Tuesday 8 November 2016

Perth & WA 2016 - part 2 of 2

...cont from part 1 of 2

Park & beach@Rockingham
Pada hari ke-4, kami checkout daripada hotel dan tinggal kebanyakan barang di store hotel since kami akan check in semula di sini lagi after just one night in Augusta.  On the way, kami singgah di Rockingham dulu.  Hajat untuk solat di Masjid Ar Rukun terbantut kerana berkunci mungkin sebab belum masuk waktu solat fardhu. 
Luxury homes@Mandurah
Selepas meronda kawasan sekitar, kami bertolak ke Mandurah pula.  Di sinipun kami just jalan2 sambil berfoto sekitar rumah mewah tepi laut complete with boat on the parking bay.  Then, kami terus ke Lake Clifton untuk melihat trombolites or living rock.  Di sini juga kami makan bekal sandwich ditemani burung kakak tua liar.
Ancient forms of microbial communities that photosynthesize.
Setelah kenyang, kami teruskan perjalanan dan singgah di Banbury untuk solat di sebuah surau.  Malangnya, selepas penat mencari dan jumpa, surau tersebut sudah terbiar sekian lama dan tidak berpenghuni.  Kami terpaksa meneruskan perjalanan serta singgah solat di RNR tepi jalan yang simple dan lebih merupakan parking area untuk melepaskan penat memandu. 
aka Thrombolites@Lake Clifton
Kemudian, kami menghala ke Busselton Jetty.  Kami membeli tiket untuk berjalan kaki kerana kami terlepas the last train ride pada pukul 3pm.  After taking foto and walking about half way on the 2km jetty, kami berpatah balik untuk berkejar ke tempat penginapan di Augusta.
The longest wooden jetty in the world
Hajat untuk ke Cape Leeuwin Light House terpaksa ditunda the next day kerana keadaan sudah gelap and quite dangerous for driving on the highway with no streetlight. Hutan di kiri kanan juga agak tebal dengan pokok2 besar yang berbeza dengan keadaan hutan ke Cervantas yang dilalui kelmarin.
aka Busselton Jetty
Kami sampai agak lewat dan berpuas hati dengan chalet yang berkonsepkan kampung menggunakan traditional fireplace untuk pemanasan.  Malam itu, kami makan kebab yang dibeli di Margaret River sebelum tidur dalam kesejukan dan beselimut kerana tidak berani menyalakan api fireplace. 
The frontside of sheoak chalet@Augusta
Keesokannya, semasa makan pagi, barulah kami hidupkan fireplace yang rupanya senang sangat sebab ada bahan api serta instruction disediakan yang kami tidak perasan malam tadi.  Nevertheless, it was a very memorable exciting experience for all of us.
The backside of sheoak chalet@Augusta

Selepas makan pagi, kami ke Cape Leeuwin Light House berdekatan dan terus menghala balik ke Perth dan singgah dulu di Donnybrook for apple picking.  Pada mulanya, kami terlepas junction untuk ke ladang epal itu.  Kamipun singgah di tourist info center untuk mendapatkan direction yang betul  ke ladang itu.  Surprisingly, we were told that hasil buah epal tidak banyak musim ini dan kemungkinan besar buah yang ada sudah habis dipetik.
The sunrise from sheoak chalet@Augusta
Memandangkan tuan ladang tidak memberitahu apa2 tentang itu semasa kami booking by email sebelum datang, we decided to go there regardless since we were there already.  Nasib baik meyebelahi kami sebab memang sudah ada ramai pelawat yang sedang diberi taklimat oleh the owner. 
Cape Leeuwin Light House
Kami pun join the crowd dan dibawa ke ladang epal sebaik taklimat selesai.  Daun pokok epal sudah agak kekuningan sebab sudah di penghujung musim dan memang betul buah kurang menjadi, tetapi still ada untuk dipetik sendiri dan dibawa balik. 
Where the Indian Ocean meets the Southern Ocean@Cape Leeuwin Light House 
Kemudian, kami meneruskan perjalanan dan singgah lagi di Banbury untuk ke pasaraya BigW.  Tujuan utama adalah untuk membeli pinggan corelle yang jauh lebih murah berbanding di Langkawi.  Kami singgah di tepi pantai berhampiran untuk lunch kebab yang dibeli dan meneruskan driving balik ke Perth memandangkan hari semakin gelap.
Apple picking time@Donnybrook 
Pada hari ke-6 barulah kami dapat meronda sekitar Perth CBD.  Selepas breakfast kami ke King’s Park dan spent masa ~2hrs di situ sebelum bershopping di Watertown which was located just across the road from our hotel.  Kemudian balik ke hotel untuk rehat dan solat sebelum menaiki free yellow CAT bus di depan hotel menuju ke town center. 
Pink lady apples@Donnybrook 
Kami ke Hay and Murray St Mall, London Court dan singgah minum the tarik dan makan nasi campur serta mee goreng yang sedap di Insan’s CafĂ©.  Setelah kenyang, kami ke city gift shop nearby untuk membeli souvenir lagi.  Selepas itu, kami berjalan kaki ke arah Swan Bell Tower di Barrack Square. 
King's Park@Perth CBD
Setelah puas di situ, kami naik pula free blue CAT bus untuk balik ke hotel.  Pada malam itu, kami mengemas barang2 dan menghabiskan bekalan yang dibawa dari Malaysia sebab esoknya dah nak balik.  
Hay and Murray St Mall@Perth CBD
Pada hari terakhir, selepas check out from hotel, kami bertolak ke airport sambil melalui Masjid Perth dan singgah di Bellmont Forum for lunch.  Nasib baik kami telah beli corelle di Banbury sebab kebanyakan stock corelle di sini termasuk yang kami berkenan sudah kehabisan.  Habis makan, kami terus bertolak ke airport
Swan Bell Tower@Barrack Square
Kami memulangkan kereta di tempat sewa di airport juga.  Sebelum itu, kereta telah kami vacuum dan isi minyak penuh untuk mengelakkan penalty. Then, kami solat dulu dan terus check in.  Selepas melalui immigration check, kami ke counter tax for tourist tax refund scheme.  Akhirnya, kami menaiki pesawat at 3.30pm menuju KLIA.

The oldest mosque in Perth.
Overall, percutian kali ini mencapai target yang ditetapkan kerana kami dapat cover hampir semua activity yang dirancang.  Kalau berkesempatan lagi, bolehlah kami explore banyak lagi tarikan di Western Australia ini atau just stay in Perth CBD sambil bersiar2 menggunakan public transport sahaja, insyaAllah.