Sunday 19 November 2017

Early Autumn 2017 in Jeju

Assalamua’alaikum,
Alhamdulillah, pada cuti Deepavali lepas, kami sekeluarga dapat mengunjungi 3 tempat di South Korea iaitu Seoul, Jeju dan Nami Island.  Kami pernah menjejaki Seoul dan Namiseom 5 tahun lalu bersama TA, tapi kali ini kami merancang sendiri perjalanan dengan memasukkan Jeju sekali.  Kami memandu sendiri di Jeju manakala menggunakan bas, teksi serta metro sebagai pengangkutan utama di Seoul.  Buat kali pertama, kami menginap di Tune hotel KLIA sehari sebelum dan selepas perjalanan disebabkan jadual dan keselesaan perjalanan. 
1st time on this flite
Day 1     : KUL – ICN – GMP - CJU
Kami menaiki AAX dari KUL pada pukul ~8am dan sampai di ICN ~7hrs later.   Kami memilih untuk menaiki AREX instead of bus ke GMP.  Sebabnya kami hendak solat dahulu di common prayer room berdekatan AREX entrance.  Namun tidak kesampaian kerana sudah lewat dan faktor bilik juga yang dipenuhi meja dan patung agama lain membuatkan kami tidak selesa.  Biasanya prayer room di tempat lain kosong, lengang dan sesuai untuk solat.  Kami membeli T-Money dan meneruskan perjalanan ke GMP untuk menaiki Jejuair pada malam itu.  Kami mencari makanan untuk mengalas perut dengan shrimp burger yang menjadi makanan kegemaran sepanjang kami di bumi Korea ini. 
4D3N here
Yang menariknya penumpang dibenarkan masuk ke pesawat selewat2nya 5min sebelum berlepas.  Pesawat berlepas ke Jeju pada pukul ~2025hrs dan mendarat ~1hr later dengan selamat walaupun keadaan sedikit bumpy.  Kami terus beratur untuk mengambil taxi ke hotel.  Barisan beratur agak panjang tetapi tidak lama menunggu kerana banyak teksi yang tidak putus2 datang dan pergi.  Cuma tambang yang dikenakan agak keterlaluan dengan jarak yang tidak berapa jauh.  Ini mungkin disebabkan kali pertama kami naik teksi dan tidak berapa mahir dengan kadar tukaran wang dalam keadaan yang sedikit gopoh.  
small reliable ride
Luckily, this is the first and only bad experience with the cab, since our subsequent ones were superb sebab tambang actually quite reasonable and you can pay with cash, credit or debit card or even T-Money.  Highly recommended for a group of 3/4 people, esp. those who hates using stairs and very long walks between metro stations during interchange.  Urusan hotel checkin pula berjalan dengan lancar dan kami terus ke bilik untuk solat, makan, berehat dan tidur after such a long tiring journey. 
dragon head volcanic rock


