Wednesday 21 October 2015

Pre-Spring 2015 in Tokyo : Day 1 & 2

Pada cuti sekolah awal tahun, kami sekeluarga berpeluang ke tempat yang menjadi wishlist aku sekian lama.  Setelah mengambil kira pelbagai factor, kami memilih untuk focus  hanya ke Tokyo dan Lake Kawaguchi sahaja kali ini.  Cuma sedikit terkilan sebab kami pergi seminggu awal sebelum bunga sakura dijadualkan berkembang sepenuhnya.  Nak buat macam mana sebab cuti kami biasanya ikut musim cuti sekolah, bukannya ikut musim bunga atau musim luruh atau musim salji dan sebagainya.  Kalau dah kebetulan tu, dah kira bonuslah.

Day 1 : TGG, KLIA2, Haneda Airport

Sebelum subuh lagi kami dah tercegat di TGG airport.  Lepas solat, kami breakfast dulu untuk alas perut.  Flight bertolak pukul 0820 hrs to KLIA2.  Sampai pukul 0915 hrs, makan lagi sementara menunggu pukul 1100 hrs untuk drop luggage.  Masa yang panjang untuk terbang lagi kami habiskan dengan merayau2 dalam KLIA2 yang besar dan penuh dengan pelbagai kedai bak shopping complex. 

Tempat ambil wuduk di surau Haneda Airport
Setelah melepasi immigration, kami sempat solat jamak sebelum menaiki pesawat pada pukul 1440 hrs to Haneda.  Lunch satay and nasi lemak on flight.  Sampai pukul 2230 hrs, kami terus mencari surau on 3rd floor not just for solat, but also for a sleeping spot next to it sebab memang sudah rancang nak bermalam di airport.   Sebelum tidur, aku ke kedai Air Lawson on the ground floor to buy tickets to Doraemon museum.  Nasib baik masih ada ticket untuk masa dan hari yang dikehendaki.
Kaminarimon gate hanya beberapa langkah dari hotel kami
Day 2 : Asakusa, Kaminarimon Gate, Nakamise Street dan Sensoji Temple, Ueno Park, Ameyoko, Ikebukuro
Setelah membersihkan diri dan solat, aku ke Keikyu Line office to buy passmo card untuk memudahkan naik turun keretapi nanti.  Untuk kad budak, you need to bring along the passport for a proof.  Unfortunately, it was not a discount card, but could be used extensively for all kind of train or metro and most importantly, it really saved a lot of time than buying train tickets at the machine. 
Nakamise street lengang di awal pagi

Nakamise street di waktu puncak

Masa 1st time nak naik train memang cuak sebab Jepun memang terkenal dengan jaringan keretapi yang berselirat dan dikendalikan oleh syarikat yang berlainan.  Pagi tu, setelah bertanya seorang pakcik, kami diberitahu untuk ambil the next train yang akan tiba yang terus ke Asakusa tanpa perlu menukar train eventhough we heard the announcement of it changed lines at least 3 times while we are on the train.  Berkat percaya pada pakcik tadi, kamipun sampai ke Asakusa dengan selamat.  
Sekitar Sensoji temple
Agak jauh juga menapak ke hotel yang ditempah.  Sekali lagi kami asked for direction walaupun dah ada peta di tangan sebab tak nak buang masa berpusing2 mencari dengan beg yang besar dan berat.  Untuk ke hotel kami melalui Kaminarimon gate yang sebenarnya tidak sampaipun 5 minit dari hotel kami.   Disebabkan masih awal untuk check in, kami hanya simpan luggage dan berpatah balik ke Kaminarimon gate. Kedai di Nakamise street masih belum buka dan orangpun tak ramai lagi.  Kami bersiar2 sambil mengambil gambar dan berjalan hingga ke kawasan Sensoji temple.  Actually, Kaminarimon gate, Nakamise street dan Sensoji temple terletak di kawasan yang sama.
Selipar gergasi pun ada di sini
Kemudian, kami ambil train ke Ueno pula.  Sebelum masuk ke Ueno park kami breakfast bekalan roti dan jem dulu di tempat duduk yang banyak di tepi jalan menuju ke park.  Adalah 2-3 pokok sakura yang lebat berbunga manakala yang lain masih togel dan berputik.  Mungkin juga pokok yang berbunga tu sebenarnya pokok plum yang biasanya berkembang dulu sebelum sakura.  Kami berjalan hingga sampai ke Ameyoko street . Beli strawberry, makan kebab serta beli kuih traditional daripada sekumpulan pemuda Jepun yang ada di antaranya pernah tinggal di Johor dan boleh cakap melayu sikit2.  Sedap juga kuih yang dibuat daripada madu dan kacang itu.  Kami berjalan lagi dan singgah di Uniqlo berdekatan to buy a coat.  
Cherry blossom or plum blossom ???
Setelah itu, we went back to Ueno station untuk ambil train balik ke Asakusa.  Sementara itu, kami ke  to HRC dalam kawasan train station juga to buy some t-shirts.  Wife aku pula beli kasut yang lebih selesa di kedai lain di situ untuk kegunaan sepanjang di sini.  Sampai di Asakusa, kami singgah di Nakamise street yang penuh dengan orang ramai.  Then, kami terus ke hotel untuk check in
Sakura baru nak berkembang

Selesai solat dan rehat, kami ke Ikebukuro pula to buy Disneyland ticket.  Malangnya ticket sudah sold out untuk hari yang kami minta, tetapi ticket ke Disneysea masih ada untuk tarikh berkenaan.  Namun terpaksa menunggu more than 3 hrs.  Kedai dah tutup, tapi pembeli ticket ke Disneyland atau Disneysea masih ramai yang menuggu giliran.  We should have bought the ticket online, but at least still could go to the one and only Disneysea in the world.  Manalah nak tahu ticket Disneyland boleh sold out, sebab masa di Hong Kong dulu, masih boleh beli di kaunter masuk pada hari itu juga.
Pengangkutan unik di Asakusa
Dalam perjalanan balik ke Asakusa, kami beli shrimp burger at Lotteria for dinner.  Nakamise street dah kembali  lengang masa kami melaluinya untuk ke hotel for rest and sleep.  Hajat untuk ke Akihabara hari tu terpaksa ditunda kerana kesuntukan masa dan jadual yang sangat padat.
Kelihatan Tokyo Skytree di seberang Sumida River dekat Asakusa

No comments:

Post a Comment