Friday, 13 June 2014

Hong Kong & Macau revisited




Day 0 : TGG – KUL - HKG

Assalamu’alaikum,

Akhir tahun 2013, sekali lagi aku berpeluang menjejaki Hong Kong dan Macau.  Kali pertama dulu, aku ikut saja apa yang dirancang oleh rakan tanpa banyak soal and only very few places boleh dilawati dalam masa 4 hari termasuk perjalanan pergi balik. Even so, it was fun and enjoyable trip bersama rakan sekerja.   Tetapi, trip kali kedua ini lebih menarik lagi kerana aku  pergi bersama keluarga with perancangan sendiri pula.  Berdasarkan  pengalaman lepas serta info from travelogues, hasilnya ialah percutian 6D5N yang cukup berbaloi dan memuaskan.  

Hotel penginapan di Macau dan HK  serta pemandangan sekitar.
Namun, penerbangan domestic ke KLIA pun dah mencabar iman kerana terpaksa let go tiket KUA-KUL dan beli tiket lain  laluan TGG-KUL disebabkan  banjir luarbiasa yang melanda Kemaman  dan Kuantan.  Tak berani nak gamble walaupun masa tu cuaca dah kembali normal sikit.  Masa kami di HK pula, dengar cerita Dungun pun dilanda banjir agak besar.  Alhamdulillah, nasib baik rumah kami tak dinaiki air. 

Disebabkan tukar perancangan saat akhir, hotel kat LCCT dan KLIA dah penuh masa tu.  Nak duduk hotel outside KLIA, takut rushing pulak nak datang balik.  So, end up kami overnite di airport  saja sementara menunggu flight to HK the next morning.  Kami ambil Cathay Pacific masa pergi dan juga balik kerana timing yang sesuai dengan itinerary kami.  

 Day 1 : City of Dreams &The Venetion

Flight ke HK ambil masa tak sampai 3 jam.  Sebaik tiba di airport dah ada sedikit hiccup.  Asalnya, nak ambil ferry inside the airport terus ke Macau.  Disebabkan teragak2 nak bertanya walaupun dah baca blog pasal ni, kami terus melepasi immigration.  Jadi, terpasksalah mengangkut luggage naik bas pula ke North Point Ferry Pier di town center untuk ke Macau. Kami duduk di bahagian atas bas 2 tingkat no A11 yang datang on-time dan agak selesa walaupun ramai penumpang.  Sebelum itu, kami membeli octopus card di airport untuk kegunaan menaiki hampir kesemua kenderaan awam di sini kecuali teksi. Kad ini sangat2 berbaloi and very2 convenient.

Urusan pembelian tiket dan perjalanan menaiki bot turbojet dari HK ke Macau berjalan lancar.  Sampai saja di Macau Ferry terminal, kami terus menyeberang jalan through underpass untuk naik free shuttle bus ke Hotel Lisbao.  From there, kami menapak ke Hotel Metropole berdekatan.  Most hotels and casinos di Macau menyediakan free shuttle bus dan pilihlah berdasarkan tempat nak dituju sekalipun anda bukan tetamu hotel/casino berkenaan. 

City of Dreams dan The Venetion di Macau
Sepatutnya dalam pukul 3pm dah boleh sampai di Macau, tetapi lepas maghrib baru kami dapat check-in di hotel disebabkan kealpaan di airport tadi.  Lepas mandi dan solat, kami bergegas ke destinasi pertama di Macau, City of Dreams.  Kami naik free shuttle di depan salah sebuah hotel berdekatan.  Disebabkan kesuntukan masa, kami just spend about 1 hr in COD mainly borong T-shirts di HRC Macau before taking a free shuttle lagi to The Venetion next door. 

Ruins of St Paul, Macau
Di The Venetion, barulah kami ambil dinner di Indian Spice Express.  Ada halal sign di situ.  Lepas tu, jalan2 lagi sambil ambil gambar saja.  Nak naik gondola pun macam tak cukup masa.  Untuk cepat pulang ke hotel, kami beratur dan ambil teksi.  Otherwise, kena beratur lagi panjang untuk naik free shuttle bus.  Lagipun, teksi boleh direct ke destinasi sementara shuttle bus pula terpaksa tukar2 untuk sampai ke hotel.  Disebabkan keletihan, kami melupakan hasrat untuk ke Ruins of St Paul for night view which was the main reason why we choosed to overnite in Macau.

