Monday 14 May 2012

Santai di Kelong Acheh 2012


Assalamualaikum,

Sempena cuti weekend 3 hari termasuk cuti Wesak pada hari Ahad, 6/5/12, aku dan family sempat buat satu trip  spontan ke Rompin dan Endau.  Lebih tepat lagi, kami spent a night in Kuala Rompin and another night on Kelong Acheh.  Sasaran kami adalah makan udang galah di Leban Chondong , kemudian bersantai atas kelong sambil memancing.

udang galah kat Leban Chondong
sempadan Pekan/Rompin


pelbagai masakan udang galah ada di sini

tempat tidur di kuala rompin
Aku kata trip ni spontan sebab actually aku berhajat nak menghabiskan masa ke selatan  tanahair melalui Pekan untuk makan murtabak Mengkasar dan seterusnya ke Batu Pahat pekena beriyani gam atau ke Ayer Itam beli pasu/kerepek serta ke Muar makan mee bandung. 
kedai makan kat Pantai Hiburan

ikan sebelah dibakar
Tiba2 aku teringat Kelong Acheh yang dah 2 kali aku terlepas peluang nak ikut saing2 ke sana dulu due to some reasons.  Bila aku search and blogwalking, rupanya kanak2 pun  boleh jugak ke Kelong Acheh.  Apa lagi, akupun terus booking untuk 1 malam.  Lagipun, dah lama joran aku terperap kat dalam stor.
 
jetty kg penyabong
Pukul 7 am, kami  terus gerak ke Kuala Rompin sambil try GPS baru  walaupun aku dah tahu jalan dan pernah ke sana dulu. Singgah sarapan nasi lemak/roti telur di Kemaman.  Pukul 11.30 am dah sampai Leban Chondong. Makan tengahari udang galah pulak ( 2 ekor for RM30 ! ).  Lepas tu, terus check in kat Rompin Beach Resort sebelum sembahyang jumaat di masjid berdekatan.


kelong view from our boat

overall kelong view from our boat
Petangnya, kami makan ikan bakar di Pantai Hiburan berdekatan dan terus balik ke hotel untuk berehat dan tidur awal,  Lagipun, dah takde tempat menarik nak di explore.  Esoknya, lepas sarapan awal at 7.15 am, terus check out dan travel another 45 min to Jetty Kg Penyabong.  Kali ni GPS baru aku tu memang diperlukan dan sangat2 membantu.


bilik dorm tingkat atas atau bawah
Pukul 8.45 am, kami dah sampai Kg Penyabong dan terus menaiki bot ke kelong yang memang sedia menunggu.  Actually, tukang bot kata dia sedang tunggu pelanggan dalam 40 orang sejak pukul 8 am lagi.  Aku pula memang janji nak naik bot pukul 9 am masa booking dulu.

kelihatan pukat umpan di tengah kelong

yang color biru tu bilik air
Since muka yang lain tak nampak lagi, tukang bot bawak kami 3 beranak dulu ke kelong which is only about 20 min rides from the jetty.  Aku baru tahu rupanya kita boleh naik bot atau check in kat kelong tu anytime between 8 am to 6 pm.  Just inform the owner in advance.
pelanggan yang baru datang
tokey kelong dah nak balik rumah
Kami disambut oleh tokey kelong yang peramah.  Orang tak ramai sangat masa tu, tapi tak lama kemudian pengunjung mencecah lebih 100 orang.  Memang ramai dan meriah sebab cuti weekend yang panjang.  Mostly Johorian and Singaporean, aku rasa la, dengan alat memancing yang nampak pro mahupun amatur walaupun hasilnya belum tentu.  Kalau weekdays, mungkin taklah seramai ni.
anak ikan boleh dibuat umpan

surau untuk kemudahan pengunjung
Aktiviti utama tentulah memancing.  Siang hari, teknik memancing guna Apollo memang diperlukan untuk menaikkan umpan hidup seperti anak kunyit dan tamban.  Umpan sotong dan udang juga disediakan secara percuma.  Antara ikan yang dinaikkan ( oleh orang lain! ) semasa aku di sana adalah tenggiri, tuka, parang, todak dan kerapu.
mee goreng untuk makan petang
set lunch for 3 people
Pukul 12.30 pm, makanan tengahari secara hidang disediakan.  Pada pukul 4.30 pm, mee goreng pulak disajikan.   Makan malam pula dihidangkan pada pukul 7 pm.  Makanan memang sangat sedap, menyelerakan dan bagi aku, merupakan antara tarikan utama ke sini selain memancing.
hot laichikang for supper
hidangan makan malam
Air oren sejuk serta teh/kopi panas pula free flow sepanjang masa.  Tak cukup dengan itu, laichikang panas dan nasi goreng pula diberikan untuk supper bermula 9.30 pm.  Sebab tu, tak dapat ikanpun, masih dikira berbaloi dengan RM150/person yang dikenakan.
tempat makan yang sederhana namun selesa
macam kat asrama
Tak ramai yang memancing selepas tengah malam.  Mungkin sebab kepenatan kot. Umpan hidup hasil pukat di tengah kelong pula  dinaikkan pada pukul 9 pm untuk kegunaan semua.  Aku masuk tidur dalam pukul 1 am selepas habis separuh masa pertama Piala FA antara Chelase dan Liverpool yang ditayangkan di Astro.
tempat makan nite view

ruang memancing yang luas
Nak tidur awal lagipun bukan boleh lenapun dengan pekikan suara sumbang karaoke just sebelah bilik aku.   Lepas tu, barulah nyenyak tidur diulik tiupan angin daripada kipas yang berfungsi daripada pukul 7 pm hingga 7 am sahaja.  Mandi pagi pun selesa dengan jumlah bilik air yang banyak serta bekalan air tawar daripada Pulau Acheh berdekatan, tak perlu berebut2.

astro pun ada
suasana malam di kelong

Selepas subuh, layan lagi memancing sebelum sarapan nasi lemak pada pukul 7 am.  Sambung lagi memancing sehingga check-out pada pukul 10 am.  Masa balik, singgah makan udang galah di tempat sama di Leban Chondong, tapi di gerai yang lain pula ( kali ni seekor for RM25 ! )

nasi lemak yang sedap
pekena udang galah lagi sekali
Kesimpulannya, aku sangat  puas hati dengan percutian spontan kali ini.  It turned out to be one of the best cuti-cuti Malaysia yang agak lain daripada yang lain. Kalau ada rezeki, aku nak repeat lagi , insyaAllah.



 

 

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete