Wednesday 20 July 2016

Perth & WA 2016 - part 1 of 2

Assalamu’alaikum,
Pada cuti sekolah hujung May dan awal Jun lepas, kami sekeluarga ke Perth & also to other popular tourist spots in Western Australia.  Winter di WA officially bermula pada 1stJun.  So, cuaca just nice sebab suhu dalam early 20s degC di siang hari manakala ia turun ke belasan degC pada malamnya. 
Black Swan@Caversham Wildlife Park.
Kami berkereta dari Dungun dan bermalam di Salak Tinggi sehari sebelum flight ke sana.  The next morning, kami book shuttle ke KLIA dan tinggalkan kereta FOC di hadapan hotel selama ~seminggu sebab akan bermalam di tempat sama semasa balik nanti.  
Joey@Caversham Wildlife Park.
Flight bertolak pukul 9.30am dan sampai di Perth ~5.5hrs later.  Seperti di NZ, immigration di Aussie very particular tentang barang makanan yang dibawa masuk, tapi nasib kami agak baik kerana semuanya lepas tanpa banyak soal setelah kami declare and provide printout of all food types and quantity yang penuh dalam satu bagasi untuk memudahkan pemeriksaan kalau perlu. 
Kangaroos@Caversham Wildlife Park.
Bab visa senang pula sebab kami hanya request online through individu yang direkomen dalam banyak travelog yang direfer.  Ianya siap dalam ½ jam just through whatsapp conversation and online banking serta lebih murah berbanding apply on your own. 
Farm show@Caversham Wildlife Park.
Selepas solat di bilik yang disediakan at lower ground near the car rental counters, kami ambil teksi bermeter menuju ke city center untuk ke City Stay Apt Hotel yang ditempah.  Hotel ini amat popular di kalangan Malaysians. 
Kaili's@Fremantle 
Oleh itu, tidak hairanlah ada tanda kiblat di dalam bilik.  Mungkin juga sebab Perth adalah bandar Mat Salleh yang relatively paling dekat dengan tempat kita, maka kami terserempak dengan orang Melayu bukan saja di hotel, but also at almost all places yang kami singgah sepanjang di sana.
Fish 'n Chip@Kaili's
Keesokan harinya, selepas breakfast di bilik, kami berjalan kaki just around the corner untuk mengambil kereta sewa yang telah ditempah.  1st destinasi untuk hari itu adalan Caversham Wildlife Park.  Tarikan utama di sini sudah tentulah kangaroo dan koala. 
Fisherman statue@Fremantle 
Berbeza dengan tempat lain yang kami pergi seperti di Gold Coast, kaola di sini dibenarkan disentuh dengan belakang tangan.  Setelah puas bergambar dengan koala, melihat farm show menggunting bulu biri2 dan bermain dengan kangaroo pelbagai saiz dan warna yang bebas berkeliaran, kami ke Mirrabooka untuk solat di Masjid At Taqwa.
Crawley Edge Boatshed@Swan River
Kemudian, kami terus ke Fremantle untuk lunch dan membeli souvenir.  Kedai di Fremantle dibuka hanya pada Fri, Sat & Sun dan parking adalah sangat susah kecuali jauh dari tempat yang ditujui.  Setelah merasai the famous fish & chip di Kaili’s, kami bergerak ke E-Shed market pula dan singgah di kedai Megabes untuk memborong key chains, fridge magnet, t-shirts dll. 
aka Blue Boathouse
Sebenarnya banyak attractions yang boleh dilawati di Fremantle, tetapi kami just ambil gambar sikit2 di beberapa tempat sahaja dan terpaksa skip yang lain2 disebabkan kekangan masa.  Lagipun dalam 5.30pm hari dah mula gelap since dah nak masuk musim sejuk. 
Welcome to Lancelin
Di hari ke-3, tujuan utama kami adalah ke Pinnacles Dessert dan Lancelin.  Kami bertolak selepas makan pagi seperti biasa dan menyusuri King’s Park yang akan kami singgah di lain hari untuk ke Blue Boathouse terlebih dahulu. Kami bergambar sepuas hati kerana tidak ada orang lain pada masa itu, tetapi parking kereta berbayar almost 1km away.  
Sand dunes@Lancelin
Kemudian, kami ke Danish Patisserie untuk membeli bekal croissant dan roti yang sedap setelah sesat pada mulanya disebabkan GPS yang memberi direction yang kurang tepat. 
Ladang biri2 otw to The Pinnacles 
Perjalanan ke Lancelin melalui Indian Ocean Drive mengambil masa selama ~2hrs.  Kami menyewa sitting sand board di kedai Lucky 7.  Setelah puas bermain bukit pasir yang putih atau lebih kepada bergambar sebenarnya, kamipun makan dan solat di public park nearby dan terus menuju ke Carventes.  
Limestone formations within Nambung National Park
Sepanjang perjalanan, tidak bayak kereta yang kami selisih,  ada juga ladang lembu dan biri2 di kiri kanan jalan dan sesekali terserempak dengan kangaroo liar di hutan or more like belukar dengan pokok2 yang rendah dan jarang2.  
aka The Pinnacles@Cervantes
Kami sampai di The Pinnacles ~2 hrs later dan terus memandu ke kawasan dessert setelah membayar fees di kaunter masuk.  Setelah lebih 1hr di situ, kami bertolak balik ke Perth melalui jalan lain iaitu Brand Hiway kerana nak drop by Emu Downs Wind Farm.  To be honest, tidak ada apa sangat yang menarik di sini kerana wind turbines terletak jauh daripada pandangan.  No wonder kami tidak jumpa orang lain ke sini. 
Emu Downs Wind Farm@Cervantes
Then, kami bertolak balik ke Perth dalam kegelapan malam yang sunyi sepanjang jalan dengan perasaan takut terlanggar binatang liar seperti kangaroo dsb.  Rasa lega bila sampai di bandar dengan selamat.  Kami singgah di supermarket Coles yang ditutup lewat lalu membeli bahan sanwinches untuk bekalan hari esoknya.   

cont to part 2 of 2....