Friday 23 October 2015

Pre-Spring 2015 in Tokyo : Day 7 & 8

Day 7 : Doraemon Museum, Roppongi, Imperial Palace
Hari ini, mula2 kami ke Kawasaki City untuk ke Fuji F Fujio Museum atau Doraemon Museum.  Sampai di Noborita station, kami ambil shuttle bas ke museum.  Biasa2 sahaja tempat ini, tetapi bolehlah untuk melayan kehendak budak2.  Setelah 2 jam di situ, kami ambil shuttle bas dan seterusnya train balik ke Tokyo station.  Kami hanya bergambar di luar Tokyo station yang cantik dan rekabentuk berbeza  berbanding station2 lain.  Kemudian, terus berjalan ke arah Imperial Palace.  Di sinipun, kami tak masuk dalam palace, cuma bergambar di luar dan terus ke Roppongi. 
Adik Doraemon, Dorami menyambut tetamu di Noborita station

Doraemon di Fuji F Fujio museum
Di Roppongi, kami ke HRC untuk beli t-shirt.  Kemudian, makan kebab di restoren berdekatan.  Penjual kebab memberitahu bahawa ada surau berdekatan Oji station atau Chinese Embassy.  Kami pergi cari dan tawaf kawasan beberapa kali dalam hujan renyai2 tapi tak jumpa walaupun dah tanya orang.  Akhirnya, dalam keletihan yang amat, kami terus balik ke Asakusa untuk rehat dan solat.  Lepas tu, turun ke Nakamise street untuk beli souvenir t-shirts, key chain dan fridge magnet.  
Beautiful Tokyo station
Hujan renyai2 di Roppongi
Selesai shopping, kami ke tourist info center  dan diberitahu ada halal ramen berdekatan Sensoji temple.  Kamipun ke sana untuk dinner.  Kebetulan ada satu family Malaysia yang datang dari Yokohama sedang makan di situ.  Sesudah makan dan berborak dengan kenalan baru serta tuan kedai yang peramah, kami terus balik ke hotel.  Aku turun semula ke Don Quijote yang dibuka 24 jam.  It is similar to Mydin tapi barang yang dijual lagi varieties sebab ada jual sayur di tingkat bawah hinggalah branded items such as coach handbag di aras paling atas.
Di luar Imperial Palace

Makan halal ramen di malam akhir di Asakusa

Day 8 : Sumida Park, Tokyo Skytree, Tokyo Tower, Ueno Zoo, Museum, Haneda Airport
Hari terakhir di Tokyo, kami check out dan tinggal luggage. Kemudian kami ambil train ke  Tokyo Skytree. On the way, singgah dulu di Sumida Park.  Macam di Ueno Park, di sinipun banyak pokok cherry dan pelbagai, tapi masih berputik.  Adalah satu atau dua species yang berbunga.  Dekat sinipun ada parking basikal bertingkat tapi underground, tidak  seperti yang aku tengok di Amsterdam yang nampak berselerak. 
Tokyo Skytree view from Sumida Park

Underground parking basikal dua tingkat di Sumida Park
Kami naik train ke skytree tapi tak naik ataspun as planned.   Pusing keliling, ambil gambar dan terus ambil train ke Tokyo Tower pula.  Di sinipun kami tidak berhajat untuk naik ke atas.  Untuk menjimatkan masa, kami ambil teksi ke station berdekatan Masjid Assalam.  Sesat juga pada mulanya tapi akhirnya jumpa.  Selesai solat dan makan di taman permainan berdekatan, kamipun naik train ke Ueno Park. Tujuan kami ke sini sekali lagi adalah untuk melihat sendiri patung awet Hachiko dan dinosaur di National Museum of Science and Nature.  Kena bayar untuk masuk ke sini.
Tokyo Tower view from ground level

2 ekor dinosaur di dalam muzium
Kemudian kami menapak ke zoo berdekatan untuk tengok giant panda pula.  Kebetulan, hari itu tidak perlu bayar sempena anniversary zoo.  Kemudian, barulah kami bergegas balik ke hotel di Asakusa sebab sudah book teksi ke airport pada pukul 1700 hrs.  Boleh saja kalau nak naik train ke airport, tapi kena tukar train bukannya direct.  Memandangkan luggage yang bertambah berat berbanding sampai dulu, teksi adalah pilihan yang lebih baik walaupun mahal.  Kami pergi awal ke airport supaya tidak  tergesa2 untuk urusan flight check in, solat, urusan immigration dan sebagainya.  Urusan check in berjalan lancar dan flight berlepas pada pukul 2345 hrs.
Hachiko juga bersemadi di muzium