Day 2 : Ruins of St Paul, Ngong Ping 360 & Ladies Market

Pembelian tiket turbojet ferry berjalan lancar walaupun hari tu hari minggu. Setelah sampai di China Ferry Terminal, Kowloon, sekali lagi kami mengambil teksi untuk ke hotel.  Agak sukar kalau nak menapak ke MTR berdekatan dengan beg2 yang besar walaupun tidak jauh.  Hotel Cityview yang kami duduk sepanjang di HK ni agak sempit tapi selesa untuk kami bertiga serta amat berdekatan dengan MTR Yau Ma Tei.  Sebaik check in, kami berehat sebentar serta solat sebelum ke destinasi pertama di HK hari tu, Ngong Ping 360. 

Ngong Ping 360. Hong Kong

Untuk ke Ngong Ping 360, kami menaiki train di MTR Yau Ma Tei menuju ke MTR Lai king seterusnya ke MTR Tung Chung yang terletak di Citygate Outlets.  Ngong Ping 360 hanya bersebelahan dengan shopping complex ini.  Maka bermulalah queue yang panjang dan lama untuk membeli tiket dan sekali lagi semasa menaiki cable car. Pengunjung bijak yang telah membeli tiket online boleh jump queue yang panjang pada hari minggu tersebut.  Kami membeli tiket untuk naik menggunakan crystal cable car yang berlantaikan cermin dan cable car biasa untuk turun semula.

Sebaik sampai di puncak bukit, kami ambil lunch di Ebeneeezer’s Kebabs sebelum bersiar siar di Ngong Ping Village sambil mengambil gambar hingga ke tempat permulaaan anak tangga ke Big Buddha.  Kami tidak naik anak tangga yang banyak itu, sebaliknya berjalan balik semula ke cable car station.   Keadaan yang sama dengan queue yang panjang terpaksa kami tempuhi semasa mengambil cable car untuk balik. 

Mid Levels Escalator and other transports in Hong Kong
Sebaik turun dari cable car, kami bersiar2 pula di Citygate Outlets mostly for window shopping.  Tapi, sempat juga membeli wallet baru menggantikan dompet lama yang lusuh dan koyak yang sememangnya dalam perancangan aku sebagai ole2 dari Hong Kong. Seterusnya kami menaiki train ke MTR Lai King dan tukar train lain pula ke MTR Mongkok Exit E2 untuk ke Ladies Market.  Setelah membeli sedikit survenior di situ dan bersiar di Nathan Street, kami ke MTR Mongkok semula untuk ke MTR Yau Ma Tei dan pulang ke hotel.

Day 3 : Mid Levels Escalator & HK Disneyland

Main activity hari ini adalah untuk ke Mid Levels Escalator dan seterusnya sehari suntuk di Disneyland.  Setelah breakfast serba ringkas, kami menaiki train di MTR Yau Ma Tei ke MTR Central.  Menaiki train pada waktu puncak adalah sangat2 mencabar sebab train penuh sesak dengan orangramai nak pergi kerja.  Kami memaksa diri untuk menyelit naik juga setelah train yang ketiga datang.  Kalau tak buat macam tu, mungkin sampai petang baru boleh naik.  Sampai di MTR Central, terus ke Exit C dan berjalan arah ke Queen Victoria Street untuk ke Mid Levels Escalator.  Masa tu arah escalators adalah menurun.  Jadi, kami menapak naik beberapa ratus meter just to experience it sambil mengambil gambar.  Kemudian kami berjalan balik ke MTR Hong Kong untuk ke MTR Sunny Bay seterusnya ke MTR Disneyland. 

Disney Parade Flights of Fantasy and Festival of Lion Kings
Sebaik menaiki train di Sunny Bay, sudah ada feel macam di Disneyland sebab train dihias kreatif memotifkan mickey mouse.  Lebihkurang pukul 11am kami beratur membeli tiket masuk yang tidak memakan masa yang lama mungkin sebab bukan hari minggu.  Perkara pertama dibuat sebaik melepasi gate masuk ialah ambil peta kawasan dan semak jadual show hari tersebut.  Seterusnya, buat perancangan nak pergi bahagian mana dulu dan selanjutnya. Memang tak cukup sehari kalau nak cover semua ride dan show walaupun Hong Kong Disneyland adalah yang terkecil antara semua Disneyland in the world. 

