupa membawa passport bersama resit pembelian.  Oleh kerana kesuntukan masa, tax refund terpaksa dilupakan dan kami terus ke balai berlepas.  Pesawat berlepas pada pukul ~1630hrs untuk ke KUL. 
major railway station
In conclusion, ini satu percutian menarik and menyeronokkan di mana kami dapat pergi hampir ke semua tempat yang dirancang.  Cuma sedikit terkilan kerana falls was not at its peak dan juga terlepas merepeat ke tempat2 yang pernah kami pergi dahulu kerana tidak cukup masa.  Kalau ada peluang, kami ingin datang lagi ke Seoul mahupun Jeju serta mungkin dapat cover Busan sekaligus , insyaAllah. 


major shopping street