Day 2 : Jeju
Hari ini, kami pergi mengambil kereta sewa yang ditempah online.  Selepas sarapan, kami menaiki teksi di hadapan hotel untuk ke Jeju Autohouse yang tidak jauh dari situ.  Kami tiba awal sedikit dan urusan sewaan berjalan lancar setelah menunjukkan dokumen tempahan dan international driving licence.  Setelah memeriksa kereta dan diajar cara menggunakan build in GPS, kami ke destinasi yang pertama.  Sangat mudah menggunakan GPS dengan memasukkan no telefon tempat yang dituju.  Walaupun terpapar bahasa korea di screen GPS, arahan pemanduan adalah in English.  Memandu sebelah kiri dengan speed limit yang terhad agak mencabar pada mulanya tetapi lama kelamaan menjadi semakin selesa. 
200000 ~300000 year-old lava tube
Actually, hujan sepanjang hari kedua di sini.  This is expected sewaktu peralihan musim.  Kami tiba di Yongduam Rock dalam keadaan hujan renyai2.  Kami tidak lama di sini dan terus bergerak ke Manjanggul Lava Tube.  Kami membeli tiket dan masuk ke dalam gua sehingga ke hujung yang dibenarkan iaitu ~1km from ~9km long tube.  Terdapat banyak lava pelbagai bentuk yang membeku termasuk the largest lava columns in the world.  
sunrise peak
Kemudian, kami keluar dan betolak ke destinasi ketiga iaitu Seongsan Ilchulbong.  Kelihatan ramai orang di sini berbanding 2 tempat yang telah kami pergi hari ini.  Setelah parking dan membeli tiket, kamipun perlahan2 mendaki ~600 anak tangga untuk ke puncak kawah gunung berapi ~180m.  Walaupun tinggi, kami agak santai dan selesa kerana anak tangga disusun rapi membuatkan pendakian ~1hr tidak begitu terasa.  Setelah puas berfoto dan menikmati grass covered crater yang luas itu, kamipun turun ke bawah melalui laluan lain yang disediakan.  Kami terlepas melihat Jeju women diving show kerana terlalu lama di puncak, tetapi kami agak bernasib baik kerana hujan berhenti sepanjang pendakian.  Namun, setelah kami sampai ke bawah, cuaca kembali berangin menandakan hujan akan kembali.  Kami decided to solat on the car park before moving on.  
grass-covered crater
Then, kami memandu ke Seopjikoji nearby.  Hujan menjadi semakin lebat dengan angin pula semakin kuat.  Alang2 dah sampai, kamipun meredah hujan lebat sehingga ke lighthouse seperti orang lain juga.  Sempat jugalah berposing di dalam hujan lebat bersama family dan juga bersama orang2 Malaysia lain yang kami jumpa.  Sebelum bertolak meninggalkan tempat ini, kami sempat merasa siput bakar yang dijual di situ.   
beachfront scenic view & trail
Selepas itu, kami ke destinasi terakhir iaitu Sangumburi Crater.  Malangnya hujan semakin lebat bila kami sampai di kawasan parking.  So, we decided not to enter the place, but drove back home.  Hajat untuk ke shopping mall dahulu membeli souvenirs sebelum ke hotel tidak kesampaian kerana traffic jammed teruk untuk ke parking.  Kamipun terus ke hotel untuk solat, makan, berehat dan tidur. 
grilled seafood
Day 3 : Jeju
Hari ini kami akan ke bahagian selatan pulau iaitu Seogwipo. Cuaca agak baik hari ini berbanding semalam.  Selepas sarapan, kami ke Mysterious Road dahulu dan mencuba beberapa experiment termasuk memandu menaiki bukit with free gear.  Memang menjadi dan menarik juga fenomena alam ini.   Tidak banyak kenderaan pada masa itu menyebabkan ujian kami berjalan lancar dan cepat serta terus bergerak ke arah selatan seperti yang dirancang. 
optical illusion
Kami melalui dan singgah di Hallasan mountain yang berkabus dan sejuk.  Kami bergambar di sekitar serta singgah sebentar di visitor center untuk menggunakan tandas sebenarnya.  Kemudian kami meneruskan pemanduan dan singgah di kebun2 limau yang kami jumpa sepanjang perjalanan.  Setelah meminta izin dengan tuan tanah, kami memasuki  kebun  hanya untuk bergambar dengan suasana kekuningan buah limau yang baru mula masak dan sudah hampir boleh dipetik. 
almost ready to be picked
Kemudian kami ke Cheonjeyeon Fall yang mempunyai 3 air terjun semuanya, tetapi kami hanya sempat ke 2 falls sahaja kerana kesuntukan masa.  Seterusnya kami ke Seonimgyo arch bridge berdekatan.   Setelah menyeberangi jambatan dan berpatah balik, kami meninggalkan tempat itu untuk ke 2 lagi air terjun yang juga popular di sini dan terletak jauh sedikit daripada sini. 
flow out from a cave ceiling
Sebelum itu, kami singgah di Jusangjeolli Cliffs terlebih dahulu.   Di sini terdapat black piles of volcanic rock formation yang  menarik di pinggir pantai.  On the way balik ke parking, kami membeli ais krim limau hallabong yang sedap.  Seterusnya, kami ke Cheonjiyeon Fall tidak jauh dari situ.  Kami kena menapak agak jauh ke dalam hutan untuk melihat air terjun ini, tetapi berbaloi sebab cantik.  Setelah balik semula ke parking, kami membeli banana milk dan panaskan nasi segera yang dibawa di 7E dan makan dalam kereta. 
spectacular volcanic rock formation
Persinggahan selanjutnya adalah Jeongbang Fall yang airnya jatuh terus masuk ke laut.  Ramai juga orang di sini.  Terdapat juga siput bakar dijual di sini, tetapi kami tidak beli.  Kami pergi as close as possible to the falls untuk bergambar dan terus pulang.  Disebabkan masa sudah lewat petang, kami solat di sebelah kereta di parking dulu sebelum ke destinasi terakhir kami di Jeju Island.  
sky connected with land
Kami bergegas ke Jeju Folk Museum Village yang agak jauh dari situ sebelum hari gelap.  Apabila sampai di sana, kami terus membeli tiket dan masuk walaupun cuma ada ~1hr sebelum ditutup.  Folk village ini agak besar dan mempunyai pelbagai exhibits yang menarik serta pertunjukan dari masa ke semasa.  Kami sempat menjelajah sebahagian daripada kawasan yang luas itu sambil bergambar sehingga sampai masa untuk keluar.  Kelihatan pekerja2 di situ meronda kawasan dan mengingatkan pengunjung yang masih ada untuk bergerak ke arah pintu keluar. 
direct into the ocean
Akhirnya, kami pun memandu balik di dalam gelap ke arah Jeju City untuk pulang.  Kami mengisi minyak kereta kembali penuh dan terus menuju ke Jeju Autohouse.  Pemulangan kereta berjalan dengan lancar tanpa masalah.  Instead of mengambil teksi terus ke hotel, kami menaiki free shuttle ke airport untuk mengambil teksi dari sana.  Ini adalah disebabkan kami ingin mengeluarkan sedikit cash money tetapi hampa sebab kami lupa mengaktifkan kad untuk pengeluaran overseas.  Money changer pun sudah tutup pada masa itu.  Jadi, dengan kredit kad yang ada kamipun mengambil teksi balik ke hotel untuk mengemas barang dan berehat sebab kami akan terbang ke Seoul pagi esok.  Sebelum tidur kami sempat mengaktifkan debit kad untuk pengeluaran duit.  
1890s folk village

...continue to Early Autumn in Seoul & Namiseom