Disney in the Stars Firework Show
Tetapi, bagi kami yang hanya melayan anak punya selera, sehari sudah mencukupi.  Selepas menyaksikan Golden Mickey Show, kami ke It’s a Small World dan seterusnya take lunch di Tahitian Terrace.  Kemudian bergegas beratur melihat Disney Parade, Flights of Fantasy.  Kami meminta kebenaran untuk solat di sebuah bilik di City Hall sebelum beratur untuk bergambar bersama Donald & Daisy Ducks dan juga tuan rumah Mickey & Minnie Mouse.   Selepas itu kami ke Tarzan House sebelum menikmati Festival of Lion Kings show.  In between, sempat juga menikmati 4D movies sebanyak 2 kali.  Kami juga sempat menaiki beberapa rides di Toy Story Land dan Adventure Land serta membeli sedikit sebanyak survenior sebelum menyaksikan acara kemuncak, Disney in the Stars fireworks show.  

Day 4 : Avenue of Stars , Masjid Ammar & Victoria Peak

Selepas breakfast, sekali lagi menyibukkan diri berebut naik train bersama2 rakyat HK nak pergi kerja.  Agenda hari ini adalah ke Avenue of stars, Masjid Ammar and the Peaks.  Kami ambil train di MTR Yau Ma Tei dan sengaja turun di MTR Jordan untuk berjalan kaki sepanjang Nathan Road ke Avenue of Stars.  On the way, kami singgah dulu di Kowloon Mosque dan 1881 Heritage untuk bergambar.  Kemudian terus ke Avenue of Stars dan bersiar2 di tepi dan sepanjang laut itu sebelum menaiki Star Ferry untuk ke pulau HK.  Octopus card digunakan untuk bayar tambang ferry ini yang lebihkurang sama macam ferry kat Penang tu.  Lebihkurang 15 min dah sampai ke seberang. 

The Avenue of Stars and 1881 Heritage
Rasanya, kami terus menuju ke Jubilee Road untuk mengambil Ding Ding Tram menghala ke Masjid Ammar.  Kami turun di Tonnochy Road at stop 47E.  Tersesat juga, tapi tanya orang jalan arah ke Tin Lok Lane and finally found the mosque behind The Chaterhouse.  Masa sampai kat kantin masjid di tingkat 5, kami terpaksa tunggu sebentar di kaunter untuk mendapatkan tempat duduk sebab ramai orang tengah lunch.  Kelihatan ramai orang Malaysia menjamu selera yang lazat di sini especially dimsum.  Lepas makan, kami ke tingkat 3 untuk solat yang kebetulan baru masuk waktu Zohor. Kemudian naik Ding Ding tram lagi dan berpatah balik ke stop 66W untuk ke The Peaks.  Kami terlajak ke dua stops seterusnya tapi taklah jauh sangat sebab jarak yang dekat between stops.

Kowloon Mosque and delicious chinese food at Masjid Ammar
Selepas membeli tiket combo untuk ke Victoria Peak, Sky Terrace dan Madam Taussauds, barulah kelihatan pengunjung semakin ramai.  Kami naik peak tram untuk ke puncak dan spent about 3 hours di atas sana.  Kami ke Sky Terrace terlebih dahulu sebelum menghabiskan masa di dalam Madam Taussauds.  Lepas itu, kami beli survenior di sebuah kedai.  Harganya lebih murah  kalau nak dibandingkan dengan yang dibeli di Ladies Market.  Lagipun tak perlu bertekak tawar-menawar kerana harga sudah ditetapkan dan agak berpatutan. Kami juga beli T-Shirts di HR shop di situ.

The Victoria Peak nnd Madam Taussauds
Setelah itu, kami manaiki tram turun ke bawah dan menaiki open-top bus ke star ferry terminal.  Sebaik tiba di Kowloon, kami ke 1881 Heritage lagi untuk menikmati night view and walk to Avenue of stars for the laser show.  Sempat singgah di kedai sukan untuk membeli football jersey yang dipesan oleh kawan.  Juga berkunjung ke Sogo untuk membeli beg tangan sebagai ole2.  Sebaik habis laser show yang biasa2 saja, kami bergegas ke Chungkin Mansion untuk membungkus nasi beriani untuk makan malam.  Portion nasi beriani lauk kambing dan ayamnya agak banyak dan memang sedap.

