Thursday, 22 October 2015

Pre-Spring in Tokyo : Day 5 & 6

Day 5 : Lake Kawaguchi, Lake Saiko, Mt Fuji view
Hari ini, kami check out from hotel tapi simpan beg besar sebab nak datang balik.  It’s FOC.  Kami bawa beg kecil dan ambil train ke Shinjuku.  Kami memilih naik bas untuk ke Lake Kawaguchi sebab malas nak tukar2 train.  Station bas kecil sahaja berdekatan Shinjuku station.  Tidak perlu besar mungkin sebab bas datang dan pergi on time.  Lepas tukar voucher yang dibeli online dengan tiket bas, wife dan anak aku tunggu di waiting room downstairs. 
Fujisan mula menampakkan dirinya
 Aku ambil kesempatan bersiar2 sekitar Shinjuku.  Bas bertolak seperti dijanjikan dan terus memasuki highway ke destinasi.  2 jam kemudian  barulah nampak kelibat Gunung Fuji.  Sepanjang jalan, bas singgah di beberapa tempat untuk mengambil penumpang dan melalui Fuji Q Highland dulu sebelum  sampai di Kawaguchiko station pada 1030 hrs.  Station keretapipun di situ juga.
Boleh try roller coaster di Fuji Q Highland

Fujisan view dari Kawaguchi station
Kami beli tiket retro bas dulu untuk unlimited rides ke attraction sekitar Lake Kawaguchi dan juga Lake Saiko for 2 days.  Ada bas ke 5th station untuk merasai Fujisan dengan lebih dekat tapi tak pergi sebab tak plan.  Lagipun, aku ingatkan route itu belum buka lagi after winter season. Kami berjalan ke hotel berdekatan untuk simpan luggage sahaja sebab masih awal untuk check in.  
Gunung Fuji terang benderang di depan mata

Station bas dan juga keretapi
Kemudian, kami berpatah balik ke station bas dan naik retro bas ke destinasi pertama tetapi last sekali dalam peta retro bus iaitu Natural Living Center.  Syukur cuaca sangat baik sekali dan Gunung Fuji dapat dilihat dengan jelas sekali dari sini.  Selepas lebihkurang sejam di situ, kamipun naik bas dan berhenti berdekatan Kachikachi ropeway dan berjalan ke Kawaguchi station bas.  Kami singgah di family mart untuk beli nasi kosong yang biasa terdapat di mana2 convenient store. 
Tunggul bunga lavender 

Lake Kawaguchi berlatarbelakangkan Gunung Fuji
Untuk manfaatkan masa yang ada, kami ambil retro bas ke arah Lake Saiko pula iaitu ke traditional village Saiko Iyashi no Sato Nenba as recommended by the hotel owner masa tinggal beg tadi.  Setelah pusing2 tengok rumah lama Jepun, beli dan makan strawberry barulah balik untuk check in hotel.  Malam itu kami tidur awal.   Lagipun tak ada aktiviti luar lagi yang boleh dibuat malam2 di sini.
Rumah traidisi di Saiko Iyashi no Sato Nenba

Sakura baru berputik
Day 6 : Nippori, Yanaka, Odaiba
Pada hari ke-2 di Tasik Kawaguchi, selepas breakfast kami checkout dan simpan bag.  Kami ambil peluang naik bas retro lagi untuk bersiar2 sekitar tasik sebelum bertolak balik ke Tokyo.  Sampai di Shinjuku station, kami ambil train ke Shin Okubu dulu sebab mahu ke Merah Putih Café for lunch and solat di mushalla berdekatan. Selepas itu, kami ambil train ke Yanaka untuk merasai suasana kampung di pinggir bandar Tokyo.  Banyak pohon sakura ditanam di kiri dan kanan sepanjang jalan melalui Yanaka cemetery yang tentunya cantik during cherry blossom walaupun hanya kawasan perkuburan.
Lorong kedai di Yanaka

Mencari kain ela di Nippori
Kemudian, kami naik train ke Nippori pula untuk membeli Japanese silk di kedai Tomato yang famous.  Yang menariknya, kita kena bawa sendiri segulung kain yang nak dibeli itu ke kaunter bayaran untuk diukur dan dipotong.  Selesai shopping, kami bergegas pula ke Odaiba.  Sebelum itu, kami tinggal bag dan kain yang dibeli di locker berbayar dekat Ueno station.  Ambil gambar locker dulu untuk senang cari kemudian.  Sampai di Odaiba, hari dah gelap.  Banyak attractions sebenarnya di sini, tetapi kami sempat tengok robot gundam sahaja dan balik ke Asakusa untuk late check in.
Robot gundam

Robot gergasi berdiri megah di Odaiba
Kaki gundam

Gundam bertukar warna

No comments:

Post a Comment