Giant panda mundar mandir on zoo annivesarry
Kesimpulannya banyak sangat tempat2 menarik dan semestinya bersih boleh dikunjungi.  Mostly accessible by train atau metro.  Aku tak mention kena naik train yang mana satu untuk ke destinasi tertentu sebab sudah tidak ingat yang mana satu.   Walaupun nak pitam tengok laluan train pada mulanya, tapi sangatlah senang selepas seharian suntuk menggunakannya.  Tak susah naik turun train with passmo or similar card yang banyak menjimatkan masa beratur beli tiket.  Gunakan juga train map untuk lebih cepat menentukan option laluan yang akan diambil.  Kalau tersesat pun, boleh tanya orang Jepun yang sangat2 membantu even with their very limited English.  Ambil teksi bila perlu sangat2 sebab tambangnya amatlah mahal walaupun jarak dekat sahaja.  Aku berazam akan bertandang lagi ke Tokyo bila sakura betul2 in full bloom atau masa musim luruh ataupun ke kawasan lain seperti Kansai region pula, insyaAllah.

Thursday 22 October 2015

Pre-Spring 2015 in Tokyo : Day 5 & 6

Day 5 : Lake Kawaguchi, Lake Saiko, Mt Fuji view
Hari ini, kami check out from hotel tapi simpan beg besar sebab nak datang balik.  It’s FOC.  Kami bawa beg kecil dan ambil train ke Shinjuku.  Kami memilih naik bas untuk ke Lake Kawaguchi sebab malas nak tukar2 train.  Station bas kecil sahaja berdekatan Shinjuku station.  Tidak perlu besar mungkin sebab bas datang dan pergi on time.  Lepas tukar voucher yang dibeli online dengan tiket bas, wife dan anak aku tunggu di waiting room downstairs. 
Fujisan mula menampakkan dirinya
 Aku ambil kesempatan bersiar2 sekitar Shinjuku.  Bas bertolak seperti dijanjikan dan terus memasuki highway ke destinasi.  2 jam kemudian  barulah nampak kelibat Gunung Fuji.  Sepanjang jalan, bas singgah di beberapa tempat untuk mengambil penumpang dan melalui Fuji Q Highland dulu sebelum  sampai di Kawaguchiko station pada 1030 hrs.  Station keretapipun di situ juga.
Boleh try roller coaster di Fuji Q Highland

Fujisan view dari Kawaguchi station
Kami beli tiket retro bas dulu untuk unlimited rides ke attraction sekitar Lake Kawaguchi dan juga Lake Saiko for 2 days.  Ada bas ke 5th station untuk merasai Fujisan dengan lebih dekat tapi tak pergi sebab tak plan.  Lagipun, aku ingatkan route itu belum buka lagi after winter season. Kami berjalan ke hotel berdekatan untuk simpan luggage sahaja sebab masih awal untuk check in.  
Gunung Fuji terang benderang di depan mata

Station bas dan juga keretapi
Kemudian, kami berpatah balik ke station bas dan naik retro bas ke destinasi pertama tetapi last sekali dalam peta retro bus iaitu Natural Living Center.  Syukur cuaca sangat baik sekali dan Gunung Fuji dapat dilihat dengan jelas sekali dari sini.  Selepas lebihkurang sejam di situ, kamipun naik bas dan berhenti berdekatan Kachikachi ropeway dan berjalan ke Kawaguchi station bas.  Kami singgah di family mart untuk beli nasi kosong yang biasa terdapat di mana2 convenient store. 
Tunggul bunga lavender 

Lake Kawaguchi berlatarbelakangkan Gunung Fuji
Untuk manfaatkan masa yang ada, kami ambil retro bas ke arah Lake Saiko pula iaitu ke traditional village Saiko Iyashi no Sato Nenba as recommended by the hotel owner masa tinggal beg tadi.  Setelah pusing2 tengok rumah lama Jepun, beli dan makan strawberry barulah balik untuk check in hotel.  Malam itu kami tidur awal.   Lagipun tak ada aktiviti luar lagi yang boleh dibuat malam2 di sini.
Rumah traidisi di Saiko Iyashi no Sato Nenba