Day 5 : Arbedeen & Ocean Park

Lepas makan nasi beriani lebihan malam tadi yang masih sedap setelah dipanaskan dalan electric kettle, we walk to MTR Yau Ma Tei and board the train to MTR Central.  Then, we walk through Exit D to go to Exchange Square bus terminal.  We took bus no 70 to Aberdeen Promenade.  Sampai di sana, kami melintas jalan ikut flyover to Arbedeen fishing village for a sampan ride.

Sampan ride at Ardeen Fishing Vilage
Setelah tawar-menawar dan puas hati dengan harga yang dikenakan, kami menaiki sampan yang dikemudi seorang wanita warga emas bersama suaminya.  Kami dibawa mengelilingi gabungan tasik dan sungai itu hampir 1 jam sambil mencelah di tengah2 bot2 melihat suasana sekeliling termasuk the famous Jumbo Floating Restaurant.  Selepas itu, kami berjalan kembali ke seberang untuk ambil taxi to Ocean Park. 

The Ocean Park
Kawasan park ini agak besar tetapi aku rasa Disneyland lebih menarik, unless kalau berminat menaiki rides yang lebih extreme.  Kami menghabiskan masa mencuba beberapa rides dan attractions seperti Ocean Park Tower, melihat giant sea lion, giant panda, red panda dan penguin.  Kami ambil lunch di Lakeside Snack.  Makanannya kurang menarik serta servicenya sedikit kelam kabut sebab kelihatan seorang pekerja sahaja melayan pelanggan ketika itu.  Then, keluar sekejap untuk solat near the park entrance dan masuk balik untuk ke aquaruim serta melihat red panda yang terlepas pandang masa tengok giant panda tadi.  Tangan kita akan dicop untuk tujuan keluar masuk di atas.


Untuk balik, kami ambil bus no 629 directly to MTR Admiralty.  Take MTR to Mongkok station to buy perfume at a store named Goodyear.  Tak tahu nak pilih yang mana satu.  Last2 beli saja yang penjual tu recommend.  Dapatlah sepasang pewangi untuk aku dan isteri sebab buy 1 & get 1 free. Kemudian, take train to MTR Yau Ma Tei to go back to hotel.



Day 6 : Sky100

Untuk hari terakhir ni, macam biasa kami breakfast di bilik sahaja.  Then, check out from hotel.  We went to MTR Kowloon using the hotel free shuttle  for in-town flight check in.  Check-in semua luggage  all the way to Kuantan using Oneworld facility.  Tujuan kami ke sini juga adalah untuk ke Sky100 Hong Kong Observation Deck located at the International Commerce Centre (ICC) which is right above MTR Kowloon Station.  Sky100 ni belum siap masa aku datang dulu.   Tak ada apa yang menarik sangat selain dapat melihat suasana Hong Kong for the last time sebelum berangkat pulang. 

The Sky100
Turun dari Sky100, kami terus ke MTR Airport Express untuk ke HKG.  Setelah redeem octopus card deposit, kami lunch di Popeye Restaurant before solat Zuhur/Asar di prayer room yang disediakan.  Ada juga rakyat Malaysia yang lain bersolat di situ.  Then, kami terus check in walaupun ada banyak masa lagi sebab tak mahu kelam kabut nanti  masa custom clearance and since need ample time due to quite a distance to the boarding gate.




Among Halal foods consumed during the trip
Kesimpulannya, percutian kali ini amat2 memuaskan .  Pengalaman berinteraksi dengan HK people pun lebih baik sedikit berbanding lawatan sebelumnya.  Public transport systemnya memang canggih tetapi mudah difahami and super efficient.  Hampir semua tempat yang dirancang berjaya kami terjah.  Kemudahan wifi percuma amat meluas dan pantas untuk berkomunikasi dengan keluarg dan rakan di tanahair.  Kalau berpeluang ke sini lagi, lawatan ke Shenzen dan tanah besar China boleh masuk dalam agenda sekali, insyaAllah.

 

No comments:

Post a Comment