Sakura baru berputik
Day 6 : Nippori, Yanaka, Odaiba
Pada hari ke-2 di Tasik Kawaguchi, selepas breakfast kami checkout dan simpan bag.  Kami ambil peluang naik bas retro lagi untuk bersiar2 sekitar tasik sebelum bertolak balik ke Tokyo.  Sampai di Shinjuku station, kami ambil train ke Shin Okubu dulu sebab mahu ke Merah Putih CafĂ© for lunch and solat di mushalla berdekatan. Selepas itu, kami ambil train ke Yanaka untuk merasai suasana kampung di pinggir bandar Tokyo.  Banyak pohon sakura ditanam di kiri dan kanan sepanjang jalan melalui Yanaka cemetery yang tentunya cantik during cherry blossom walaupun hanya kawasan perkuburan.
Lorong kedai di Yanaka

Mencari kain ela di Nippori
Kemudian, kami naik train ke Nippori pula untuk membeli Japanese silk di kedai Tomato yang famous.  Yang menariknya, kita kena bawa sendiri segulung kain yang nak dibeli itu ke kaunter bayaran untuk diukur dan dipotong.  Selesai shopping, kami bergegas pula ke Odaiba.  Sebelum itu, kami tinggal bag dan kain yang dibeli di locker berbayar dekat Ueno station.  Ambil gambar locker dulu untuk senang cari kemudian.  Sampai di Odaiba, hari dah gelap.  Banyak attractions sebenarnya di sini, tetapi kami sempat tengok robot gundam sahaja dan balik ke Asakusa untuk late check in.
Robot gundam

Robot gergasi berdiri megah di Odaiba
Kaki gundam

Gundam bertukar warna

Pre-Spring 2015 in Tokyo : Day 3 & 4

Day 3 : Shinjuku, TMG, Harajuku, Meiji Shrine, Yoyogi Park, Takeshita-dori , Omotesando Street, Camii Mosque, Shibuya, Ginza, Akihabara
Seperti biasa, breakfast di hotel dulu.  Then, took metro to Shinjuku dan terus mencari station bas ke Lake Kawaguchi yang akan dikunjungi pada hari ke 5 just to know the place in advance.  Lagipun, kami melalui station itu untuk ke TMG.   Kami mencari juga free shuttle ke TMG, tapi tak jumpa.  Kamipun menapak ke south tower TMG for a better view sebab boleh nampak Gunung Fuji kalau cuaca mengizinkan.  Malangnya cuaca berkabus menyebabkan Fuji san tak kelihatan langsung. 
Tak nampak pun Mt Fuji daripada TMG

Pintu masuk ke Yoyogi Park dan Meiji Shrine
We walk back to Shinjuku station via underground passage to take metro to Harajuku pula.  Kelihatan tersangatlah ramainya orang di Takeshita-dori. Kami membuat keputusan untuk berjalan ke Meiji Shrine and Yoyogi Park dulu.  Jauh juga perjalanan  masuk dan keluar.  Then, we went to Meiji-Jingumae station untuk ambil train ke Yoyogi Uehara station untuk ke Camii mosque.  
Pintu masuk ke Takeshita-dori

Takeshita-dori menuju ke Harajuku yang penuh sesak
Kena menapak lagi ke masjid yang agak jauh sebelum berpatah balik ke Takeshita-dori dan Omotesando street.  Makan shrimp burger lagi for lunch and then, take metro to Shibuya.  Lintas jalan 3-4 rounds untuk ambil gambar termasuk dengan patung Hachiko.  Then took metro to Ginza pula.  Chuo Dori steet  yang dijadikan pedestrian street pada hujung minggupun dah nak buka kembali untuk laluan kenderaan. 
Inside Camii mosque

Menyibuk di junction yang tersibuk di Shibuya
Sekejap sahaja disitu, kami terus ke Akihabara pula.  Pada mulanya kami salah tempat sebab gelap dan tak nampak langsung kedai2 with neon bergemerlapan as expected.  Selepas tanya orang, rupanya kami tersalah site.  Kami berjalan ke arah yang sepatutnya seperti yang diberitahu.  Barulah jumpa kawasan yang terang benderang di mana sempat kami bersiar2 dan membeli power bank serta power cord di salah sebuah kedai di situ.  Setelah bergambar di depan AKB48 dan Gundam CafĂ©, kamipun balik ke hotel di Asakusa.
Menjelang senja di Ginza

Neon malam di Akihabara

Day 4 : Tsukiji Market, Disneysea
Ambil train ke Tsukiji Shijo station untuk ke Tsukiji fish market.  Pukul 0800 hrs lebih, barulah kami sampai.  Kalau nak tengok tuna auction kena datang pagi2 buta.  Menarik tengok penggunaan turret trucks untuk transport ikan dan sebagainya around the market area.  Kelihatan ramai orang beratur di beberapa kedai sushi untuk breakfast.  Kami tak join sebab dah makan di hotel tadi.  Lagipun memang tak minat sushipun.  Kami ronda2 dalam fish market yang bersih dan tak hanyirpun.  Bolehlah juga nampak tuna yang tak berapa besar.  Yang besar gedabak mungkin sudah kena bawa ke tempat lain selepas auction tadi. 
Turret truck yang unik di Tsukiji market

Tuna dah jadi sushi
Dalam 0930 hrs, kami terus ambil train ke Disneysea.  Disneyland dan Disneysea terletak sebelah menyebelah saja.  Ambil lunch bekal yang dibawa dulu sebelum naik Disney line.  Dah sampai depan pintu masuk Disneysea, kami solat dulu di admin building sebelum masuk.  The staff was very accommodative seolah2 mereka dah biasa dengan permintaan macam ni.  Selepas bergambar dengan karektor Donald Duck dan Goofy, barulah kami masuk ke dalam taman tema itu.
Globe di luar pintu masuk Disneysea

Donald duck nak balik berehat dulu
Tidak banyak tempat atau rides yang boleh dikunjungi sebab sudah tengahari dan letih beratur panjang serta lama untuk sesuatu attraction. Kami cover sebahagian kecil sahaja.  Karektor kartun di sinipun tak terkenal sangat macam di Disneyland.  Kids boleh bergambar dengan senang dan tak perlu beratur panjang.  The main attraction which is sebelum ditutup pun tak dapat tengok dengan jelas sebab hujan renyai2 and the best seats already taken.  Lagi satu sebab terpisah dengan wife.  Nasib baik anak dengan aku duduk sekali.  Tak pasti nak cari macam mana dalam lautan manusia, kami tengok show dulu.  Lepas habis show kamipun berjalan keluar dan bernasib baik jumpa wife masa tu. Kami terus balik hotel dalam keadaan yang penat dan keletihan.
Among rides in Disneysea

Woody pun ada di sini

Wednesday 21 October 2015

Pre-Spring 2015 in Tokyo : Day 1 & 2

Pada cuti sekolah awal tahun, kami sekeluarga berpeluang ke tempat yang menjadi wishlist aku sekian lama.  Setelah mengambil kira pelbagai factor, kami memilih untuk focus  hanya ke Tokyo dan Lake Kawaguchi sahaja kali ini.  Cuma sedikit terkilan sebab kami pergi seminggu awal sebelum bunga sakura dijadualkan berkembang sepenuhnya.  Nak buat macam mana sebab cuti kami biasanya ikut musim cuti sekolah, bukannya ikut musim bunga atau musim luruh atau musim salji dan sebagainya.  Kalau dah kebetulan tu, dah kira bonuslah.

Day 1 : TGG, KLIA2, Haneda Airport

Sebelum subuh lagi kami dah tercegat di TGG airport.  Lepas solat, kami breakfast dulu untuk alas perut.  Flight bertolak pukul 0820 hrs to KLIA2.  Sampai pukul 0915 hrs, makan lagi sementara menunggu pukul 1100 hrs untuk drop luggage.  Masa yang panjang untuk terbang lagi kami habiskan dengan merayau2 dalam KLIA2 yang besar dan penuh dengan pelbagai kedai bak shopping complex. 

Tempat ambil wuduk di surau Haneda Airport
Setelah melepasi immigration, kami sempat solat jamak sebelum menaiki pesawat pada pukul 1440 hrs to Haneda.  Lunch satay and nasi lemak on flight.  Sampai pukul 2230 hrs, kami terus mencari surau on 3rd floor not just for solat, but also for a sleeping spot next to it sebab memang sudah rancang nak bermalam di airport.   Sebelum tidur, aku ke kedai Air Lawson on the ground floor to buy tickets to Doraemon museum.  Nasib baik masih ada ticket untuk masa dan hari yang dikehendaki.
Kaminarimon gate hanya beberapa langkah dari hotel kami
Day 2 : Asakusa, Kaminarimon Gate, Nakamise Street dan Sensoji Temple, Ueno Park, Ameyoko, Ikebukuro
Setelah membersihkan diri dan solat, aku ke Keikyu Line office to buy passmo card untuk memudahkan naik turun keretapi nanti.  Untuk kad budak, you need to bring along the passport for a proof.  Unfortunately, it was not a discount card, but could be used extensively for all kind of train or metro and most importantly, it really saved a lot of time than buying train tickets at the machine. 
Nakamise street lengang di awal pagi

Nakamise street di waktu puncak

Masa 1st time nak naik train memang cuak sebab Jepun memang terkenal dengan jaringan keretapi yang berselirat dan dikendalikan oleh syarikat yang berlainan.  Pagi tu, setelah bertanya seorang pakcik, kami diberitahu untuk ambil the next train yang akan tiba yang terus ke Asakusa tanpa perlu menukar train eventhough we heard the announcement of it changed lines at least 3 times while we are on the train.  Berkat percaya pada pakcik tadi, kamipun sampai ke Asakusa dengan selamat.  
Sekitar Sensoji temple
Agak jauh juga menapak ke hotel yang ditempah.  Sekali lagi kami asked for direction walaupun dah ada peta di tangan sebab tak nak buang masa berpusing2 mencari dengan beg yang besar dan berat.  Untuk ke hotel kami melalui Kaminarimon gate yang sebenarnya tidak sampaipun 5 minit dari hotel kami.   Disebabkan masih awal untuk check in, kami hanya simpan luggage dan berpatah balik ke Kaminarimon gate. Kedai di Nakamise street masih belum buka dan orangpun tak ramai lagi.  Kami bersiar2 sambil mengambil gambar dan berjalan hingga ke kawasan Sensoji temple.  Actually, Kaminarimon gate, Nakamise street dan Sensoji temple terletak di kawasan yang sama.
Selipar gergasi pun ada di sini
Kemudian, kami ambil train ke Ueno pula.  Sebelum masuk ke Ueno park kami breakfast bekalan roti dan jem dulu di tempat duduk yang banyak di tepi jalan menuju ke park.  Adalah 2-3 pokok sakura yang lebat berbunga manakala yang lain masih togel dan berputik.  Mungkin juga pokok yang berbunga tu sebenarnya pokok plum yang biasanya berkembang dulu sebelum sakura.  Kami berjalan hingga sampai ke Ameyoko street . Beli strawberry, makan kebab serta beli kuih traditional daripada sekumpulan pemuda Jepun yang ada di antaranya pernah tinggal di Johor dan boleh cakap melayu sikit2.  Sedap juga kuih yang dibuat daripada madu dan kacang itu.  Kami berjalan lagi dan singgah di Uniqlo berdekatan to buy a coat.  
Cherry blossom or plum blossom ???
Setelah itu, we went back to Ueno station untuk ambil train balik ke Asakusa.  Sementara itu, kami ke  to HRC dalam kawasan train station juga to buy some t-shirts.  Wife aku pula beli kasut yang lebih selesa di kedai lain di situ untuk kegunaan sepanjang di sini.  Sampai di Asakusa, kami singgah di Nakamise street yang penuh dengan orang ramai.  Then, kami terus ke hotel untuk check in
Sakura baru nak berkembang

Selesai solat dan rehat, kami ke Ikebukuro pula to buy Disneyland ticket.  Malangnya ticket sudah sold out untuk hari yang kami minta, tetapi ticket ke Disneysea masih ada untuk tarikh berkenaan.  Namun terpaksa menunggu more than 3 hrs.  Kedai dah tutup, tapi pembeli ticket ke Disneyland atau Disneysea masih ramai yang menuggu giliran.  We should have bought the ticket online, but at least still could go to the one and only Disneysea in the world.  Manalah nak tahu ticket Disneyland boleh sold out, sebab masa di Hong Kong dulu, masih boleh beli di kaunter masuk pada hari itu juga.
Pengangkutan unik di Asakusa
Dalam perjalanan balik ke Asakusa, kami beli shrimp burger at Lotteria for dinner.  Nakamise street dah kembali  lengang masa kami melaluinya untuk ke hotel for rest and sleep.  Hajat untuk ke Akihabara hari tu terpaksa ditunda kerana kesuntukan masa dan jadual yang sangat padat.
Kelihatan Tokyo Skytree di seberang Sumida River dekat Asakusa